Rabu, 16 Mac 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Thailand pertimbang semula rancangan tenaga nuklearnya

Posted: 16 Mar 2011 02:56 AM PDT

Mutakhir

BANGKOK: Thailand akan mempertimbangkan semula rancangannya untuk membina lima loji tenaga nuklear berikutan potensi membawa bencana seperti yang ditunjukkan oleh kemudahan itu selepas gempa bumi dan tsunami melanda Jepun, Jumaat lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban, berkata beliau akan mencadangkan kepada kerajaan agar program tenaga nuklear itu diberhentikan.

"Saya tidak mahu menyebabkan risiko kepada nyawa rakyat Thai jika kita teruskan program berkenaan," katanya. Thailand merancang membangunkan lima loji tenaga nuklearnya dengan kemampuan 5,000 megawat dalam masa lima tahun bermula 2020.

Pada hakikatnya, lapan tapak telah disenarai pendek untuk program itu yang dibantah degan sekeras-kerasnya oleh penduduk dan aktivis alam sekitar.

Thailand bergantung pada batu arang dan gas untuk menjana bekalan elektriknya
Jepun kini menghadapi potensi membawa bencana selepas gempa bumi melumpuhkan loji tenaga nuklear yang meletup dan mengeluarkan radiasi tahap rendah terapung ke arah Tokyo. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bapa, anak bebas daripada pertuduhan pecah amanah

Posted: 16 Mar 2011 02:51 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas pengarah eksekutif Syarikat Chin Foh Berhad dan anaknya terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan sebuah rumah kedai dan wang tunai berjumlah RM241,459 enam tahun lalu.

Hakim S. M Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya P. Viknesvaran, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Kuan Shin @ Kuan Nyong Hin, 70, dan Kuan Pek Seng, 44.

Dalam penghakimannya, beliau berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud elemen unsur kesalahan pecah amanah seperti dalam pertuduhan. "Pada waktu kejadian terdapat bukti jelas ada persetujuan daripada kalangan semua pengarah syarikat itu berhubung transaksi yang dilakukan mereka," katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua beranak itu didakwa melakukan kesalahan melibatkan wang RM157,199 untuk membayar yuran guaman kepada seorang peguam bernama Bodipalar Ponudurai Nathan, antara 15 Februari dan 8 November 2005.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan pecah amanah harta syarikat iaitu sebuah rumah kedai di Blok C, Pusat Perniagaan Kinrara, Taman Kinrara Seksyen 3, Puchong, di sini dengan melupuskannya kepada seorang pekerja syarikat itu Kwan Nyok Yin.

Kesalahan itu dilakukan di alamat 505, Jalan Tiong, Batu 3, Off Jalan Ipoh, disini pada 7 April 2005.
Sementara itu, pada tempat yang sama Pek Seng sebagai pengarah urusan syarikat, turut menghadapi pertuduhan pecah amanah harta syarikat wang tunai RM84,260 dengan membuat bayaran kepada Syarikat Hen Wah Enterprise untuk membuat pengubahsuaian sebuah rumah di Damansara Heights pada 18 Oktober 2005.

Kedua-dua beranak itu diwakili peguam Datuk K Kumarendran. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan