Berita Harian: MukaDepan |
| Posted: 04 Jul 2011 11:55 AM PDT MukaDepan KETUA Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim (kiri) dan Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan menunjukkan baju-T Bersih yang siap dicetak dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, Alor Setar, semalam. - Foto Shahrizal Md Noor PETALING JAYA: Penganjur perhimpunan haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sedia membatalkan perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini, jika Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan demikian. Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenavasan, berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK) BERSIH selepas titah Seri Paduka disiarkan media, malam kelmarin. Beliau berkata, gabungan itu akan menghantar surat kepada Istana Negara untuk meminta perkenan menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum perhimpunan dijadualkan Sabtu ini. "BERSIH menjunjung penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong atas sokongan Seri Paduka berhubung aspirasi rakyat melakukan pembaharuan sistem pilihan raya. "BERSIH akan patuh dengan nasihat Seri Paduka supaya diadakan perundingan, ke arah mewujudkan satu konsensus nasional bagi reformasi sistem pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi di Malaysia," katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor di sini, semalam.
"Saya akan membuat pengumuman rasmi sebaik saja pertemuan itu menjadi kenyataan," katanya. Diminta mengulas sama ada pihaknya akan membatalkan perhimpunan itu jika diminta oleh Seri Paduka, Ambiga berkata: "Ya. Tunggu saja pengumuman selepas pertemuan itu". Sebelum itu, beliau mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu mengadakan perhimpunan haram Sabtu ini. Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong bertitah, setiap permasalahan yang timbul perlu diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran'. "Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan, walaupun niat asalnya baik," titah baginda dalam satu kenyataan. Diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bersedia membenarkan perhimpunan BERSIH jika diadakan di stadium, beliau berkata, ia akan dibincangkan kemudian. Sementara itu, AJK Pemandu BERSIH, Subramaniam Pillay, berkata BERSIH bukan sebuah pertubuhan haram sebaliknya ia gabungan pertubuhan yang sah. Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata parti itu sudah menghantar surat memohon menghadap Seri Paduka dan menjangkakan untuk menerima keputusan mengenainya semalam atau hari ini. Mohamad berkata, PAS akan diketuai Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama beberapa pimpinan tertinggi, termasuk beliau. "Pandangan Yang di-Pertuan Agong hari ni amat amat baik, baginda meminta (rakyat) menjaga ketenteraman awam, menjaga keselamatan dan jangan menimbulkan sebarang bentuk (perlakuan) merosakkan harta benda dan keamanan. "Inilah Raja perlembagaan yang betul, betul menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut yang ada sekarang ini," katanya ketika berucap pada majlis 'PAS Ganti Umno' di kawasan Ladang malam kelmarin. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenpelsy titah Raja dijunjung tinggi. Daulat Tuanku!! Keamanan jauh lebih berharga dari emas berkilo kilo. Keamanan itu tunjang kesejahteraan rakyat dan Raja adalah payung kemakmuran negara keseluruhannya...titahnya harus dijunjung tinggi.. fatimah sapari Daulat Tuanku : Saya masih tak faham apa yg tak bersihnya SPR Malaysia, kalu tak bersih macamane pembangkang boleh ambik alih 3 negeri... nak tunggu ambik alih Putrajaya kot baru kata Bersih? Agenda belakang n kepentingan tertentu je yg lebih ni, bersembunyi dibelakang rakyat yg sebahagiannya keliru.. Ambiga kalau berada dinegara luar, tau lah apa yang dia dapat sebagai habuannya... Kerajaan Malaysia cukup bertoleransi...buang masa je asyik fikir politik, banyak sektor pembangunan dan kebajikan rakyat yg patut diutamakan... Daulat Tuanku! ikhsan Tidak ada bezanya sama ada PENCADANG ATAU PEMBANGKANG yang memerintah sekiranya bergelar Manusia, lainlah sekiranya Malaikat atau Jin. Semuanya di dorong oleh "Kehendak MEMILIKI KUASA" juga "KETAKUTAN KEHILANGAN KUASA". eddy DAULAT TUANKU...dek kerana nafsu untuk mnguasai negara dengan cepat..bermacam macam cara digunakan..bermacam macam helah dan kontroversi ditimbulkan.dari bersih 1.0 hingga bersih 2.0..dari isu 16 september hingga ke isu APCO..semua tu boleh menggugat keamanan negara kita..rasanya kalau kita duduk satu meja, dan berfikir bagaimana nak majukan lagi negara ni, bagaimana nak kukuhkan agama, perpaduan dan kesefahaman sesama kita...itu lebih baik dan rasanya dengan cara ini, mesej yang igin disampaikan oleh rakyat akan mudah tercapai Hj ahmad Tugi Siran daulat tuanku siapa lagi kita nak dengar nasihat kecuali sultan dan yang dipertuan agong kita dan negara akan rugi kiranya kita berbalah sama sendiri yang kalah jadi abu yang menang jadi arang kita rakyat yang berpendidikan seharusnya jalan berbincang dan berunding dengan penuh kemeseraan sebagai jalan keluar dari kemelut kekusutan kita semua kan bersaudara dan bershabat dari keturunan yang satu yaitu adam buat apa kita nak berebut dunia sedangkan dunia ini memang diperuntukan kepada hamba hambanya untuk menjalani kehidupan dan kita hendaklah tadbir dan uruskan sebaik baiknya mengikut khendak penciptanya
X-Staff Kontrak SPR saya menyokong jugak kalu di buat di stadium, tapi msg bersih ini bukan sahaja boleh didengar oleh orang kat dalam stadium, tapi diberikan akses media elektronik kerajaan sperti RTM, TV3, Astro dan media antabangsa supaya method dan motif demonstrasi aman ini dapat di sampaikan....sebab kalu di jalan tidak bagi, maksudnya org ramai tidak akan nampak dan tahu motif sebenar demonstrasi aman....dan jika di pindahkan ke stadium, biarlah jugak ianya dapat memberi penjelasan sama seperti yang sepatutnya di buat di jalanan..... juddin talib ambiga akan menuntut dan terus menuntut he he he . siapa yang pandai dlam soal ini keh keh
DAULAT TUANKU, TUANKU TELAH BERTITAH supaya perhimpunan HARAM dihentikan kita patut patuh dan jangan derhaka. Kalau tidak memohon jadi kerakyatan negara lain dan keluar dari Malaysia Negara Tercinta cuba buat kacau di luar negara tengok apa akan terjadi pada kau Ambiga. SPR negara kita adalah diantara suruhanjaya yg paling bersih kalau tidak macam mana Pas, PKR, DAP pun boleh menang.Bagi saya BERSIH 2.0 adalah tidak bersih lagi kerana sudah tercemar oleh GILA KUASA untuk menjadi pemimpin. Kalau tidak percaya cuba bertanding dalam PRU 13 saya cabar Ambiga utnuk bertanding dimana-mana juga di Malaysia. MattUcien Tu..la masih ada yg nak tunjuk jaguh..dh terlampau cerdik&pandai sampai akhirnya jadi bangang...Daulat Tuanku.. Hafeez Mohon nasihat Tuanku. BAHRI LAKILE DAULAT TUANKU.....! Saya memang tidak bersetuju kalau demo "BERSIH" dibuat di jalanan. Apa salahnya buat di stadium, taklah mengganggu sangat kepentingan awam.... lagipun penganjur boleh gunakan alat siaraya untuk menyampaikan mesej mereka kepada peserta dengan lebih berkesan. Apa-apapun aku tidak akan sertai perhimpunan yang dinamakan "BERSIH" itu.... DAULAT TUANKU! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan