Rabu, 23 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


MAKSIS II kutuk kekejaman Israel

Posted:

MAKSIS II kutuk kekejaman Israel

MAKSIS II kutuk kekejaman Israel

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


SEORANG pelajar tahun akhir Fakulti Komunikasi dan Media, UiTM Lendu mengadakan persembahan mengutuk kekejaman Israel pada Minggu Aspirasi Komunikasi Islam II di Lendu, Melaka, baru-baru ini.


ALOR GAJAH 22 Mac - Minggu Aspirasi Komunikasi Islam II (MAKSIS II) anjuran pelajar tahun akhir Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu di sini berjaya mengutip RM1,312.75 untuk disumbangkan kepada Tabung Palestin baru-baru ini.

MAKSIS II yang melibatkan kira-kira 50 pelajar telah diadakan di pekarangan Dataran Landskap, UiTM Lendu di sini.

Selain menganjurkan program 'A Night In Palestine' sempena memperingati kesengsaraan umat Islam di Palestin akibat kekejaman tentera Israel, semua pelajar turut menandatangani petisyen membantah kekejaman zionis.

Exco Publisiti MAKSIS II, Mohamad Dzafri Mohd. Adzmi berkata, program itu dianjurkan bertujuan mengecam tindakan rejim Zionis kerana melakukan kekejaman ke atas umat Islam di Palestin.

''Pelajar turut melakonkan semula kekacauan yang berlaku di bumi Palestin selain babak kapal Mavi Marmara membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza diserang oleh komando rejim Zionos Israel turut ditampilkan," katanya.

Katanya, MAKSIS II turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi popular Andy Flop Poppy.

Di samping itu, beberapa pelajar turut menampilkan bakat apabila menyertai pertandingan mendeklamasi puisi yang bertemakan keperitan hidup rakyat Palestin.

Katanya, majlis tersebut telah dirasmikan oleh Koordinator Program Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Abdul Rauf Ridzuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suksis didedahkan peranan polis jaga keselamatan

Posted:

Suksis didedahkan peranan polis jaga keselamatan

Suksis didedahkan peranan polis jaga keselamatan


Sebahagian anggota Kor Suksis UTeM memeriksa kenderaan mahasiswa pada program latihan amali pemeriksaan kenderaan dan pencegahan jenayah di Melaka, semalam.


MELAKA 22 Mac - Seramai 62 anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini menghadiri program latihan amali pemeriksaan kenderaan dan pencegahan jenayah.

Pegawai Latihan Kor Suksis UTeM, Inspektor Daud Awang Min berkata, latihan tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada anggota Kor tersebut mengenai prosedur mengendalikan sekatan jalan raya, penguatkuasaan akta serta langkah-langkah pencegahan jenayah.

''Buat pertama kalinya anggota Kor Suksis UTeM diberi peluang untuk menimba pengalaman dalam melaksanakan pemeriksaan kenderaan dan pencegahan jenayah bersama polis," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, melalui pendedahan itu kesemua anggota kor terbabit dapat mendekatkan diri dengan masyarakat selain menambah kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras jenayah.

Melalui latihan yang dijalankan, katanya, anggota kor itu diberi tunjuk ajar mengenai cara yang betul untuk memeriksa kad pengenalan, lesen memandu, cukai jalan serta pemeriksaan kenderaan.

''Pada masa sama, mereka turut didedahkan dengan beberapa akta yang diguna pakai antaranya Akta Polis 1967, Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Peraturan Lalu Lintas 1958," ujarnya.

Seorang anggota Kor Suksis, Mohd. Azlan Zahari ketika ditemui berkata, latihan itu merupakan sesuatu yang sangat mencabar bagi dirinya dan rakan-rakan lain.

''Namun, tunjuk ajar serta bimbingan daripada jurulatih yang berpengalaman memberikan kami keyakinan untuk melaksanakan tugas jika diberikan," katanya.

Manakala bagi Raja Norazimah Raja Yunus, berkata, latihan tersebut memberi kefahaman dengan lebih jelas mengenai bidang kuasa dan tanggungjawab polis dalam menjaga keselamatan.

Jelasnya, sebelum ini subjek undang-undang dan akta hanya diajar ketika di dalam kelas tetapi menerusi latihan amali itu, dia telah memberi pemahaman yang lebih jitu kepadanya.

Latihan itu menyaksikan sejumlah 388 kereta, 340 motosikal dan 669 orang telah diperiksa oleh anggota Kor Suksis UTeM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nurhakimi harumkan nama USIM

Posted:

Nurhakimi harumkan nama USIM

Nurhakimi harumkan nama USIM


Mohd. Nurhakimi Md. Yaman (tengah) diapit oleh pegawai USIM selepas muncul juara vokal terbaik pada Festival Keroncong Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia di UTHM, Johor, baru-baru ini.


SEREMBAN 22 Mac - Festival Keroncong Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (Makum) yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM), Johor telah sekali lagi memartabatkan kehebatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Apa tidaknya, seorang pelajar, Mohd. Nurhakimi Md. Yaman dari Urus Setia Kesenian Pelajar Unit Kebudayaan USIM telah muncul juara vokal terbaik melalui persembahan lagu keroncong bertajuk 'Keroncong Dewi Murni' dan 'Langgam Selendang Putera.'

Menurut Pegawai Kebudayaan USIM, urus setia berkenaan telah melakukan kerja yang baik melalui pengalaman lampau serta memperbaiki mutu persembahan untuk muncul juara.

''Mohd. Nurhakimi telah mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Azizul Hakim Md. Anuwar," katanya di sini.

Katanya, kejayaan pelajar itu telah mengharumkan nama universiti ini, selepas menjuarai kategori individu, manakala acara berkumpulan dimenangi barisan pelajar bukan Melayu dari UTHM.

Mohd. Nurhakimi yang juga ahli kumpulan nasyid Interaksee berjaya membawa pulang hadiah wang tunai, piala pusingan dan iringan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan