Selasa, 1 Mac 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Karnival Jom Masuk U di Kuantan Sabtu ini

Posted:

Karnival Jom Masuk U di Kuantan Sabtu ini

Karnival Jom Masuk U di Kuantan Sabtu ini

KUANTAN 1 Mac - Orang ramai khususnya lepasan sekolah yang ingin mendapatkan maklumat berhubung peluang pendidikan tinggi di negara ini boleh menghadiri Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di sini bermula 5 Mac ini.

Karnival jelajah seluruh negara bertemakan Jom Masuk U itu adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan berlangsung selama dua hari di daerah ini.

Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, dijangkakan sebanyak 120 institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi pembiayaan termasuk Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) turut menyertai karnival tersebut.

Menurut beliau, tahun ini merupakan kali ketiga UMP menjadi penganjur bersama karnival iaitu penganjuran kali ketujuh program itu sejak 2005.

"Matlamat utama karnival tersebut bagi mendapatkan informasi tepat mengenai peluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, politeknik dan kolej komuniti, maklumat akreditasi serta bentuk pembiayaan bagi pemohon terdiri daripada lepasan sekolah atau setaraf dengannya.

"Pemohon yang berhasrat mendapatkan tempat pengajian juga berpeluang menggunakan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi melalui aplikasi dalam talian," katanya dalam satu kenyataan, di sini baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti menarik dirancang sepanjang karnival tersebut yang menyasarkan pengunjung sehingga 20,000 orang.

Antara aktiviti tersebut ialah pameran pendidikan, maklumat kemasukan, kuiz Jom Masuk U, forum, cabutan bertuah, persembahan kebudayaan, pertandingan kuiz serta khidmat bimbingan dan kaunseling.

Majlis penutup dijangka disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 April depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Daing Nasir berkata, universiti itu juga membuka ruang pameran untuk menyampaikan maklumat dan program pengajian ditawarkan kemasukan penuntut untuk sesi 2011/2012 bagi program pengajian diploma dan ijazah pada Jun dan September ini.

"UMP merupakan institusi pengajian tinggi pertama menawarkan program kejuruteraan ijazah berkembar dalam bidang mekatronik yang diperkenalkan pada tahun lalu.

"Program terkini iaitu dalam bidang automotif diadakan dengan kerjasama institusi di Jerman," katanya.

Lebih menarik, katanya, penuntut yang mengikuti program itu akan memperoleh dua ijazah akademik yang dikeluarkan oleh UMP dan institusi di Jerman apabila tamat pengajian kelak.

Lepasan matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan diploma kejuruteraan yang mendapat keputusan cemerlang dipelawa mengikuti program yang ditawarkan bagi kemasukan September ini.

Selain itu, katanya, UMP turut menawarkan dua program baru iaitu Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Makanan dan Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Bahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

17 pelajar sertai UMP Star 11

Posted:

17 pelajar sertai UMP Star 11

17 pelajar sertai UMP Star 11

KUANTAN 1 Mac - Penuntut yang menyertai program Teknologi, Akademik dan Penyelidikan di Shanghai, China bermula 3 hingga 11 Mac ini diharap memanfaatkan peluang diberikan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi menguasai ilmu tersebut.

Program yang dikenali sebagai UMP Star 11 merupakan sebahagian daripada program mobiliti penuntut bagi mencapai hasrat Kementerian Pengajian Tinggi dalam menyediakan graduan berkemahiran tinggi untuk pasaran kerja tempatan.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, pendedahan di peringkat antarabangsa itu memberi peluang kepada penuntut memahami budaya dan meningkatkan keyakinan diri bersaing di peringkat global.

"Dengan peluang diberikan, mereka boleh memperkaya pengetahuan dan pengalaman apabila menjalani latihan industri kelak.

"Mereka perlu mengambil kesempatan sempena lawatan industri itu dan mengadakan perbincangan dengan universiti yang dilawati di sana," katanya.

Beliau berkata demikian, ketika merasmikan Ekspo Intelektual dan program UMP Star 11 anjuran Exco Pembangunan Akademik dan Intelektual, Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Saffad), di sini baru-baru ini.

Selain ekspo, turut diadakan ceramah motivasi dan kecemerlangan yang disampaikan pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Munira Abdul Razak kepada seramai 160 pelajar sekolah di daerah ini yang bakal menghadapi peperiksaan penting tahun ini.

Pengunjung juga berpeluang melawat pameran buku, gajet komputer dan jualan produk makanan sepanjang dua hari program berlangsung.

Dalam pada itu, seorang penuntut UMP, Tay Chze Huat yang merupakan peserta program UMP Star 11 berharap program itu nanti berjalan lancar mengikut jadual.

Menurutnya, mereka dijangka mengadakan perbincangan dengan pihak industri automotif di negara itu bagi meninjau peluang penempatan latihan industri dan bekerja di sana.

"Kami dijangka mengadakan sesi berkongsi idea dan kepakaran di kalangan penuntut dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar Universiti Shanghai dan melawat makmal perisian komputer di Universiti Fudan.

"Secara tidak langsung, hubungan itu dapat memperkenalkan nama Malaysia ke persada dunia dan mempromosikan nama universiti ini di luar negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen