Berita Harian: Nasional |
| Posted: 04 Jul 2011 02:38 PM PDT Nasional Rakyat tak wajar pilih demonstrasi nyata ketidakpuasan hatiPUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat mematuhi nasihat Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang bimbang sesuatu lebih buruk akan berlaku jika demonstrasi jalanan diteruskan pada Sabtu ini. Perdana Menteri berkata, Yang di-Pertuan Agong menyatakan kebimbangannya secara langsung kepada rakyat kelmarin mengenai perkara itu, jika niat penganjuran demonstrasi jalanan itu diteruskan. "Yang di-Pertuan Agong, sebagai Raja Berperlembagaan sudah menyampaikan nasihat kepada rakyat baginda semalam (kelmarin) kerana baginda amat khuatir dan bimbang bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku daripada yang baik," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini, semalam.Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong bertitah, hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya adalah baik. Baginda juga bertitah rakyat tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan semua pihak. Najib berkata, rakyat juga tidak wajar memilih demonstrasi jalanan sebagai cara untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap dasar kerajaan kerana ia bukan saja boleh mengundang risiko yang boleh membahayakan negara, tetapi juga boleh menghancurkan apa yang sudah dibina selama ini.
Sehubungan itu, beliau mahu rakyat terus berpegang kepada lima prinsip asas yang menjadi teras integrasi dan perpaduan kaum di negara ini iaitu kesederhanaan, kestabilan politik, sistem pasaran terbuka, mengutamakan Perlembagaan dan undang-undang serta kepastian dasar. "Jika mereka hendak sangat kemukakan memorandum dan sebagainya untuk menunjukkan mereka 'decent' dalam demokrasi, pakat baik-baik dengan pihak berkuasa. "Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan... mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan," katanya. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada Jamuan Perdana Kenduri 1Malaysia Rakyat Berbilang Kaum Negeri Melaka di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Machap Baru dekat Alor Gajah, malam tadi meminta pengerusi penganjur perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini, Datuk S Ambiga supaya membatalkan terlebih dulu rancangan itu sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. "Dengar kata, dia (Ambiga) nak menghadap Yang di-Pertuan Agong, saya fikir elok dibatalkan dulu (perhimpunan haram) sebelum menghadap. "Nanti tak tau apa yang disembah, nanti jadi sembah derhaka pula. "Peringatan Yang di-Pertuan Agong mesti dihormati dan tidak boleh dipandang ringan oleh rakyat negara ini," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenkhai areiza DAULAT TUANKU. khai areiza DAULAT TUANKU. mohd khairudin elok la tu wat perhimpunan bersih dalam stadium. biar bersih stadium tu. zzr Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi). suriati habir orang yg mgnjurkan perhmpunan HARAM, adalah yg x tau mnghrgai kmerdkaan, x beriman dan mnggunakn hati dri fkiran. kta blum mrasai sakit dan sgsaranya ngara huru hara dab tertndas. Hargailah pmimpin yg tlah brtgkus lumus mmnuhi smua khendak rakyat dan bersyukurlah pda Tuhan sblum kta mrasai peritnya era pnjajahan. jka x puas hati jumpa pmimpin dan berdialog scara terbuka krana krajaan kta adalah DEMOKRASI dan mndgar stiap luahan rakyat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| PR1MA: Pinjaman hingga 105 peratus Posted: 04 Jul 2011 02:35 PM PDT Nasional NAJIB melihat model rumah selepas majlis Pelancaran Program Perumahan 1Malaysia, di Putrajaya, semalam sambil diperhatikan Noor Mohamed (kanan) dan Raja Nong Chik. PUTRAJAYA: Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia ((PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman.Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman. "Pada masa sekarang terdapat jurang yang agak ketara dalam penyediaan rumah kos sederhana, terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru kerana kecenderungan pemaju swasta memajukan projek perumahan kos sederhana tinggi serta kos tinggi yang memberikan pulangan lebih besar. "Justeru, Projek PR1MA yang dibangunkan menerusi usaha sama kerajaan-swasta ini adalah khusus untuk warga negara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak lebih daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.
Pada majlis sama, Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak. Katanya, akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan datang. Beliau berkata, hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah. Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan). Perdana Menteri berkata, tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan