Isnin, 14 Mac 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Malaysia bebas pencemaran radiokatif dari Jepun

Posted: 14 Mar 2011 06:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai alat pengesan pencemaran radioaktif di udara, jika kehadiran bahan itu dari loji nuklear Daiichi Fukushima yang kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu dikesan, amaran akan dikeluarkan serta-merta kepada rakyat kita.

Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shahidan Radiman, berkata agak mustahil kesan pencemaran radiasi di negara itu boleh merebak pada jarak yang jauh.


Katanya, faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun menyukarkan pencemaran itu merebak ke Malaysia.

Beliau yang mengulas mengenai kebimbangan rakyat berikutan akan turut merebak ke negara ini berkata, jika tanda amaran kehadiran bahan radioaktif sudah dikeluarkan, orang ramai akan diminta berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar bagi tempoh masa tertentu.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dengan penyebaran SMS khabar angin daripada pihak tertentu yang meminta penduduk negara ini berkurung dalam rumah atau memakai baju hujan bagi mengelakkan hujan asid yang kononnya boleh membakar kulit, menggugurkan rambut dan menyebabkan kanser.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengawal keselamatan mengaku salah rogol remaja 14 tahun

Posted: 14 Mar 2011 05:11 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan merogol remaja berusia 14 tahun dalam lima kejadian berasingan di Bukit Sentosa, dekat sini, akhir tahun lalu.

Muhamad Ariff Jamaludin, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan pada prosiding sebutan semula kes itu, hari ini.


Hakim Latifah Mohd Tahar, menetapkan 21 April depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Ariff dari Tapah, Perak, didakwa merogol mangsa di sebuah unit pangsapuri di Bukit Sentosa, dekat sini, antara 26 dan 31 Disember tahun lalu.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen