Rabu, 2 Mac 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Pesakit alzhiemer sesat 30km dari rumah

Posted:

Pesakit alzhiemer sesat 30km dari rumah

Pesakit alzhiemer sesat 30km dari rumah

02/03/2011 6:01pm

KUALA LUMPUR — Seorang pesara guru yang menghidap alzhiemer dan dilapor hilang kira-kira seminggu lepas, ditemui di Jinjang Khamis lepas, kira-kira 30 kilometer dari rumahnya di Bandar Mahkota Cheras.

Ooi Ho Chuah, 63, berkata, beliau hanya ingat keluar dari rumah dan selepas itu tidak dapat mencari jalan pulang.

Menceritakan pengalamannya kepada pemberita di Biro Pengaduan MCA, di sini hari ini, Ho Chuah berkata, beliau bernasib baik kerana ada yang bersimpati dan memberinya makanan.

"Saya tidur di merata-rata seperti hentian bas. Saya berterima kasih kepada dua anggota polis yang menemui saya dan memberitahu keluarga saya.

"Saya kemudian dibawa ke hospital dan menerima empat jahitan di kepala," katanya yang tidak ingat bagaimana beliau mendapat kecederaan itu.

Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong menasihatkan mereka yang mempunyai anggota keluarga yang menghidap alzhiemer supaya memakaikan tag di tangan pesakit bagi membolehkan mereka dikenali dan dibantu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13,500kg minyak masak cuba diseludup

Posted:

13,500kg minyak masak cuba diseludup

13,500kg minyak masak cuba diseludup

02/03/2011 4:42pm

TAWAU - Sebanyak 13,500 kilogram minyak masak cuba diseludup ke negara luar dengan bot di sini, malam tadi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut mengesan 240 kilogram gula cuba diseludup menerusi bot tersebut yang sedang menuju ke Tarakan, Indonesia, kira-kira 9.10 malam.

Pegawai Unit Operasi APMM Tawau, Lt (Maritin) Norihan Ngah berkata, enam orang awak-awak dan tekong bot warga Indonesia ditahan di bawah Akta Imigresen 1959 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Bot tersebut turut disita di bawah Akta Kastam 1967. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Geng Mamat di Tawau tumpas

Posted:

Geng Mamat di Tawau tumpas

Geng Mamat di Tawau tumpas

02/03/2011 3:15pm

KOTA KINABALU - Polis Sabah menumpaskan kumpulan perompak bersenjata dikenali "Geng Mamat", yang beroperasi di negeri itu dan di Semenanjung Malaysia sejak dua tahun lepas, dengan penahanan lima anggota itu di Tawau, bahagian pantai timur Sabah, dua minggu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kelima-lima perompak warga asing berumur antara 22 dan 27 tahun itu dipercayai terlibat dalam 28 kes rompakan termasuk lima kes di Johor, satu kes di Terengganu dan selebihnya berlaku di sekitar Tawau.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, anggota kumpulan itu diberkas dalam operasi Ops Rantau di kawasan perkampungan Jambatan Putih, Kuhara, Tawau pada 14 Februari lepas, yang dilancarkan selepas mereka melakukan rompakan di sebuah rumah banglo di Taman Falma, dekat pusat bandar Tawau, dua hari sebelum itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan