Khamis, 10 Mac 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Dicekup 8 jam lepas samun

Posted:

Dicekup 8 jam lepas samun

Dicekup 8 jam lepas samun

10/03/2011 8:26pm

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang dipercayai menyamun jirannya kira-kira lapan jam sebelum itu, berjaya ditahan di rumah sewanya di Taman Seri Merpati di Jalan Kuala Kedah, dekat sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata, turut dirampas dari rumah lelaki berusia 33 tahun itu ialah sepucuk pistol, beberapa butir peluru serta gari.

"Lelaki itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi tadi di rumah sewanya selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

"Sebelum itu suspek dipercayai menyamun rumah mangsa yang terletak di kawasan kejiranan yang sama kira-kira pukul 7.30 malam dan melarikan wang tunai RM400 serta barang kemas yang dipakai mangsa," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihaknya juga menemui barang kemas dan wang tunai yang dipercayai hasil samun di rumah lelaki tersebut.

Katanya polis juga menyiasat sama ada lelaki itu bergerak secara bersendirian atau mempunyai rakan subahat.

"Suspek kini ditahan reman dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," kata Adzaman.

Beliau berkata polis juga percaya penangkapan lelaki itu dapat menyelesaikan beberapa kes samun di sekitar Kota Setar termasuk cubaan samun bersenjata api di Taman Sinaran pada Isnin lepas.

Dalam kejadian pukul 5.50 pagi itu seorang wanita, Low Sau Kiow, 46, bertindak melarikan diri ke dalam sebuah bas sekolah, menyebabkan seorang lelaki bertopeng yang cuba menyamun kediamannya melepaskan tembakan ke arah bas terbabit. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat warga emas di ladang getah

Posted:

Mayat warga emas di ladang getah

Mayat warga emas di ladang getah

10/03/2011 8:24pm

KUALA LUMPUR - Mayat seorang wanita warga emas ditemui di sebuah ladang getah di Jalan Rawang-Batu Arang, dekat dengan Taman Tasik Puteri, Rawang, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, mayat wanita berumur lingkungan 70-an itu ditemui oleh orang awam yang melintasi ladang berkenaan pada kira-kira pukul 10.35 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita itu pernah dilaporkan hilang sejak 5 Januari lepas, dan kes diklasifikasikan di bawah kes orang hilang, namun menurutnya polis tidak menolak kemungkinan terdapat unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Stesen Kereta Api Taiping jadi muzium?

Posted:

Stesen Kereta Api Taiping jadi muzium?

Stesen Kereta Api Taiping jadi muzium?

10/03/2011 7:12pm

TAIPING – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini diminta mengkaji kemungkinan menjadikan Stesen Kereta Api Taiping sebagai muzium bagi menjadi tarikan kepada orang ramai dan pelancong melawat bangunan stesen kereta api pertama negara itu.

Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, usaha menjadikan bangunan warisan berkenaan sebagai muzium bertepatan dengan pembangunan Taiping sebagai bandar warisan.

Beliau berkata demikian sebagai susulan kepada cadangannya sebelum ini supaya KTMB memindahkan stesen kereta api Taiping ke lokasi baru di Pondok Tanjung yang terletak kira-kira 15 kilometer dari sini.

Bercakap kepada pemberita di sini, Raja Ahmad Zainuddin berkata, pembinaan stesen baru dan usaha menjadikan bangunan warisan itu sebagai sebuah muzium sejajar dengan proses pembangunan Taiping sebagai pusat pelancongan.

"Sebelum ini, pemindahan stesen bas Taiping ke Kamunting pernah mendapat bantahan tetapi hari ini kawasan Kamunting sudah membangun sebagai pusat perbandaran yang baru," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen