Selasa, 22 Mac 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Anwar cuba alih isu DNA

Posted:

Anwar cuba alih isu DNA

Anwar cuba alih isu DNA

oleh MOHD. RAFIE AZIMI
Rafie.azimi@utusan.com.my


ZULKIFLI Noordin bercakap semasa mengadakan sidang akhbar sambil ditemani Zahrain Mohamed Hashim di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR 22 Mac – Kepimpinan Pas di kalangan kumpulan ulama dipercayai telah memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan kebenaran.

Dua ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin mendakwa, maklumat yang diperoleh mereka juga memaklumkan jika Anwar enggan, maka kumpulan ulama itu akan mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Zulkifli, maklumat itu diterima mereka daripada rakan lama dalam PKR yang amat diyakini dan dipercayai kerana pernah beberapa kali memberi maklumat tepat sebelum ini.

"Oleh itu, Anwar dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengalih isu. Apatah lagi keputusan permohonan pihak pendakwaan meminta Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA ditentukan esok.

"Di sinilah video itu memainkan peranan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.

Anwar telah mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dalam video berkenaan dan juga membuat laporan polis berhubung kes itu.

"Jangan kita terperangkap. Tiada siapa tuduh Anwar, tetapi dalam masa kira-kira tiga jam selepas pendedahan itu, beliau mampu buat sidang akhbar mendakwa bukan 'pelakon' video tersebut selain kata perut buncit. Dia kata tidak tengok, tetapi mana dapat maklumat?

"Selain itu, pagi ini beliau membuat laporan polis, perkara yang tidak pernah dilakukannya dalam tuduhan-tuduhan sebelum ini. Pada saya, kecepatan dan ketangkasan beliau bertindak sangat meragukan. Soalnya, mengapa dalam soal ini cepat bertindak, isu DNA pula lambat?" katanya.

Justeru, beliau mencabar Anwar untuk turut sama bertindak pantas menyerahkan sampel DNAnya bagi menyelesaikan misteri lelaki 'Y'.

Sementara itu, Zahrain mempersoalkan kenyataan Anwar semalam yang mendakwa video seks itu timbul kerana beliau telah menang di mahkamah dalam kes liwat.

"Bukankah itu merupakan tindakan menghina mahkamah? Bagi saya, beliau bersikap double standard kerana pernah menggesa agar polis menangkap individu mendesak beliau menyerahkan DNA," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Cubaan paksa saya keluar daripada politik nasional'

Posted:

'Cubaan paksa saya keluar daripada politik nasional'

'Cubaan paksa saya keluar daripada politik nasional'


Para wartawan dan jurugambar menyerbu Anwar Ibrahim selepas selesai membuat laporan polis berkenaan kes video seks di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam. - utusan/Hafiz Johari


KUALA LUMPUR 22 Mac - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pagi ini.

Ketua Pembangkang itu hadir ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta empat pengawal peribadi pada pukul 10.40 pagi.

Ketibaan beliau disambut kira-kira 50 orang dipercayai penyokong PKR yang kemudian mengekori Anwar sehingga ke pintu masuk bangunan IPD.

Turut menemani Anwar dan Azizah ketika membuat laporan ialah Peguam, N. Surendran, Latheefa Koya dan R. Sivarasa.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, berusia 64 tahun itu kemudian keluar daripada bangunan IPD selepas selesai membuat laporan pada pukul 12 tengah hari.

Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, laporan polis tersebut dibuat bagi menafikan dirinya adalah lelaki yang melakukan adegan seks di dalam klip video itu.

"Tindakan tersebut (menayangkan adegan seks) adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotifkan politik keatas perwatakan serta reputasi saya serta keluarga, malah ia juga adalah satu percubaan untuk memaksa saya keluar daripada politik nasional.

"Tindakan Datuk T itu juga berunsur jenayah kerana menayangkan video lucah kepada pihak media serta berkonspirasi untuk menjatuhkan saya sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat," katanya.

Semalam, satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, mendedahkan aksi video seks yang melibatkan seorang pemimpin politik pembangkang di Carcosa Seri Negara.

Datuk T kemudian berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam tempoh seminggu jika pasangan berkenaan tidak melepaskan jawatan sebagai pemimpin politik.

Anwar yang mendakwa polis turut bersekongkol dalam konspirasi video lucah itu memberitahu, laporan polis itu dibuat supaya pihak berkuasa dapat melakukan siasatan bagi membela dirinya.

Sementara itu, Presiden PKR, Wan Azizah menuding jari kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sebagai dalang kepada pendedahan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan