Khamis, 10 Mac 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Polis Pulau Pinang kutip saman RM24 juta

Posted: 10 Mar 2011 12:27 AM PST

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengutip RM24 juta bayaran saman daripada pesalah trafik selepas polis mengumumkan insentif 50 peratus diskaun sejak Ogos lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihaknya turut mencatatkan pertambahan luar biasa mereka yang ingin membayar saman iaitu dengan purata 500 hingga 600 orang sehari pada waktu bekerja.


"Sepanjang tempoh itu jumlah paling banyak kutipan bayaran saman ialah pada 1 Mac hingga semalam iaitu sebanyak RM6.13 juta," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan hari terakhir orang ramai membayar saman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, hari ini.

Ayub berkata, sejak 2001 hingga 2010, hanya 57 peratus daripada 3.7 juta saman yang dikeluarkan Polis Pulau Pinang telah dijelaskan.


Katanya sebanyak 1.5 juta saman yang dikeluarkan sepanjang tempoh 10 tahun itu masih belum dibayar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki bebas tuduhan dadah dinasihat taubat

Posted: 09 Mar 2011 11:38 PM PST

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang bekerja sendiri dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan mengedar dadah, tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas Muhamad Aizat Abdul Manab, 26.


Dalam penghakimannya, Mohtaruddin berkata meskipun tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai dalam sebuah almari yang terletak di dalam bilik stornya, namun pendakwaan gagal membuktikan beliau (Muhamad Aizat) mempunyai kawalan dan milikan ke atas dadah tersebut.

"Dalam kes ini, pihak pendakwaan boleh menuduh kedua-dua ibu bapa awak tetapi tidak berbuat demikian. Maka itu, awak bernasib baik dan perlu bertaubat," katanya ketika memberikan keputusannya.


Muhamad Aizat didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 479.02gram di No 10, Desa Al-Amin, Sungai Tangkas, Kajang di Daerah Hulu Langat, Selangor, kira-kira pukul 1.15 pagi, 23 April 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Seramai enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Yasser Mohd Nasri manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Muhamad Aizat. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan