Rabu, 16 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


UTP lancar pusat biofuel

Posted:

UTP lancar pusat biofuel

UTP lancar pusat biofuel

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my


Junichi Iseda (kiri) dan Zainal Abidin Kasim menunjukkan MoU yang ditandangani sempena kerjasama strategik untuk pembukaan Pusat Kajian Biofuel dan Biokimia di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, baru-baru ini.


IPOH 15 Mac – Bertepatan dengan fokus membangunkan teknologi hijau, Universiti Teknologi Petronas (UTP) baru-baru ini melancarkan Pusat Kajian Biofuel dan Biokimia (CBBR) yang disasarkan menjadi sebuah pusat penyelidikan biojisim terulung di Asia.

Pembangunan pusat kajian hasil kerjasama strategik dengan Mitsubishi Corporation itu juga bakal menawarkan kursus pengajian teknologi hijau secara penyelidikan di peringkat pasca siswazah.

Pengerusi Mitsubishi (Teknologi Hijau), Profesor Dr. Yoshimitsu Uemura merangkap pengasas pusat kajian tersebut berkata, penubuhan pusat itu antara lain bertujuan melahirkan golongan penyelidik dan jurutera terbaik dalam bidang berkenaan.

Menurut beliau, kajian utama yang dijalankan di pusat itu ketika ini ialah penghasilan bahan bakar cecair, termasuk pepejal daripada selulosa lignin serta beberapa produk kimia lain daripadanya.

"Biojisim merupakan salah satu sumber boleh diperbaharui yang mempunyai banyak potensi. Pemilihan biojisim untuk penyelidikan serta pengeluaran produk daripadanya merupakan antara aspek yang perlu diberi perhatian," katanya pada majlis pelancaran pusat itu baru-baru ini.

Ia disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Mitsubishi Corporation (Malaysia), Junichi Iseda dan Rektor UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim.

Pelancaran CBBR mencatatkan satu lembaran penting buat kerjasama strategik antara UTP dan Mitsubishi yang mula terjalin sejak 2009.

Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani sebelum ini bertujuan meningkatkan hubungan antara industri dan akademik dalam menjalankan penyelidikan yang relevan selain membantu ke arah pembangunan sumber manusia.

Kerjasama strategik itu sekali gus membolehkan UTP memperoleh pengetahuan dan kemahiran bagi memperkukuh mutu kajian dan penyelidikan (R&D) dalam bidang teknologi hijau.

Dalam pada itu Yoshimitsu berkata, CBBR berhasrat menjadi sebuah pusat kajian penting dalam penggunaan biojisim yang memperoleh banyak pembiayaan geran penyelidikan.

Beliau berkata, selain menyediakan prasarana terbaik untuk penyelidikan, hasil kajian CBBR diharap dapat diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi serta menjadi rujukan pembangunan teknologi bagi pihak industri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berkasut tumit tinggi raikan Hari Wanita

Posted:

Berkasut tumit tinggi raikan Hari Wanita

Berkasut tumit tinggi raikan Hari Wanita


Victor Chu Kien (tengah) turut sama mengenakan kasut tumit tinggi hitam bagi mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada NGO wanita di Ipoh, Perak, baru-baru ini.


IPOH 15 Mac - Beberapa pelajar lelaki dari Kolej Sunway Ipoh buat pertama kalinya memakai kasut wanita bertumit tinggi sebagai simbolik meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-100 Hari Wanita Antarabangsa.

Mereka yang berarak mengelilingi kampus dan terlibat dalam pertandingan larian, sanggup berbuat demikian bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita.

Tidak bimbang dengan idea 'gila-gila' itu, mereka yang memakai baju T putih dan berseluar jean itu menganggap ia merupakan salah satu cara untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

Malah, pengarah kolej swasta tersebut, Paul Tan turut tidak ketinggalan mengenakan kasut hitam bertumit tinggi sebagai satu penghargaan kepada golongan wanita.

Pelajar semester akhir jurusan Diploma Rekaan Grafik, Victor Chu Kien, 23, berkata, walaupun pada mulanya agak sukar untuk membeli kasut mengikut saiz kakinya, namun ia berbaloi apabila dapat memakai buat pertama kali dalam hidupnya.

"Memang sakit rasanya memakai kasut tumit tinggi ini, tetapi saya tidak kisah kerana ia merupakan program berbentuk kebajikan.

"Saya berani memakainya sebagai tanda penghargaan kepada wanita terutamanya ibu saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh Utusan Malaysia sewaktu Sambutan Ulang Tahun ke-100 Hari Wanita Antarabangsa anjuran Perak Women for Women di Kolej Universiti Sunway di sini hari ini.

Perak Women for Women adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak wanita di negeri ini.

Majlis disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman.

Turut hadir Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Perak, Srihartini Mohamed Shamsudin dan Presiden Perak Women for Women, Dr. Sharifah Halimah Jaafar.

Dalam pada itu, Paul berkata, aktiviti tersebut sangat menyeronokkan walaupun pada hakikat, ia sememangnya menyakitkan apabila memakai kasut bertumit tinggi.

Beliau berkata, program itu antara lain diharap mampu memberi kesedaran kepada pelajar mengenai isu-isu yang dihadapi oleh wanita seperti penderaan dan kesaksamaan gender.

"Ia merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang tidak hanya diperoleh daripada sekeping kertas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Getir gondol Anugerah Filem/Video Terbaik

Posted:

Getir gondol Anugerah Filem/Video Terbaik

Getir gondol Anugerah Filem/Video Terbaik


Asmar Hassan menjulang hadiah sambil diperhatikan oleh Maglin Dennis D'Cruz (dua dari kanan) dan Mohamed Mustafa Ishak (dua dari kiri) di Universiti Utara Malaysia, Kubang Pasu, baru-baru ini.


KUBANG PASU 15 Mac - Filem pendek berjudul Getir arahan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Filem/Video Terbaik Keseluruhan pada Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM) yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, di sini baru-baru ini.

Selain itu, Getir yang diarahkan oleh Asmar Hassan turut merangkul anugerah Filem/Video Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Asmar, 54, berkata, dia terkejut dengan kemenangan filem pendek itu yang asalnya dihasilkan untuk projek akhir tahun di Aswara, tetapi dinobatkan pemenang pada festival itu.

"Kemenangan ini di luar jangkaan saya kerana Getir dihasilkan untuk projek kami bagi subjek pengarahan di Fakulti Filem.

"Getir dihasilkan dengan semangat serta digabungkan dengan kepakaran serta idea ahli kumpulan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian FFVPM ke-8 di Dewan Mu'adzam Shah UUM di Sintok, di sini baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Sebanyak 30 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menyertai festival itu yang menyaksikan 166 karya filem dan video dipertandingkan bagi merebut 15 anugerah, termasuk enam kategori utama.

Sementara itu, Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) turut berjaya merangkul empat anugerah iaitu kategori Pengarah Terbaik dan Penataan Seni Terbaik bagi Rona Maya, Kostum Terbaik (Jika Aku Seorang Robot), Filem/Video Dokumentari (Melatah The Documentary).

Selain itu, Universiti Aimst pula memperoleh dua anugerah iaitu Grafik Terbaik dan Filem/Video Klip Terbaik bagi I Want To Be A Dentist.

Universiti Putra Malaysia (UPM) pula membawa pulang trofi Filem/Video Pengumuman Khidmat Awam Terbaik (Plan Your Love) dan Anugerah Khas Juri (Harmony Street) pada festival berkenaan.

Dalam pada itu, Maglin Dennis berkata, kementerian yakin FFVPM dapat menjana kreativiti dan membina persaingan sihat dalam menghasilkan karya seni filem dalam kalangan pelajar di IPT di seluruh negara.

Beliau berkata, festival berkenaan juga adalah satu landasan terbaik bagi karyawan muda negara ini untuk mempamerkan bakat mereka.

"Industri filem negara amat memerlukan penglibatan karyawan muda yang agresif dan dinamik untuk mewarnai landskap filem negara ini," ujarnya.

Menurutnya, FFVPM juga dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada IPT awam atau swasta yang terpilih untuk menjadi tuan rumah festival tersebut.

"Para pelajar yang terlibat boleh mempelajari selok-belok penganjuran festival filem seperti format festival filem yang pernah dianjurkan oleh kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan persatuan perfileman.

"Adalah menjadi harapan pihak kementerian dan Finas agar festival ini menjadi medan untuk mempraktikkan teori, idea dan pengetahuan dalam bidang berkaitan untuk menjayakan festival ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan