Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 03 Jul 2011 04:24 PM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, dalam keghairahan rakyat berpolitik bagi menyubur demokrasi dalam negara, mereka juga perlu memastikan tuntutan demokrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara. Baginda bertitah, rakyat tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan semua pihak. "Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikannya secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'," titah baginda dalam Titah Khas mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenrozita zaleha mohd zin jadikanlah iktibar apa yg telah berlaku di negara luar...sayangilah keamanan di negara ini... renung2kanlah.. jok'z kenapa sekarang ni xda agenda lain dlm negara kita ni?asyik POLITIK je..sebelum dan selepas pilihan raya pun tak hbs2 ngan politik..bila nk maju?nk tggu negara ini dijajah seperti dulu baru kita semua nk BERSATU.?awk semua mau mcm itu ka? helmi Orang melayu fikirkanlah utk kebaikan orang melayu. Jangan jatuhkan orang melayu oleh orang melayu mohd zamri zamri mcm mana PAS boleh bekerjasama dgn ambiga yg lupa diri..amat menduka citakan..hari ni tuntut bersih..esok tuntut apa pula yg pastinya PAS ( mat sabu ) bersedia berguling2..pa yg di tuntut pun x tahu janji berguling dulu.. x ada beza antara PR N BN..sama shj..dulu DATUK HASAN ALI berani bersuara sekarang DATUK HASAN pun di buang..pualu pinang dulu BN yg suka roboh kedai2 melayu sekarang pun sama..PAS senyap je..2 x 5.. yang khuatir Saudara Ismail Ibrahim: Merdeka; bukan merdika
orang Melayu Orang melayu pon dah sanggup menggadaikan maruah demi politik, ini namanya "musuh dalam selimut , gunting dalam lipatan" esok klau dah kene jual baru tahuu azli suradi azli suradi sememangnya nasihat yang sangat bagus untuk diikuti,cuba bayangkan diri kita berada di kawasan tersebut....tak dapat cari rezeki untuk menyara keluarga...sedihkan.
rosli kenakan hukuman yang berat dan lucutkan hak kerakyatan kepada mereka yang mengganggu gugat keamanan negara. abarkasugi hargailah keamanan yang kita nikmati sekarang demi anak cucu yang kita sayangi Ramli sejarah melaka membuktikan kejatuhan orang melayu disebabkan oleh melayu sendiri yang dipengaruhi anasir luar.Orang melayu mudah lupa mudno gunakan saluran yg betul...berhimpun untuk perkara yg baik adalah harus, manakala berhimpun bagi tujuan baik sedangkan menimbulkan masalah kepada orang lain itu berdosa...masa duduk semeja untuk berbincang, angguk kepala tanda paham...bila kat luar, citer lain plak. AAR SILAPNYA JIKA TUTUP PINTU RUNDINGAN. TIADA YANG SEMPURNA. NASIHAT-MENASIHATILAH. ismail ibrahim kita orang malaysia kita ada budaya budaya sendiri, kita merdika bukan melalui prosis kekerasan tapi melalui perundingan,pihak pemerintah kena bersikap prihatin kehandak rakyat. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan