Khamis, 17 Mac 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Tanah TNB tapak sampah

Posted:

Tanah TNB tapak sampah

Tanah TNB tapak sampah

Oleh roslah othman
kota@utusan.com.my


PENDUDUK Taman Sri Serdang menunjukkan sampah-sarap termasuk sisa buangan binaan yang dibuang secara haram di atas sebidang tanah dipercayai milik TNB di kawasan perumahan itu sejak beberapa bulan lalu.


SERDANG 16 Mac - Sebuah kawasan yang dikatakan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdekatan Taman Sri Serdang di sini, menimbulkan keresahan penduduk kerana kini menjadi tapak pembuangan sampah secara haram.

Penduduk merasakan keadaan itu bukan sahaja boleh membahayakan kesihatan tetapi juga mengancam keselamatan mereka.

Penduduk mendakwa sampah sarap itu telah dibuang di situ sejak beberapa bulan lalu oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Mereka percaya kawasan itu milik TNB berdasarkan kepada papan tanda yang terdapat di situ.

Seorang penduduk, Roszilah Mamat, 41, berkata, sejak kegiatan membuang sampah secara haram itu berlaku, keadaan persekitaran di kawasan itu tidak lagi selesa buat penduduk.

Katanya, penduduk bukan sahaja terpaksa menghidu bau busuk terutama selepas hujan tetapi juga terpaksa berhadapan dengan persekitaran yang menjijikkan.

Sambil melahirkan rasa kecewa, suri rumah sepenuh masa itu berkata, persekitaran kediaman mereka juga tidak selamat dan tidak selesa kepada penduduk terutama kanak-kanak.

"Saya benar-benar kecewa dengan keadaan ini sehingga menimbulkan kesan sampingan kepada kami, khususnya penduduk di Fasa 1 yang tinggal paling hampir dengan kawasan itu," katanya yang telah menetap di situ sejak 25 tahun lalu.

Turut berkongsi perasaan tidak selesa ialah Mokhzani Mamat, 39, seorang guru.

Telah menetap hampir 20 tahun di kawasan perumahan di itu, katanya, kebiasaannya lori-lori yang melakukan kerja-kerja haram membuang sampah di situ selepas pukul 11 malam tanpa disedari penduduk setempat.

Katanya, apa yang diharapkan pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu.

Seorang lagi penduduk, Ishak Mohamed, 66, berkata, aduan mengenai perkara itu telah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), tetapi dimaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana kawasan berkenaan milik TNB.

"Saya amat berharap pihak bertanggungjawab segera menyelesaikan masalah kami. Jika pekara ini berterusan entah bagaimana keadaan kawasan kami nanti," ujarnya.

Dia yang telah menetap hampir 30 tahun di kawasan perumahan itu berharap tindakan segera dilakukan demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua beradik OKU terima sumbangan

Posted:

Dua beradik OKU terima sumbangan

Dua beradik OKU terima sumbangan


RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin (bertali leher) menyampaikan sumbangan kepada Zaiton Osman sambil diperhatikan oleh Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Idris Mohd. Isa (dua dari kiri), wakil UOA (kiri) dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai, Nor Asyikin Jaafar.


KUALA LUMPUR 16 Mac - Dua beradik orang kurang upaya (OKU) di sini menerima kejutan apabila mereka dikunjungi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini.

Kunjungan itu dibuat bagi menyampaikan sumbangan wang sebanyak RM4,500 kepada mereka, yang terlibat dalam kejadian kebakaran kecil di rumah mereka di Blok 20 Taman Bukit Angkasa, Taman Bukit Angkasa semalam.

Zaiton Osman, 51, dan adiknya, Azhari Osman, 47, bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi itu. Kebakaran dipercayai bermula di bahagian ruang tamu rumah mereka.

Bantuan yang disampaikan adalah hasil sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan sebanyak RM1,000, syarikat pemaju UOA (RM3,000), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (RM300) dan UMNO Bahagian Lembah Pantai (RM200).

Raja Nong Chik meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk meninjau tempat kejadian dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada dua beradik berkenaan.

Semalam, wakil dari pejabat Khidmat Masyarakat UMNO Lembah Pantai telah melawat mangsa bersama wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk membantu mendaftarkan mereka dalam senarai program e-Kasih bagi membolehkan mereka mendapat bantuan sewajarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Putrajaya diiktiraf Bandar Contoh

Posted:

Putrajaya diiktiraf Bandar Contoh

Putrajaya diiktiraf Bandar Contoh

PUTRAJAYA 16 Mac - Putrajaya diiktiraf sebagai Bandar Contoh oleh Strategi Antarabangsa bagi Pengurangan Bencana Bangsa- bangsa Bersatu (UNISDR) menerusi kempen "Making Cities Resilient - My City is Getting Ready".

Pengiktirafan itu diberikan atas komitmen Putrajaya melaksanakan langkah-langkah mengurangkan risiko bencana, adaptasi terhadap perubahan iklim dan aplikasi teknologi hijau dalam pembangunan dan perancangan fizikal bandar itu.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Samsudin Osman berkata, pengiktirafan di peringkat antarabangsa itu adalah bukti komitmen PPj dalam membangunkan bandar yang berdaya tahan terhadap bencana.

"Di samping itu, PPj juga berusaha mewujudkan jaringan kerjasama dengan masyarakat, penduduk setempat serta pihak-pihak yang bertanggungjawab.

"Ia selaras dengan lima keutamaan yang dinyatakan dalam Rangka Kerja Bertindak Hyogo 2005-2015 sebagai kunci utama kepada pengurangan risiko bencana," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan sijil tersebut kepada Samsudin sempena majlis penutup Hari Kesedaran Bencana 2011 peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), baru-baru ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang turut dianugerahkan sijil tersebut ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Melaka (MBM).

Samsudin yakin pengiktirafan itu akan memperkukuhkan lagi imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan yang unggul dan menjadi kebanggaan negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan