Khamis, 10 Mac 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


308 pelatih Pulapol dikuarantin

Posted: 10 Mar 2011 01:10 AM PST

BENTONG, 10 Mac — Seramai 308 pelatih Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, kini dikuarantin berikutan kematian seorang rakan mereka dua hari lepas akibat virus Adenovirus, sejenis jangkitan pada pernafasan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tiga pelatih masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala 23 lagi kini ditempatkan di wad biasa.

"Kementerian belum menemui punca sebenar bagaimana virus tersebut wujud dan boleh merebak di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jalinan Kasih 1Malaysia bagi penghuni di Penjara Bentong dekat sini, hari ini. Liow adalah juga Anggota Parlimen Bentong.

Beliau meminta pengurusan pusat latihan polis, penjara, tentera dan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) supaya meningkatkan penjagaan kebersihan di kawasan mereka.

Liow juga berkata Kementerian Kesihatan akan membawa masuk 200 doktor pakar dari Mesir, India dan Bangladesh bagi mengisi kekosongan jawatan doktor pakar di negara tahun ini.

Katanya, setakat ini hanya terdapat 2,500 doktor pakar yang ditempatkan di hospital-hospital utama di seluruh negara.

"Sekarang ini hospital utama seperti Kuantan, Temerloh, HKL dan beberapa hospital di ibu negeri mengalami kesesakan kerana ramai pesakit ingin mendapatkan rawatan daripada doktor pakar," katanya.

Beliau berkata dengan adanya doktor pakar di hospital daerah, masalah kesesakan yang berlaku di hospital-hospital utama akan dapat diatasi. — Bernama 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MP Pakatan ibarat anak ayam hilang ibu, kata Nazri

Posted: 09 Mar 2011 11:57 PM PST

PUTRAJAYA, 10 Mac — Tanpa ketua sementara untuk mengetuai pembangkang di persidangan Dewan Rakyat, pembangkang boleh diibaratkan seperti 'anak ayam kehilangan ibu', kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau (gambar) berkata mereka tidak perlu mengisi kekosongan itu tetapi tidak ada ketua pembangkang pada sesi ini.

"Jadi, tidak ada sesiapa yang akan bertindak sebagai ketua. Jadi mereka ibarat seperti anak ayam kehilangan ibu, saya umpamakan sedemikian kerana pembangkang tiada ketua sementara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan melanjutkan pengajian ke Jepun, di sini hari ini.

Pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat Disember lepas, empat Ahli Parlimen pembangkang digantung selama enam bulan iaitu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Azmin Ali (PKR-Gombak), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Pembangkang kini berjumlah 76 di Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrisnan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

"Jelas menunjukkan tiada persetujuan pada sesi ini siapa yang patut bertindak sebagai ketua pembangkang, kerana mereka tidak boleh bersetuju untuk satu jawapan," katanya.

Ditanya sama ada pembangkang akan melantik seseorang menggantikan Anwar, Nazri berkata beliau tidak tahu tetapi yang jelas katanya terdapat kesukaran untuk berbuat demikian.

"Jika tidak, mudah jika mereka ada Hadi (Datuk seri Abdul Hadi Awang) atau Kit Siang (Lim Kit Siang), tetapi kenyataannya mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan, membuktikan mereka tidak boleh bekerjasama," katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen