Selasa, 22 Mac 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


KDN tubuh pasukan khas

Posted:

KDN tubuh pasukan khas

KDN tubuh pasukan khas


Hishammuddin Tun Hussein bersama Shahrizat Abdul Jalil menerima Petisyen Optional Protokol dengan mengumpul sebanyak 10,000 tandatangan menentang Perdagangan Manusia daripada Ketua Eksekutif Body Shop Malaysia, Simon Foong (tiga dari kiri) di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 22 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berhubung isu pendedahan rakaman video seks seorang lelaki yang didakwa mengaitkan dirinya di sebuah hotel.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan khas perlu ditubuhkan kerana ia melibatkan kes yang mendapat perhatian rakyat dan melibatkan individu berprofil tinggi.

Menurutnya, hasil siasatan pasukan khas tersebut akan dilaporkan terus kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebelum sebarang tindakan diambil.

"Dengan tertubuhnya pasukan khas ini, saya berharap kebenaran akan ditegakkan supaya tiada lagi pihak menyalahkan kerajaan dan menganggap ia konspirasi politik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan 10,000 tandatangan untuk menghentikan pemerdagangan manusia anjuran The Body Shop bersama Pertubuhan Menamatkan Pelacuran, Pornografi dan Pengedaran Kanak-Kanak Untuk Tujuan Seks (ECPAT), PS the Children dan Nur Salam.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Dalam pada itu, Hishammuddin turut menafikan bahawa rakaman video tersebut dilakukan oleh pihak polis dan beliau hanya mengetahui mengenai penyebaran video seks tersebut selepas membaca laporan akhbar.

Sementara itu, polis telah membuka kertas siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan itu dilakukan berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

"Saya mengesahkan polis telah menerima laporan polis (video aksi seks) hari ini dan siasatan telah dijalankan," katanya yang enggan menyatakan lebih lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, siasatan kes berkenaan akan dilakukan oleh polis negeri tersebut.

"Kita akan siasat mengikut prosedur biasa," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan 'kawasan panas' di stesen monorel Tun Sambanthan, di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pangkalan data penjenayah siber bakal diwujudkan

Posted:

Pangkalan data penjenayah siber bakal diwujudkan

Pangkalan data penjenayah siber bakal diwujudkan

KUALA LUMPUR 22 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pangkalan data khas bagi menyimpan maklumat mana-mana individu yang terlibat dalam jenayah komersial dan siber di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pangkalan data itu dijangka beroperasi mulai selewat-lewatnya Julai depan, sebaik sahaja memperoleh perkakasan yang diperlukan.

Beliau berkata, permohonan untuk membeli perkakasan tersebut sudah diserahkan kepada Jabatan Logistik dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan lanjut.

"Data-data yang disimpan nanti akan mengambil kira modus operandi penjenayah selain biodata, demografi dan semua maklumat mengenai mereka," katanya kepada pemberita dalam wawancara sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 di pejabatnya di Bukit Perdana di sini hari ini.

Menurut Syed Ismail, kesemua data-data pesalah siber dan komersial itu direkodkan hasil maklumat dan risikan pihaknya selain laporan yang diterima daripada pengadu.

Selain pangkalan data, beliau berkata, JSJK turut mengemukakan permohonan untuk mewujudkan pusat sehenti khusus bagi menangani jenayah siber.

"Dalam jenayah siber, masa amat mustahak. Sebagai contoh, dalam kes 'phishing' atau mencari mangsa secara rawak melibatkan maybank2u.

"Modus operandi sindiket ialah mangsa akan menerima e-mel amaran keselamatan disertakan dengan alamat laman web kononnya dihantar pihak bank meminta mereka mengemas kini alamat dan maklumat peribadi," katanya.

Beliau berkata, apabila mangsa percaya dan selesai mengemas kini maklumat tersebut, maka dalam tempoh kira-kira dua minit mereka akan menerima pesanan ringkas (SMS) dari bank memaklumkan berlaku transaksi wang dalam akuan mangsa.

Syed Ismail berkata, pusat sehenti yang dicadangkan itu membolehkan mangsa yang ditipu membuat laporan segera untuk siasatan polis.

Katanya, pusat sehenti bakal diwujudkan ini memilih Taiwan sebagai model memandangkan kejayaan negara itu membanteras jenayah siber menggunakan pusat sehenti seumpama itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan