Jumaat, 25 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Rahim, Syazril Eskay serah bukti

Posted:

Rahim, Syazril Eskay serah bukti

Rahim, Syazril Eskay serah bukti

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
dan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Abdul Rahim Thamby Chik diserbu wartawan sebaik keluar dari Bukit Aman, Kuala Lumpur selepas disoal siasat semalam. – Utusan/Asmaruddin Jamaluddin


KUALA LUMPUR 24 Mac – Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah tampil memberi keterangan dan menyerahkan rakaman bukti video seks lelaki didakwa pemimpin parti pembangkang kepada pihak polis hari ini.

Turut diserahkan kepada pihak polis adalah seutas jam tangan jenama 'Omega' yang didakwa milik pemimpin tersebut.

Abdul Rahim yang hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 5 petang disoal siasat hingga pukul 9.45 malam ini.

Beliau ketika ditemui pemberita memberitahu, semua bukti yang ada sudah diserahkan kepada polis.

Katanya, segala keterangan yang diberi kepada polis penting untuk membantu siasatan dan menunjukkan siapa aktor dalam rakaman video seks itu.

"Harap bukti asli yang diberi boleh disiasat secara forensik, sekiranya ada penipuan atau tidak. Kalau perlu, ketulenan itu boleh dibuktikan dengan bantuan FBI (Biro Siasatan Persekutuan).

"Saya berharap, keterangan ini dapat membantu mempercepatkan proses siasatan. Jika kerajaan setuju, suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan bagi membolehkan siasatan terperinci dibuat dan memuaskan hati semua pihak," kata Abdul Rahim selepas selesai memberi keterangan.

Sementara itu, sesi keterangan Syazril Eskay tamat pukul 10 malam ini, namun ahli perniagaan itu tidak muncul di pintu A Bukit Aman di mana puluhan wartawan dan jurugambar menunggu, sebaliknya beliau dipercayai dibawa keluar melalui pintu B menggunakan kenderaan polis.

Syazril Eskay ketika dihubungi pemberita memberitahu, beliau telah mendedahkan kepada polis lokasi hotel di mana rakaman aksi seks itu dilakukan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Video seks: Semua terlibat dipanggil

Posted:

Video seks: Semua terlibat dipanggil

Video seks: Semua terlibat dipanggil

KUALA LUMPUR 24 Mac - Semua individu yang dikaitkan dengan rakaman dan penyebaran video seks yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang akan disiasat dan dikenakan tindakan sekiranya didapati terlibat sama.

Tindakan itu termasuk individu yang melakukan hubungan seks di dalam rakaman video tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan itu akan dijalankan oleh satu pasukan khas di peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang telah ditubuhkan.

Menurut beliau, pasukan khas itu akan mengambil keterangan daripada sesiapa sahaja yang dikenal pasti dan dapat membantu penyiasatan.

"Walaupun siasatan dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar bahan lucah, tetapi semakan semula akan dibuat selepas semua maklumat dikumpul.

"Cuma buat masa ini, beri peluang kepada pasukan siasatan itu untuk melakukan penyiasatan mereka dengan profesional, jangan tohmah polis dan mengeluarkan pelbagai spekulasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kenangan Bersama Veteran VAT 69 Komando Polis di sebuah hotel di sini hari ini.

Ismail juga enggan mengulas lanjut mengenai jumlah individu yang telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Malah, beliau enggan mengesahkan sama ada video tersebut telah diserahkan kepada polis setakat petang semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Jangan kata palsu’

Posted:

'Jangan kata palsu'

'Jangan kata palsu'

PUTRAJAYA 24 Mac – Semua pihak termasuk pembangkang tidak berhak mengeluarkan kenyataan bahawa rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang adalah palsu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, adalah menjadi satu kesalahan mengeluarkan kenyataan awal seperti itu kerana mereka tidak tahu kesahihannya. "Mereka tidak berhak mengeluarkan kenyataan untuk menentukan kesahihan video tersebut kerana ketulenannya hanya dapat ditentukan selepas pihak polis selesai melakukan siasatan.

"Mengapa hendak menghakimi kes ini, sedangkan orang yang mengeluarkan kenyataan itu sendiri berkemungkinan besar belum tengok lagi rakaman itu," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-59, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah Pertahanan Awam, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid.

Hishammuddin diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin parti pembangkang yang mendakwa rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel yang didedahkan kepada pihak media, Isnin lalu sebagai palsu.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan tidak akan campur tangan dalam siasatan polis kerana bimbang akan dituduh sebagai konspirasi.

"Saya tidak berminat mengulas panjang mengenainya kerana saya hanya berminat untuk mencari kebenaran dan mahu polis melakukan siasatan secara telus dan penuh berintegriti," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kekesalan barisan kepimpinan MCA terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menyifatkan MCA ketika ini umpama isteri yang tidak mempunyai suami tidak akan menjejaskan hubungan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

"Perbezaan pandangan dalam komponen BN memang berlaku tetapi akan ada cara untuk kita menyelesaikannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen