Kosmo Online - Negara |
| Posted: Sarawak tak mahu lawan FAMOleh FIRDAUS HASSAN
KUCHING - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) tidak akan tunduk kepada tekanan penyokongnya supaya ia keluar daripada bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran perbalahan berhubung keganasan segelintir penonton bola sepak negeri ini. Sebaliknya, FAS meminta para penyokong bola sepak Sarawak bersabar kerana pihak pengurusan persatuan itu masih dalam proses untuk mengatasi sebarang masalah yang sedang dihadapi persatuan bola sepak tersebut. Pendirian FAS itu sekali gus menutup khabar angin bahawa persatuan berkenaan akan mengulangi tindakan sama pada tahun 1989 apabila ia keluar daripada FAM sebelum kembali pada 1992. Presiden FAS, Sudarsono Osman memberitahu sidang akhbar di sini semalam bahawa langkah membawa FAS keluar daripada FAM bukan jalan penyelesaian terbaik. Tegasnya, FAS akan menyelesaikan permasalahan dengan FAM melalui perundingan. Ekoran keganasan penonton fanatik, baru-baru ini Sarawak diarahkan bermain di stadium tanpa kehadiran penyokong dalam empat perlawanan Liga Super. "Saya menasihatkan semua peminat supaya bertenang dan biarkan FAS mengatasi isu ini dengan cara kami sendiri. "Sokongan yang tidak berbelah bahagi ditunjukkan oleh penyokong skuad Sarawak pada musim ini apabila mereka kembali memenuhi stadium bagi menyokong pasukan kesayangan mereka beraksi," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
| Kepala hancur dikisar pembajak Posted: Kepala hancur dikisar pembajakOleh NORLIDA AKMAR IDROS ![]() YUSOF menunjukkan tempat Fariz ditemui terjatuh dan mati akibat dikisar bilah pembajak di Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang kelmarin. KUALA NERANG - Keseronokan seorang budak lelaki menaiki jentera pembajak bersama bapa saudaranya berakhir dengan tragedi apabila mangsa maut apabila kepalanya hancur dikisar bilah pembajak selepas terjatuh dari jentera itu di Kampung Kubang Palas di sini kelmarin. Sebelum kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa Muhammad Fariz Najmi Nurizan, 9, sangat gembira untuk mengikut bapa saudaranya, Habibullah Halim, 27, membajak tanah sawah yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa. Sebaik naik ke atas jentera jenis Ford 6600 dipandu Habibullah, Fariz memilih untuk duduk di bahagian kiri di tepi jentera pembajak tersebut. Bagaimanapun, tidak sampai lima minit jentera pembajak itu bergerak, Fariz dipercayai terjatuh tanpa disedari bapa saudaranya. Habibullah hanya menyedari Fariz hilang dari atas jentera pembajak selepas memandu kira-kira 30 meter. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
| Bandar konsep 1Malaysia dibina di Kuching Posted: Bandar konsep 1Malaysia dibina di KuchingOleh FIRDAUS HASSAN ![]() ABANG JOHARI (tengah) melihat model Rumah Mesra Rakyat selepas merasmikan Karnival HDC ke-40 di Wisma Sultan Tengah, Kuching semalam. Turut sama, Abdul Rauf (kanan), Wan Lizozman (dua dari kiri) dan Abdul Rahman. KUCHING – Kementerian Perumahan Sarawak merancang membina sebuah bandar berkonsepkan 1Malaysia di bandar raya ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan rumah pada harga yang berpatutan. Menterinya, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, rancangan itu akan dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dan ia telah mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengenai lokasi yang sesuai untuk projek tersebut. "Projek ini akan menjadi contoh kepada pembangunan perumahan di kawasan bandar selari dengan peningkatan gaya hidup di bandar yang moden dan maju dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang," katanya selepas merasmikan Karnival HDC ke-40 di Wisma Sultan Tengah di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan