Khamis, 24 Mac 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Jangan abaikan warga emas

Posted:

Jangan abaikan warga emas

Jangan abaikan warga emas

Oleh Ali Mahmood
utusanpahang@utusan.com.my


Shahiruddin Ab. Moin menyumbang kain untuk dibuat baju kepada seorang warga emas di Kampong Ulu Gali, Dong, baru-baru ini.


RAUB 24 Mac - Masyarakat diingatkan tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap golongan warga emas terutama yang tinggal sebatang kara di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, warga emas tidak sewajarnya disisih dan dibiarkan kerana mereka merupakan golongan yang perlu diberi pembelaan.

Katanya, semua pihak terutama golongan berada perlu menunaikan tanggungjawab sosial mereka bagi membela golongan warga emas supaya tidak hidup keseorangan dan terbiar.

"Masyarakat tidak boleh beranggapan golongan terbabit menyusahkan apabila mereka tidak lagi mempunyai keupayaan untuk menguruskan diri sendiri kerana kita juga akan melalui kehidupan dan pengalaman sama pada hari tua nanti.

''Warga emas banyak menabur jasa dalam proses pembangunan negara terutama selepas merdeka dan kita tidak boleh menafikan sumbangan tersebut walaupun mereka kini telah berusia dan tidak lagi berdaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pakaian kepada lebih 100 warga emas di Kampung Ulu Gali, Dong dekat sini baru-baru ini.

Menurut Shahiruddin, usaha mendekati warga emas dapat mendidik generasi muda mengenal erti kehidupan sebenarnya berdasarkan pengalaman yang mereka lalui terutama pada zaman pasca merdeka.

''Kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan mereka sebelum ini yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit sehingga membolehkan generasi kita hidup selesa dan aman hari ini," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Raub mahu semua pihak di negeri ini mencontohi Kelab Warga Emas Ulu Gali yang ditubuhkan bertujuan menjalankan pelbagai aktiviti berfaedah bagi mengisi masa lapang.

Katanya, kelab yang mempunyai keahlian lebih 100 orang dengan yuran keahlian sebanyak RM12 itu merangka pelbagai aktiviti termasuk program keagamaan, riadah dan pemeriksaan kesihatan secara berkala sepanjang tahun ini.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak kelab warga emas dapat ditubuhkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong dan Parlimen Raub supaya warga emas tidak merasa diri mereka disisih.

''Warga emas perlu dilibatkan bersama dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi menghargai sumbangan mereka selama ini," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Temerloh guna 16.5 juta beg plastik

Posted:

Penduduk Temerloh guna 16.5 juta beg plastik

Penduduk Temerloh guna 16.5 juta beg plastik

TEMERLOH 24 Mac - Penduduk Temerloh menggunakan 16.5 juta beg plastik setahun dan ia menjadi ancaman kepada alam sekitar apabila ia sukar dilupuskan.

Bagi memberikan kesedaran mengenai bahaya menggunakan beg tersebut, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dengan kerjasama Yayasan Bank CIMB dan Kelab Rotary Temerloh menganjurkan kempen 'Tak Nak Beg Plastik' di beberapa pusat beli-belah dan pasar raya di bandar ini.

Presiden Kelab Rotary Temerloh, Liew Fook Hung berkata, program itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penggunaan beg plastik.

''Jumlah penduduk daerah ini ialah seramai 60,000 orang dan jika setiap penduduk menggunakan 275 beg plastik setahun, bererti setiap tahun penduduk menggunakan 16.5 juta beg itu.

''Bayangkan bagaimana kita akan berdepan dengan kesukaran untuk melupuskan beg plastik yang akan mengundang bahaya dan ancaman serius kepada alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian kempen tersebut yang disempurnakan Yang Dipertua MPT, Datuk Tarif Abdul Rahman di pekarangan pusat beli-belah The Store di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Bank CIMB Kawasan Pahang barat, Mohd. Fauzi Che Soh.

Pada majlis itu, sebanyak 10,000 beg kertas yang boleh digunakan semula diedarkan kepada orang ramai yang mengunjungi enam pasar raya di bandar ini.

Menurut Fook Hung, beg plastik hanya digunakan untuk tempoh lima minit tetapi pelupusannya memakan masa sehingga 1,000 tahun.

Selain itu, jelas beliau, beg plastik yang dibuang di merata-rata boleh menyebabkan aliran air tersekat dan kesannya boleh berlaku banjir serta mengancam keselamatan hidupan di darat dan laut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Atasi masalah banjir di Dataran Patin

Posted:

Atasi masalah banjir di Dataran Patin

Atasi masalah banjir di Dataran Patin


Zainor Rashid menunjukkan kawasan persekitaran Dataran Patin yang dipenuhi air pada musim tengkujuh.


DATARAN Patin merupakan salah satu daya tarikan baru pelancongan di bandar Temerloh apabila lokasinya sangat strategik iaitu di antara pertembungan Sungai Semantan dan Sungai Pahang.

Lebih menarik lagi, Dataran Patin kini mempunyai jambatan gantung yang menambahkan lagi tarikan orang ramai untuk berehat di kawasan itu sambil melihat panorama sungai terbesar dan terpanjang di Semenanjung.

Bagaimanapun, timbul sedikit masalah terutama ketika musim tengkujuh apabila Dataran Patin itu sering dinaiki air menyebabkan persekitarannya tenggelam dan menyukarkan orang ramai berehat dan menjamu selera menikmati masakan ikan patin masak tempoyak di gerai-gerai di kawasan itu.

Sehubungan itu, kami berharap pihak berkuasa tempatan membina satu lagi jambatan kecil di kawasan letak kereta di tepi Dataran Patin untuk kegunaan ketika banjir.

Dengan adanya jambatan itu, ia membolehkan orang ramai terus menikmati masakan ikan patin yang menjadi kebanggaan warga Temerloh.

Kebanyakan orang luar yang datang ke daerah ini mencari patin masak tempoyak dan kita harus mengambil inisiatif ini dalam menarik lebih ramai pengunjung ke Bandar Ikan Patin ini.

Kawasan esplanade itu kian membangun menyebabkan pertambahan pengunjung setiap hari.

Pihak yang berkenaan perlu melakukan sesuatu seperti mengadakan promosi Dataran Patin kepada orang ramai supaya ia menjadi tempat makan yang digemari ketika mengunjungi daerah ini.

Kita bangga kerana di kawasan esplanade itu bukan sahaja mempunyai Dataran Patin dan jambatan gantung malah terdapat bot penambang yang boleh dinaiki orang ramai untuk bersiar-siar di Sungai Pahang ini.

Kami berharap pihak berkenaan membangunkan lebih banyak prasarana di kawasan itu supaya memberi keselesaan kepada orang ramai.

ZAINOR RASHID

Temerloh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan