Khamis, 17 Mac 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Bandar raya Tokyo kelam-kabut

Posted:

Bandar raya Tokyo kelam-kabut

Bandar raya Tokyo kelam-kabut


SEBAHAGIAN warga China menunggu di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Narita, Tokyo untuk meninggalkan Jepun.


TOKYO - Ribuan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak berfungsi di bandar raya ini semalam manakala berjuta-juta warganya mula menyimpan beras dalam jumlah yang banyak ekoran ketakutan terhadap radiasi dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang terletak kira-kira 240 kilometer dari sini.

Lebih memburukkan keadaan, Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Banri Kaieda berkata dalam satu kenyataan, negara itu akan berdepan dengan masalah bekalan elektrik selama beberapa bulan lagi.

Amaran itu diberikan kerana bekalan tenaga elektrik ketika ini tidak mencukupi disebabkan masalah kerosakan di loji nuklear Fukushima Daiichi.

Loji nuklear itu telah meletup sebanyak empat kali selepas gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun pada minggu lalu sehingga mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter.

Para pekerja kini berusaha untuk menyejukkan loji nuklear itu yang dikendalikan oleh Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) dengan menggunakan air laut.

Usaha itu dilakukan bagi mengelak lebih banyak kadar radiasi tersebar ke udara sehingga mengancam kesihatan penduduk.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia bebas kesan radiasi

Posted:

Malaysia bebas kesan radiasi

Malaysia bebas kesan radiasi


DR. MAXIMUS ONGKILI memberi penjelasan berhubung kesan radiasi Jepun semasa melawat Pusat Bertindak Kecemasan Radiologi Kebangsaan di Dengkil semalam.


DENGKIL - Kerajaan memberi jaminan Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas di Jepun.

Jaminan itu disuarakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebagai menjawab segala kebimbangan rakyat di negara ini.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dan jangan mempercayai khabar angin atau SMS yang disebarkan mengenai perkara ini," katanya semasa melawat Pusat Bertindak Kecemasan Radiologi Kebangsaan di sini semalam.

Beliau berkata, berdasarkan model-model trajektori yang dihasilkan melalui mekanisme tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan trajektori bahan cemar itu bergerak ke arah timur negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik.

"Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita," tegasnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Victoria gagal jadi peguam Syarie

Posted:

Victoria gagal jadi peguam Syarie

Victoria gagal jadi peguam Syarie

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam menolak permohonan seorang peguam wanita bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin (gambar) untuk menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak permohonan yang difailkan Victoria pada 19 Mei tahun lalu supaya semakan kehakiman dibuat bagi mencabar keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menolak permohonannya.

Rohana berkata, MAIWP mempunyai kuasa untuk mengeluarkan syarat mengenai pelantikan peguam syarie dan ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Parlimen memberi kuasa kepada MAIWP untuk membuat syarat-syarat mengenai kemasukan peguam syarie iaitu prosedur, kelayakan dan pembayaran serta kuasa yang diberikan adalah sangat luas," katanya.

MAIWP mempunyai kuasa untuk berbuat demikian seperti mana dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen