Ahad, 13 Mac 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Angka kematian mungkin lebih 10,000, kata polis

Posted: 14 Mar 2011 03:00 AM PDT

Angka kematian akibat gempa bumi sekuat 8.9 di Jepun boleh mengorbankan lebih 10,000 orang di daerah Miyagi yang paling teruk dilanda bencana itu, kata polis hari ini, ketika pegawai lain cuba memberi jaminan kepada orang ramai bahawa reaktor di dua loji nuklear yang rosak, tidak menimbulkan bahaya segera.

NONE"Saya tiada ragu bahawa angka kematian akan mencecah lebih
10,000 di daerah ini," stesen NHK memetik ketua polis Takeuchi Naoto sebagai berkata.

Kira-kira 800 disahkan terkorban setakat ini di Miyagi dan kawasan lain di timur laut Jepun, yang dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Tiada hubungan langsung dengan kira-kira 10,000 penduduk bandar Minamisanriku.

Polis berkata sebelum ini lebih daripada 2,000 orang telah terbunuh atau tidak dapat dikesan di kawasan terbabit, lapor agensi berita
Kyodo News.

japan earthquake and tsunami people in sheltersSatu pegawai perbandaran di bandar Futaba di Fukushima memberitahu Kyodo bahawa kira-kira 90 peratus rumah tiga komuniti pantai telah dihanyutkan oleh tsunami.

Kira-kira 390,000 meninggalkan rumah mereka, dan kebanyakannya berteduh di lebih 1,400 tempat perlindungan sementara bertempat sekolah dan pusat komuniti, lapor NHK.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Haram loteri: MCA mahu jumpa MB Kelantan

Posted: 13 Mar 2011 04:31 AM PDT

MCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu petang ini.

"Pejabat saya telah hubungi pejabat menteri besar Kelantan untuk (tetapkan) tarik sesuai bagi kita bertemu dan mendapatkan penjelasan daripadanya

"Kami tidak beminat untuk berjumpa dengan sesiapapun selain Nik Aziz kerana beliau diiktiraf sebagai (mursyidul am) PAS.

"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.

"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.

"Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi.

Tambahnya, MCA juga akan menyokong tindakan undang-undang yang akan diambil oleh salah seorang anggota jawatankuasa pusat parti itu ke atas Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam.

Chua berkata, Datuk Ti Lian Ker akan mengambil tindakan itu memandangkan pihak berkuasa tersebut bertanggungjawab menguatkuasakan pengharaman berkenaan.

"Kita mahu mahkamah buat keputusan sama ada tindakan ini selari dengan perlembagaan," kata Chua lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen