Isnin, 14 Mac 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Pasukan Smart berlepas ke Jepun hari ini

Posted:

Pasukan Smart berlepas ke Jepun hari ini

Pasukan Smart berlepas ke Jepun hari ini

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


PASUKAN Smart dan perubatan dari Malaysia akan turut terlibat secara langsung membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.


KUALA LUMPUR - Pegawai perubatan serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dijadual berlepas ke Jepun pada pukul 6 pagi ini untuk membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di negara itu.

Pegawai Perhubungan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Kamarul Zaman Ali berkata, pasukan tersebut dijadualkan berlepas dari Pangkalan TUDM Subang menggunakan dua buah pesawat Hercules C-130 milik TUDM dengan membawa 55 pegawai dan anggota.

"Penerbangan untuk misi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami itu terpaksa ditangguh sebanyak dua kali sebelum ini kerana terdapat beberapa urusan yang perlu diuruskan.

"Tetapi hari ini (semalam) pasukan kita telah bersedia untuk memasuki negara tersebut bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di sana," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kamarul Zaman berkata, pihak berkuasa Jepun telah memberi kebenaran untuk pasukan daripada Malaysia memasuki negara tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hutang tanpa deposit punca muflis

Posted:

Hutang tanpa deposit punca muflis

Hutang tanpa deposit punca muflis

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


RAMAI kakitangan awam tidak menyedari kelonggaran syarat pinjaman boleh memakan diri sehingga mereka tidak mampu membayar balik pinjaman dan akhirnya diisytiharkan muflis. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Tawaran pembelian kereta tanpa deposit merupakan antara punca ramai penjawat awam di Malaysia diisytiharkan muflis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bagi tahun 2009 sahaja, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 penjawat awam yang diisytiharkan muflis dilaporkan akibat terlibat dalam tawaran pembelian skim tersebut.

"Selepas membuat pinjaman dan akibat tidak tahan menanggung kadar hutang sewa beli yang tinggi setiap bulan dalam tempoh yang lama, ada dalam kalangan mereka (penjawat awam) gagal melunaskannya hingga diisytiharkan muflis oleh pihak bank.

"Trend itu semakin meningkat hingga 200 peratus pada 2010 dan melalui angka tidak rasmi yang saya dapat, jumlahnya sudah mencecah kira-kira 3,000 orang," ujarnya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, hampir kesemua bank dan syarikat kenderaan terutama pengedar kereta dan motosikal di negara ini menawarkan skim yang sama kepada penjawat awam.

Selain skim pembelian kereta tanpa deposit, penjawat awam juga ramai yang terperangkap dengan tindakan muflis kerana menjadi penjamin iaitu sebanyak 15.56 peratus, pinjaman peribadi (8.65 peratus), pinjaman perumahan (8.65 peratus), penjamin korporat (4.14 peratus), pinjaman perniagaan (3.96 peratus) dan hutang kad kredit (3.68 peratus).

Kesemua itu melibatkan jumlah hutang di antara RM50,000 hingga RM500,000.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A

Posted:

Kerajaan haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A

Kerajaan haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A


PENJUALAN botol susu yang diperbuat daripada polikarbonat (kanan) akan diharamkan oleh kerajaan mulai 1 Mac tahun depan.


PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai .

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutama bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

"Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan