Rabu, 16 Mac 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Subsidi air perlu disasar, bukan untuk semua: PM

Posted: 15 Mar 2011 03:20 PM PDT

Nasional

Sumber perlu diurus secara mapan untuk generasi masa depan

SUBANG JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, subsidi air seharusnya disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak dan bukannya meliputi keseluruhan rakyat bagi memastikan bekalan yang berterusan untuk generasi akan datang.

Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu faham apabila bekalan adalah terhad dan mereka mahukan perkhidmatan yang lebih baik, maka mereka terpaksa menanggung kosnya. "Setengah pihak menyatakan air kini seumpama emas putih. Malah, ia kini menjadi komoditi yang amat bernilai untuk manusia dan keperluannya semakin mendesak.

"Meskipun kita mempunyai bekalan air yang melimpah ruah, ia tidak boleh dianggap boleh diperoleh secara percuma atau pada harga murah," katanya dalam teks ucaptama pada Persidangan Air Asia Pasifik kedua di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Perdana Menteri berkata, pengurusan sumber air perlu dilakukan secara mapan serta memerlukan modal dan pelaburan besar.
"Kita jangan lupa apabila kita memutarkan kepala paip air, apa yang mengalir bukan saja air, tetapi suatu produk yang mempunyai nilai. Walaupun Malaysia mempunyai banyak air, air yang bersih memerlukan modal dan pelaburan.

"Bagaimanapun, apabila kita cuba meletakkan 'kos' untuk bekalan air ini, ada bantahan daripada orang ramai disebabkan mereka tidak memahami keadaan sebenar. Tidak dinafikan kos perkhidmatan air perlu pada harga munasabah dan kos itu perlu dikaitkan dengan kadar penggunaan bagi mengelakkan pembaziran.

"Bagaimanapun, proses memilih mekanisma bagi menentukan harga ternyata amat sukar terutama apabila ia dipolitikkan," katanya.

Najib turut memuji langkah industri air negara yang semakin berkembang, termasuk sudah mula menggunakan sistem penurasan membran baru, proses Actiflo Clarification dan Teknologi Tanpa Mengorek untuk menggantikan paip lama.

"Saya berasa bangga kerana melihat perkembangan inovasi dan R&D dalam sektor ini yang kebanyakannya dipacu sektor swasta. Kajian ini juga merangkumi ruang lingkup yang lebih luas bagi memenuhi prinsip antarabangsa dalam aspek pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Politik Malaysia tidak sama negara Asia Barat

Posted: 15 Mar 2011 03:19 PM PDT

Nasional

TANJUNG KARANG: Datuk Seri Najib Razak menegaskan politik Malaysia tidak mungkin bergolak seperti beberapa negara di Asia Barat kerana negara ini bukan diperintah kerajaan kuku besi, sebaliknya mengamalkan demokrasi sejak sekian lama.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mempunyai tanggungjawab menggalas amanah rakyat untuk memimpin negara agar dapat memenuhi keperluan mereka terutama dalam membantu meringankan beban kos sara hidup, perumahan, pendidikan dan pengangkutan.

"Ada orang kata Malaysia nak dijadikan sebagai medan pertarungan yang hebat seperti di negara Asia Barat yang bergolak ketika ini. "Saya ingin menjawab, jangan sama sekali menyamakan Malaysia dengan negara itu kerana Malaysia sudah lama mengamalkan demokrasi dan rakyat berhak memilih kerajaan," katanya ketika melancarkan Nadi Kasih, program membaiki rumah uzur milik rakyat termiskin peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Najib berkata, bukti kerajaan negara ini sehingga kini diterima rakyat ialah apabila majoriti diperoleh Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang, baru-baru ini, melonjak.

Mengenai Nadi Kasih, Najib berkata, sebanyak 10,000 unit rumah dibaik pulih di seluruh negara yang dilaksanakan menerusi dua fasa membabitkan 100 kawasan Parlimen.
Program itu dilaksanakan 1Malaysia Development Berhad membabitkan perbelanjaan RM50 juta.

Najib diiringi Noh kemudian ke rumah Tang Seng Hai dan Kamaruddin Bakar di Bagan Pasir serta M Naiyagan di Sungai Yu untuk menyudahkan kerja membaiki rumah mereka yang usang.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan