Khamis, 24 Mac 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Pesawat tentera Libya ditembak jatuh

Posted: 24 Mar 2011 07:33 PM PDT

Sebuah pesawat tentera Libya ditembak jatuh di pangkalan udara Misrata di barat Libya semalam

NONEMenurut pasukan bersenjata Perancis, pesawat Libya itu ditembak oleh sebuah jet pejuang Perancis menggunakan peluru berpandu.

"Pesawat Perancis itu melakukan serangan senjata udara-ke-darat (AASM) setelah pesawat tersebut mendarat di pangkalan udara Misrata," kata jurucakap dalam satu kenyataannya di Paris.

350 pesawat untuk serang Libya

Di Washington, Naib Laksamana Angkatan Tentera Amerika, William Gortney berkata lebih 350 pesawat kini digunakan dalam operasi serangan udara bersama tentera Bersekutu ke atas Libya.

NONEKatanya, separuh daripada pesawat itu membabitkan angkatan tentera negaranya.

"Kekuatan tentera Bersekutu semakin meningkat dari segi saiz dan kemampuan," kata Gortney.

Sehubungan itu, beliau juga meminta tentera Libya supaya tidak tunduk dengan arahan Presiden Muammar Gaddafi selepas masuk hari keenam serangan udara dilancarkan ke atas Tripoli dan bandar lain.

"Mesej kami adalah mudah, letakkan senjata, berhenti daripada berbunuh sesama sendiri dan jangan patuhi lagi arahan Kolonel Gaddafi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat di Pentagon.

NONEDi Brussels, setiausaha agung NATO, Anders Fogh Rasmussen berkata, tentera Bersekutu sudah mempersetujui untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya sebagai sebahagian usaha "melindungi orang awam".

Selepas diheret ke meja perundingan yang berlanjutan beberapa hari, anggota NATO terutama Turki menolak tindakan seranagn udara terhadap rejim Muammar Gaddafi namun 28 anggota badan itu akhirnya bersetuju untuk bertindaka bersama menguatkuasakan zon larangan terbang itu.

"Kami kini sudah mencapai keputusan untuk menguatkuasakan zon larang terbang di Libya.

"Kami mengambil keputusan ini sebagai sebahagian langkah badan antarabangsa untuk melindungi keselamatan orang awam," kata Rasmussen.

- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival kerja Pemuda BN tawar 40,000 kerja

Posted: 24 Mar 2011 08:14 AM PDT

Lebih 40,000 peluang kerjaya daripada 650 syarikat dan organisasi pelbagai sektor dijanjikan pada Karnival Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN) yang bakal berlangsung mulai esok sehingga Ahad ini.

Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata karnival itu diharap dapat menangani masalah ketidakpastian soal kerjaya di kalangan golongan muda terutamanya di Lembah Klang dan sekaligus mengurangkan masalah pengangguran.

Beliau berkata pelbagai aktiviti nilai tambah akan diadakan pada karnival tersebut termasuk klinik resume, sudut latihan industri, bicara kerjaya dan sesi latihan serta sudut pemantapan kemahiran.

Ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok, katanya kepada pemberita pada majlis jelajah media dan makan tengah hari sempena karnival tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Khairy berkata antara syarikat dan organisasi yang mengambil bahagian adalah Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, Naza, Proton, Iskandar Malaysia, Mydin, Tabung Haji, Celcom, Telekom Malaysia, Bursa Malaysia dan Uda Holdings.

"Ini merupakan sebuah karnival kerjaya terbesar yang pernah diadakan dengan jumlah penyertaan syarikat dan organisasi yang paling banyak. Kita harap generasi muda dapat memanfaatkan karnival ini untuk mencari pekerjaan atau menyesuaikan diri dengan keperluan majikan di negara ini," katanya.

Beliau berkata walaupun diadakan di Kuala Lumpur, generasi muda masih boleh menyertainya melalui pendaftaran dalam talian di www.bnyouthjobfair.com.

"Pemuda akan cuba pastikan mereka dari luar Kuala Lumpur dapat menyertai temuduga yang dijalankan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian," katanya.

Khairy turut menafikan penganjuran karnival itu bermotifkan politik dan menyifatkannya sebagai satu tanggungjawab sosial.

"Ini susulan kepada Makmal Belia BN tahun lepas. Bukan semua benda politik. Kita perlu penjenamaan untuk generasi muda. Kita konsisten untuk bantu mereka tidak kira latar belakang. Kalau ada kesan politik, alhamdulillah," katanya.

Karnival itu berlangsung di Dewan Tun Razak I, PWTC mulai pukul 10 pagi hingga 8 malam.

--Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen