Ahad, 6 Mac 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Pelajar kolej hanyut

Posted: 05 Mar 2011 12:05 PM PST

KEMAMAN: Kegembiraan lima rakan sekolej berkelah dan mandi-manda di sebuah kawasan perkelahan di Jeram Tanduk, dekat Kampung Air Putih, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dipercayai dihanyutkan arus deras dan lemas di jeram berkenaan.

Abdul Aziz Zulkifli, 19, pelajar kolej swasta di daerah ini, dikatakan bertolak dari rumah sewa mereka di Bandar Chukai bersama empat lagi rakan mereka untuk berkelah buat kali pertama di jeram berkenaan dan tiba kira-kira jam 4 petang kelmarin.


Rakan mangsa, Muhd Nur Ariff, 19, berkata mereka berlima sudah lama bercadang berkelah dan mandi-manda di jeram terbabit setelah mendapat tahu daripada rakan bahawa kawasan itu cantik dan sesuai untuk berkelah.

"Sempena cuti hujung minggu ini, kami merancang datang berkelah di sini dan bertolak petang kelmarin dan tiba di lokasi perkelahan kira-kira jam 4 petang.


"Kejadian berlaku sewaktu kami mandi dan berenang apabila saya tiba-tiba melihat mangsa dihanyutkan arus deras dan terjatuh ke kawasan jeram yang airnya terlalu deras serta dalam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Melihat kejadian itu, dia serta seorang lagi rakan mereka cuba berenang dan berjaya mencapai tangan mangsa. Namun, air yang terlalu deras menyebabkan Abdul Aziz gagal diselamatkan lalu terjatuh ke dalam jeram itu.

Katanya, mereka yang terkejut dengan kejadian itu terus berusaha keluar dari kawasan perkelahan yang jaraknya hampir 10 kilometer dari rumah penduduk bagi mendapatkan bantuan orang awam dan menghubungi Balai Polis Air Putih.


Dalam perkembangan sama, Ketua Operasi Gerakan Mencari dan Menyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Ceneh Baru, Pegawai Bomba Kanan 1 Azhar Noh berkata, mereka menerima laporan berhubung kejadian itu, kira-kira jam 6.20 petang semalam.

"Kami tiba di tempat kejadian kira-kira jam 7 malam dengan kekuatan anggota seramai 12 orang bagi menjalankan usaha mencari dan menyelamat walaupun terpaksa menempuh sedikit kesukaran kerana air jeram terlalu deras.


"Usaha mencari terpaksa dihentikan malam tadi disebabkan cuaca gelap dan ia disambung semula jam tujuh pagi dengan bantuan 11 anggota unit selam (skuba) Bomba dan Penyelamat, 10 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan anggota Rela yang keseluruhannya berjumlah 38 orang selain penduduk kampung serta Badan Bukan Kerajaan (NGO)," katanya.


Bagaimanapun, keluarga mangsa yang tiba dari Johor Bharu awal pagi ini ketika ditemui di lokasi enggan ditemubual kerana masih terkejut dengan kejadian itu dan meminta identiti penuh mangsa tidak disiarkan.


Tinjauan di kawasan perkelahan berkenaan mendapati pasukan mencari dan menyelamat menjalankan gerakan mencari, termasuk menyelam di beberapa kawasan jeram air deras bagi mengesan kedudukan mangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kawal ubat ‘bunuh diri’

Posted: 05 Mar 2011 11:41 AM PST

KELANA JAYA: Berperanan sebagai ubat penahan sakit yang mudah diperoleh tetapi ia boleh membunuh. Sehubungan itu, kerajaan diminta mengharamkan penjualan sejenis ubat tahan sakit di farmasi melebihi 10 biji bagi mengelak ia dijadikan bahan membunuh diri.

Ketua Unit Intervensi dan Sokongan Keluarga bahagian Pembangunan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Dr Zuraida Ahmad Sabki berkata, penjualan ubat berkenaan secara berleluasa memberi ruang lebih besar kepada individu yang ingin membunuh diri meneruskan hasrat mereka.


Menurutnya, kini menjadi trend makan ubat penahan sakit secara berlebihan berikutan ia mudah didapati kerana dijual dalam kuantiti banyak di farmasi.

"Mereka yang ingin membunuh diri makan pil berkenaan tetapi jika dimakan sekali gus, mereka akan muntah. Kadangkala mereka bukan mahu mati, tetapi mahu melegakan tekanan," katanya selepas menyampaikan kertas kerja di Seminar Kenali Anak Kita (KAK) Zon Tengah, di sini, semalam.


Program kemasyarakatan itu dianjurkan LPPKN dengan Jabatan Pelajaran Selangor, Jabatan Pelajaran Persekutuan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Agensi Antidadah Kebangsaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Persatuan Pengasih Malaysia dan Petronas.


Berdasarkan kes dikendalikannya, Dr Zuraida berkata, setiap hari beliau menerima empat aduan cubaan membunuh diri.

Dalam satu kes, seorang gadis berusia 22 tahun menelan 100 biji pil penahan sakit yang diminum dengan sejenis minuman berkarbonat kerana kecewa dengan hidupnya.


Gadis berkenaan yang juga pelajar cemerlang mengambil keputusan berkenaan untuk menarik perhatian ibu bapanya.

"Pil yang ditelan tidak dapat dikeluarkan kerana dia menelannya satu demi satu. Pengambilan ubat berkenaan dalam dos berlebihan menyerap dalam tubuh, menyebabkan ketoksidan hati dan matanya kuning," katanya.


Menurutnya, apabila berbincang mengenai masalah anak, kebanyakan ibu bapa sibuk memikirkan daripada segi sosial sehingga terlepas pandang pendekatan daripada segi biologi dan psikologi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen