Utusan Online - Politik |
| Calon pernah tewas dipilih semula Posted: Calon pernah tewas dipilih semulaOleh SAHBULAH DARWI dan OPAT RATTANACHOT
SUNGAI PETANI 20 Jan. – Calon-calon Barisan Nasional (BN) terutama di Kedah yang pernah tewas sebelum ini boleh dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti jika memenuhi kriteria 'boleh menang.' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon terlibat tidak semestinya ditolak untuk pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka sekarang diyakini boleh memenangi hati rakyat di sesuatu kawasan. "Tidak kiralah yang sudah tewas asalkan dia (calon) mesti boleh menang. Yang baru pun, dia mesti penuhi syarat mempunyai ciri-ciri calon yang boleh menang. "Kita tidaklah menolak semua orang sebab dia sudah kalah sekali, tapi kalau dia hendak jadi calon akan datang, dia mestilah memenuhi kriteria. Kriteria itu ialah dia boleh menang," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup bersama pemimpin Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Kedah di Kelab Cinta Sayang di sini hari ini. Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dan timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi Tekun, Datuk Abdul Rahman Ibrahim. Najib diminta mengulas mengenai pemilihan calon baru ekoran hanya empat daripada 15 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Kedah dalam pilihan raya umum lalu dimenangi oleh BN, selain memenangi 14 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Menurut Perdana Menteri, secara umumnya beliau berpuas hati dengan prestasi dan gerak kerja yang ditunjukkan pemimpin UMNO dan BN Kedah meskipun masih terdapat ruang untuk diperbaiki. "Dalam perjumpaan, saya telah menekankan beberapa perkara yang harus diberikan perhatian. Tujuannya supaya kerja-kerja kita lebih kemas dan mantap selaras dengan proses transformasi politik yang telah saya sarankan sebelum ini," katanya. Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha yang ditunjukkan UMNO dan BN yang banyak membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini pada November tahun lalu. "Ini adalah satu contoh amat baik. Ia menunjukkan bahawa kita parti prihatin masalah rakyat. Malah, apabila kita bagi bantuan, kita tak pilih bulu, semua kita bantu," katanya. | ||
| BN semak pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang Posted: BN semak pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan KlangSUNGAI PETANI 20 Jan. - Barisan Nasional (BN) akan menyemak pengisytiharan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang oleh Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang DUN dalam tempoh enam bulan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia penting memandangkan terdapat percanggahan dari segi fakta dan perundangan melibatkan kenyataan Speaker berkenaan dengan Badrul Hisham. "Nampaknya ada percanggahan sekarang ini dari segi kenyataan Speaker dan wakil rakyat berkenaan. "Jadi biarlah BN kaji dahulu faktanya sebelum kita buat apa-apa keputusan," katanya. Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup bersama pemimpin Badan Perhubungan UMNO dan BN Kedah di Kelab Cinta Sayang di sini hari ini. Semalam, Chang Khim mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan Badrul Hisham menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah. Beliau berkata, keputusan yang berkuat kuasa 16 Januari lalu dibuat setelah wakil rakyat itu tidak menghadiri sidang DUN bermula Julai 2010 hingga Januari tahun ini. |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan