Ahad, 6 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Penuntut Melaka mulai pulang ke Mesir

Posted:

Penuntut Melaka mulai pulang ke Mesir

Penuntut Melaka mulai pulang ke Mesir

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pelajar kelahiran Melaka yang akan berlepas ke Kaherah menunjukkan tiket penerbangan mereka di Merlimau, Melaka, semalam.


JASIN 5 Mac - Seramai 322 penuntut negeri ini yang belajar di Mesir akan kembali ke negara itu untuk menyambung pengajian mereka bermula esok.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri menerusi Yayasan Melaka akan menanggung kesemua tiket penerbangan penuntut terlibat bernilai RM644,000 dan mereka akan kembali ke negara itu secara berperingkat.

"Kumpulan pertama seramai 111 penuntut akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kaherah pada pukul 2.10 pagi manakala kumpulan kedua seramai 211 orang pula akan berlepas ke kira-kira pukul 9.30 malam," katanya.

Mohd. Ali berkata demikian selepas menyampaikan tiket penerbangan kepada kumpulan pertama penuntut berkenaan pada satu majlis di Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakob (SDARY) di sini hari ini.

Kos penerbangan sebanyak RM2,000 bagi setiap penuntut itu ditanggung oleh Yayasan Melaka. Penuntut jurusan perubatan Universiti Ain Shams, Nurul Azleen Badul Aziz, 21, berterima kasih atas bantuan tiket penerbangan itu.

"Walaupun tidak menanggung sepenuhnya harga tiket penerbangan, bantuan ini amat bermakna kerana jika tidak kami terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM2,180 seorang. Sumbangan ini telah banyak membantu meringankan beban keluarga," katanya.

Bagi penuntut jurusan perubatan Universiti Alexandria, Ahmad Hafizuddin Ibrahim, 19, kesediaan kerajaan negeri menanggung RM2,000 kos tiket penerbangan banyak membantu penuntut.

Pandangan sama dikongsi penuntut tahun tiga Universiti Mansurah, Muhammad Imran Jamaat, 21, yang menyifatkan bantuan kerajaan negeri itu amat bermakna kepada keluarga berpendapatan sederhana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ikwan anjur program renang untuk anak yatim

Posted:

Ikwan anjur program renang untuk anak yatim

Ikwan anjur program renang untuk anak yatim


KETUA jurulatih Dolphin Swimming Academy, Abd. Aziz Abd. Rahman (kanan) memberi penerangan mengenai ciri-ciri keselamatan di dalam air di Kompleks Sukan Seremban 2, baru-baru ini.


SEREMBAN 5 Mac - Keceriaan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim di bawah naungan Yayasan Murad yang menyertai program Aquakids bagi mendedahkan mereka mengenai teknik asas keselamatan dalam air baru-baru ini.

Apatah lagi kebanyakan mereka kali pertama terlibat dalam aktiviti seperti itu menerusi program amal anjuran Kelab Wartawan Negeri Sembilan (Ikwan).

Program tersebut berlangsung selama dua hari mulai semalam di kolam renang Kompleks Sukan Seremban Dua melibatkan seramai 20 anak yatim yang berusia antara tujuh hingga 16 tahun.

Presiden Ikwan, Muhammad Rais Yeop Johari berkata, aktiviti amal itu bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak itu mengenai teknik asas berenang di samping membina keyakinan diri mereka.

"Peluang belajar asas renang ini selain memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak ini dapat mengelak risiko lemas sekali gus menguji tahap kecergasan mereka.

"Para pelajar dilengkapi dengan jaket keselamatan sebelum diajar teknik asas renang dan risiko lemas secara individu," ujarnya.

Menurutnya, kanak-kanak itu turut diberi pendedahan berkenaan risiko semasa berada di dalam air dan teknik-teknik survival sekiranya berlaku kecemasan.

Tambahnya, program yang mendapat kerjasama Yayasan Murad dan Dolphin Swimming Academy (DSA) itu juga mampu memupuk minat terhadap aktiviti sukan air seperti renang dan sebagainya.

Sementara itu, Pengasas Yayasan Murad, Prof. Datuk Abdul Murad Ahmad berterima kasih kepada Ikwan atas penganjuran program amal itu yang disifatkannya amat berlainan berbanding program yang lazimnya dianjurkan untuk anak yatim.

"Program ini memberi peluang kepada anak-anak yatim yang tidak pernah merasai kehidupan yang dilalui oleh anak yang mempunyai keluarga,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan