Isnin, 14 Mac 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Rogol anak tiri: Penjara 15 tahun kekal

Posted:

Rogol anak tiri: Penjara 15 tahun kekal

Rogol anak tiri: Penjara 15 tahun kekal

14/03/2011 6:31pm

PUTRAJAYA – Seorang pemotong rumput kekal menjalani hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan bagi kesalahan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak tirinya berumur sembilan tahun, 11 tahun lalu.

Ia berikutan kegagalannya dalam rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan di sini hari ini untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Termerloh pada 12 Mei 2009.

Panel tiga hakim, yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, sebulat suara menolak rayuan lelaki berusia 42 tahun itu terhadap sabitan dan hukuman.

Dua hakim lain dalam panel tersebut alah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Mohamed Apandi Ali.

Lelaki itu didakwa atas dua tduhan iaitu merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut kanak-kanak perempuan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Felda Jengka 8, Bandar Jengka, Maran, Pahang, kira-kira pukul 10 malam, antara 9 Feb dan 11 Feb 2000.

Dalam prosiding rayuan, lelaki itu, yang tidak diwakili peguam, berkata beliau telah insaf dan perlu menjaga ibunya yang uzur.

Menurut fakta kes, lelaki itu melakukan perbuatan itu semasa ibu mangsa sedang menjalani rawatan di hospital akibat keguguran.

Dalam keterangan, mangsa memberitahu kejadian itu berlaku tiga malam berturut-turut dan dia memaklumkan insiden itu kepada ibunya selepas ibunya keluar dari hospital.

Pada 12 Jun 2006, Mahkamah Sesyen Temerloh melepas dan membebaskan lelaki itu atas dua tuduhan itu di akkhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Temerloh membenarkan rayuan pendakwaan dan menjatuhi hukuman 15 tahun dan tiga sebatan rotan setiap pertuduhan terhadap lelaki itu.

Lelaki itu, yang bekerja di Awana Golf Club di Genting Highlands, diperintah menjalani hukuman itu serentak.

Ketika memohon mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendakwa Raya, Andi Razalijaya A. Dadi, berkata perayu telah mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu.

Akibat perbuatan perayu, kanak-kanak itu menghadapi trauma dan masa depannya terjejas, katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Caj ekstra pemandu teksi diluar kuasa LPKP

Posted:

Caj ekstra pemandu teksi diluar kuasa LPKP

Caj ekstra pemandu teksi diluar kuasa LPKP

14/03/2011 5:54pm

KUALA LUMPUR – Penetapan caj tambahan kepada pemandu teksi beroperasi di kaunter perkhidmatan teksi di premis persendirian seperti di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) adalah di luar bidang kuasa Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata LPKP tiada halangan terhadap permohonan Awana Sutera Sdn Bhd (ASSB) untuk mengendalikan perkhidmatan kaunter teksi di KLCC kerana premis itu adalah kawasan milik persendirian dan KLCC mempunyai hak eksklusif terhadap premis berkenaan.

"Jika pihak Awana Sutera Sdn Bhd bercadang untuk terus menggunakan caj tambahan itu, KLCC Holding selaku pemilik premis dan ASSB selaku pengendali kaunter hendaklah memberi penerangan dan mendapatkan persetujuan daripada pemandu-pemandu teksi berkaitan dengan peraturan berkenaan caj tambahan itu," katanya semasa menjawab soalan asal Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Fong ingin tahu sebab teksi Kuala Lumpur tidak boleh memasuki kawasan Suria KLCC jika tidak membayar yuran masuk dan sebab LPKP memberi hak eksklusif kepada syarikat terbabit mengutip yuran masuk tersebut.

Mohamed Nazri berkata walaupun LPKP tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan caj tambahan yang dikenakan kepada pemandu teksi itu namun LPKP mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dengan persatuan teksi bersama pihak ASSB dan KLCC.

"Kita mendesak pihak ASSB mengkaji semula kadar yang ditetapkan agar tidak membebankan pemandu teksi dan meminta ASSB mengadakan pertemuan dengan persatuan teksi untuk memaklumkan kadar yang dibenarkan," katanya.

Selain itu katanya, LPKP juga tidak diberi bidang kuasa melantik mana-mana syarikat untuk beroperasi secara eksklusif sebagai pengendali kaunter di mana-mana premis persendirian.

Menurutnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini dalam perbincangan untuk melesenkan semua terminal pengangkutan awam termasuk kaunter teksi.

"Ini akan memudahkan SPAD untuk memantau dan memastikan operasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna menepati kriteria ditetapkan suruhanjaya," katanya.

Mohamed Nazri berkata pengenalan perkhidmatan kaunter teksi itu adalah bagi mengatasi masalah pemandu teksi yang enggan menggunakan meter dan menyebabkan penumpang sering ditipu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2 lelaki ditahan bersama 14,150 biji eramin

Posted:


Ruang

Sawah padi restoran buluh

BAYU senja bertiup lembut ke pipi tatkala krew Jurnal tiba di lokasi restoran yang terletak di sisi Jalan Hulu Kelang-Ampang ini. Lagi...

Infiniti

Bak kedai mamak dalam talian

KOMIK adalah satu medium grafik yang dihasilkan melalui susunan lukisan dalam petak bagi menggambarkan peristiwa yang ingin disampaikan dan mengandungi dialog supaya watak-watak dalam komik tersebut seolah-olah hidup. Lagi...

Kesihatan

Kahak litupi paru-paru

PADA malam itu anak perempuan Hanisah, Mia yang baru berusia enam bulan setengah tidak lena tidur. Sekejap-sekejap dia terjaga dan terbatuk. Lagi...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan