Selasa, 15 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Botol susu polikarbonat diharam

Posted:

Botol susu polikarbonat diharam

Botol susu polikarbonat diharam

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my


Liow Tiong Lai menunjukkan perbezaan di antara jenis botol susu yang mempunyai Bisphenol A (BPA) (kiri) di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut.

Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.

"Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

"Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pengharaman penjualan botol susu bayi jenis itu di ibu pejabat kementerian, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Tiong Lai berkata, tindakan pengharaman tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Pada masa sama, beliau berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.

"Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.

"Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius," katanya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan pengharaman itu, beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan pendekatan diambil oleh Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).

"Terkini, pihak Kesatuan Eropah juga telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA," katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna terutamanya terhadap bayi dan kanak-kanak.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi berkenaan sehinggalah terdapat maklumat keselamatan terbaru mengenai penggunaan BPA diperolehi.

Beliau menasihatkan dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi jenis polikarbonat.

Namun begitu, katanya, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu bayi jenis polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau menambah, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hal berkenaan.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 0388833652/88833653 /88833655 atau layari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Biodiesel mula dijual Jun ini

Posted:

Biodiesel mula dijual Jun ini

Biodiesel mula dijual Jun ini

KUALA LUMPUR 14 Mac - Bermula Jun ini, pemandu kenderaan berat dan pacuan empat roda yang menggunakan diesel mempunyai pilihan dari segi penggunaan bahan bakar berikutan penjualan minyak biodiesel kelapa sawit B5.

Sebagai permulaan, B5 akan dijual di stesen-stesen minyak terpilih di ibu negara, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka dengan harga yang akan diumumkan kemudian.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Choo Yuen May berkata, sebanyak 200,000 tan metrik bahan api alternatif itu akan dipasarkan pada tahun ini.

"Penggunaan biodiesel dapat mengurangkan kebergantungan terhadap minyak diesel yang bekalannya semakin berkurangan di seluruh dunia selain mengurangkan pengaliran wang keluar berikutan import bahan api itu," katanya ketika berucap pada Persidangan Dunia Hijau di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof. Datuk Dr. Rofina Yasmin Othman; Penasihat kepada Lembaga Pengarah Meja Bulat Minyak Sawit Mapan (RSPO) dan Duta Brazil ke Malaysia, Sergio De Souza Fontes Arruda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TPM ucap tahniah kepada Chong Wei

Posted:

TPM ucap tahniah kepada Chong Wei

TPM ucap tahniah kepada Chong Wei

KUALA LUMPUR 14 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei atas kejayaannya menjuarai kejohanan badminton All England, semalam.

Beliau berkata, kegigihan serta semangat Malaysia Boleh yang dimiliki Chong Wei ternyata menjadi tonggak kepada beliau untuk menjuarai kejohanan paling berprestij dalam sukan badminton.

"Kejayaan ini membuktikan bahawa sifat tidak mudah mengalah dalam menghadapi cabaran akan membuahkan hasil yang diidamkan.

"Segala usaha, penat lelah dan pengorbanan Datuk Lee harus dijadikan contoh oleh rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli sukan lain agar terus berusaha mengecap kejayaan demi kejayaan bagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada perlawanan akhir semalam, Chong Wei melakar kemenangan ke atas seteru utamanya, Lin Dan dengan mempamerkan antara aksi terbaiknya untuk membawa pulang kejuaraan berprestij itu buat kali kedua.

Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para penyokong yang telah memberikan galakan serta dorongan yang tidak berbelah bahagi terhadap Chong Wei untuk kekal menjuarai kejohanan perseorangan tersebut.

"Saya yakin sorakan peminat Malaysia di Birmingham Indoor Arena telah membakar semangat Datuk Lee untuk menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan dalam masa kurang satu jam.

"Syabas untuk Datuk Lee. Rakyat Malaysia berbangga dan kagum dengan kejayaan Datuk," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut memberi pujian kepada pasangan beregu negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang telah memberikan tentangan sengit kepada Mathias Boe dan Carsten Mogensen dari Denmark.

Beliau yakin pasangan tersebut akan terus meningkatkan latihan untuk kembali merampas kejuaraan beregu All England pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen