Rabu, 2 Mac 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Nokia E7 masuki pasaran negara hujung minggu ini

Posted: 02 Mar 2011 01:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Nokia akan melancarkan telefon pintar bisnes terbaru, Nokia E7, berharga RM1,995 pada hujung minggu ini.

Pengurus Besar Nokia Malaysia, Singapura dan Brunei, Vlasta Berka, berkata Nokia E7 akan ditawarkan bersama pakej menarik menerusi Maxis dan Celcom. Katanya, telefon itu telah direka cipta sebagai pejabat bergerak yang berkuasa, menyediakan penyelesaian produktiviti utama bagi profesional.


"Kami yakin Nokia E7 akan menjadi telefon pintar perniagaan yang mesti dimiliki," katanya pada pelancaran telefon itu di sini, hari ini.

Siri Nokia E7 dilancarkan di Singapura dan Indonesia pada minggu lepas.


Pengguna boleh menikmati pelbagai pengalaman seperti muzik, kamera, perayauan web mudah alih, akses kepada pelbagai pilihan aplikasi dan kandungan daripada pemaju global dan tempatan, menerusi Ovi Store dan Ovi Maps, serta pengalaman pengemudian mudah alih terbaik dunia. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

30,000 DVD permainan bernilai RM300,000 dirampas

Posted: 02 Mar 2011 01:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang asyik membungkus sebahagian daripada 30,000 DVD bernilai RM300,000 ditahan dalam serbuan di Taman Bilion, Cheras di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasaan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan, Mokhtar Yeop berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan selepas intipan selama dua minggu di rumah sewanya.\ "DVD yang dibungkus semula itu dipercayai datang dari gudang atau kilang dan untuk dijual secara runcit ke premis kecil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata, lelalki itu ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Hak Cipta 1987. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan