Rabu, 23 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


MITI dekati pelajar IPTA, IPTS

Posted:

MITI dekati pelajar IPTA, IPTS

MITI dekati pelajar IPTA, IPTS

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

MERBOK 22 Mac – Lebih 200 penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negeri ini menyertai Program Outreach Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kedah di sini baru-baru ini.

Program yang diadakan dengan kerjasama UiTM Kedah itu bertujuan meningkatkan hubungan antara agensi di bawah kementerian dengan penuntut universiti yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

Pegawai Eksekutif Unit Komunikasi Korporat UiTM Kedah, Reza Irwan Othman berkata, matlamat utama program itu adalah untuk meningkatkan kesedaran penuntut khususnya di tahun akhir tentang fungsi yang dimainkan oleh agensi kementerian.

"Sepanjang program itu, para peserta didedahkan dengan konsep keusahawanan melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman oleh penceramah jemputan daripada kalangan usahawan berjaya," katanya.

Menurut Reza Irwan, pada masa sama, para penuntut terbabit turut diberikan peluang untuk berdialog dengan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Program outreach di UiTM Kedah itu merupakan yang keempat selepas di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kelantan, sebelum ini.

Dalam pada itu, Mukhriz ketika berucap merasmikan majlis itu berkata, usahawan dan siswazah yang mahu menceburi bidang perniagaan harus meletakkan sasaran untuk menembusi pasaran global pada masa akan datang.

Beliau berkata, perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan sistem pemasaran barangan kini boleh dilakukan dengan teknologi terkini.

"Aspek pemasaran dan promosi kini ada pelbagai kaedah. Sebagai contoh, barang yang dibuat di Merbok sudah boleh dipasarkan di Amerika Syarikat. Teknologi seperti Internet membuka peluang kepada usahawan IKS (Industri Kecil dan Sederhana) untuk lebih berani menghadapi pasaran luar negara," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

130 mahasiswa UPSI sertai perkhemahan briged bomba

Posted:

130 mahasiswa UPSI sertai perkhemahan briged bomba

130 mahasiswa UPSI sertai perkhemahan briged bomba


Mahasiswa kursus kokurikulum Briged Bomba dan Penyelamat, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menyertai perkhemahan di Pasir Putih Resort, Kalumpang, baru-baru ini.


TANJUNG MALIM 22 Mac - Seramai 130 mahasiswa di bawah kursus kokurikulum Briged Bomba dan Penyelamat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah menyertai perkhemahan yang diadakan di Pasir Putih Resort, Kalumpang baru-baru ini.

Kursus yang baru ditubuhkan dua tahun lalu merupakan antara kursus yang menjadi pilihan mahasiswa kerana pengisiannya yang memberi banyak pendedahan tentang dunia sebenar anggota bomba.

Program tersebut mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak.

Tenaga pengajar yang terlibat dalam program itu terdiri daripada pegawai-pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim iaitu Sarjan Ibrahim Mad Isa; Penolong Penguasa, Kamal Ahmad Shaari dan beberapa orang pegawai lain dengan dibantu jurulatih-jurulatih yang terdiri daripada pelajar-pelajar UPSI.

Perkhemahan tersebut merupakan perkhemahan siri pertama semester ini dan merupakan kali keempat sepanjang kursus itu diperkenalkan di universiti itu.

Seorang peserta yang mengikuti program itu, Syarifah Hafidah Syed Abdul Rahman memberitahu, perkhemahan itu menarik kerana terdapat banyak aktiviti yang disusun sepanjang program itu berlangsung.

Katanya, aktiviti-aktiviti yang disediakan menerusi program yang dianjurkan itu mampu memupuk semangat kerjasama di samping menanamkan sikap setiakawan di kalangan peserta.

"Misalnya melalui aktiviti meredah hutan, semua peserta yang terlibat akan saling membantu sekali gus merapatkan hubungan sesama peserta," katanya.

Sementara itu, jurulatih briged, Muhammad Fadhirul Mohd. Razi berkata, aktiviti perkhemahan itu diadakan bagi memenuhi sukatan pengajaran sekali gus menjadi persediaan kepada bakal-bakal guru terbabit untuk mengendalikan kokurikulum di sekolah.

"Perkhemahan ini bertujuan mendedahkan peserta kepada aktiviti-aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental agar mereka mampu menjalani kehidupan dengan sikap yang lebih positif.

"Kita juga berharap semua peserta yang terlibat akan mengambil input-input dan pengajaran daripada siri perkhemahan yang diadakan ini dan menggunakannya untuk masa hadapan demi kebaikan bersama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kakitangan USM juara sepak takraw piala presiden

Posted:

Kakitangan USM juara sepak takraw piala presiden

Kakitangan USM juara sepak takraw piala presiden


Pasukan Timur Laut yang dibarisi kakitangan Universiti Sains Malaysia muncul juara Piala Presiden Persatuan Sepak Takraw Pulau Pinang di Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 22 Mac - Pasukan Timur Laut yang dibarisi kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) menjuarai Piala Presiden Persatuan Sepak Takraw Pulau Pinang baru-baru ini.

Mereka menundukkan pasukan Seberang Perai Selatan pada perlawanan akhir manakala pasukan Seberang Perai Tengah mendapat tempat ketiga.

Jurulatih pasukan sepak takraw USM, Abdul Razak Mohd. Noor berkata, kejayaan itu diperolehi hasil kesungguhan anak-anak buahnya berlatih termasuk berbincang mengenai strategi bagi menundukkan pihak lawan.

"Kami banyak berbincang mengenai susunan regu manakala setiap pemain dipantau dari semasa ke semasa supaya dapat membuat keputusan dalam menentukan kombinasi regu-regu.

"Ternyata strategi sebegini membuahkan hasil dan kami berjaya ke perlawanan akhir seterusnya muncul juara," katanya selepas kejohanan berkenaan di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian penutup kejohanan itu disempurnakan oleh Presiden Sepak Takraw Malaysia, Datuk Ahmad Ismail

Abdul Razak menambah, pertandingan tersebut juga merupakan persediaan USM bagi menghadapi Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (Sukum) ke-36 yang akan berlangsung pada Julai ini di Universiti Teknikal Melaka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan