Rabu, 16 Mac 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mara: Tiada arahan bawa pulang 207 pelajar dari Jepun

Posted: 16 Mar 2011 12:30 AM PDT

KUCHING, 16 Mac — Mara tidak menerima sebarang arahan daripada Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara untuk membawa pulang 207 pelajar tajaannya di Jepun ekoran gempa bumi di negara itu pada Jumaat lepas, kata Menteri  Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau juga berkata semua pelajar tajaan Mara di Jepun itu dilaporkan dalam keadaan selamat dan pihaknya sentiasa  memantau perkembangan terkini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian anjung ilmu dan tabung amanah Yayasan  Pelajaran Mara (YPM) di sini hari ini, beliau berkata Mara masih lagi menunggu keputusan Wisma Putra dan MKN sama ada akan membenarkan 68 pelajar tajaan Mara yang dijadual bertolak ke Jepun pada Sabtu dan Ahad ini.

Mengenai anjung ilmu yang wujudkan oleh YPM, Shafie berkata sebanyak RM6 juta diperuntukkan untuk membangunkan 68 kemudahan itu di seluruh negara. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu DNA: Tindakan paksa Anwar cabuli prinsip undang-undang

Posted: 16 Mar 2011 12:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat menyatakan pendiriannya mempertahankan ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil mendakwa sebarang paksaan agar beliau menyerahkan sampel DNA merupakan pencabulan prinsip utama undang-undang.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya menyifatkan tindakan pihak-pihak tertentu yang kelihatan bersungguh-sungguh mendesak Anwar untuk menyerahkan sampel DNA beliau adalah sebahagian daripada episod terancang bermotifkan politik jahat dan khianat.

"Baik pihak pendakwaan mahupun NGO-NGO picisan yang bersungguh mendesak ini, kelihatan tidak faham akan prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

"Dalam mana-mana kes mahkamah, adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa pihak tertuduh itu bersalah berdasarkan bukti yang jelas melampaui sebarang keraguan dan bukannya meminta atau mencipta bukti," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kes Anwar, kata Shamsul Iskandar, beliau tidak perlu mengemukakan hatta secebis bukti sekalipun kerana beliau sendiri telah mempunyai alibi yang kukuh untuk menyatakan bahawa tidak terlibat dalam dakwaan penuduh.

Katanya, apa yang berlaku dalam kronologi kes fitnah kedua ke atas Anwar ini lebih bersifatkan pembunuhan karakter paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah politik negara.

"Anwar dinafikan akses ke atas pelbagai dokumen, malah pihak peguambela sendiri terhalang daripada menjalankan pelbagai ujian bebas ke atas bahan-bahan bukti yang dikemukakan oleh pendakwa.

"Isu DNA ini berterusan dimainkan agar dengan mudah pihak pendakwaan memalitkan tuduhan ke atas Anwar," kata beliau lagi.

Shamsul Iskandar berkata percanggahan fakta sejak awal perbicaraan menunjukkan bahawa kes liwat kedua dihadapi Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, langsung tidak mempunyai asas undang-undang yang jelas dan fakta yang kukuh, ditambah pula dengan kredibiliti penuduh yang jahanam.

Malah Shamsul Iskandar berkata tindakan pendakwaan bertentangan dengan Artikel 10 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948.

Tambahan pula kata Shamsul Iskandar, pembocoran awal hujahan pihak pendakwaan dalam permohonan jahat mereka untuk memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA membuktikan lagi hujah bahawa "usaha membunuh karakter beliau dilakukan secara terancang" oleh pihak pendakwaan dan media massa di bawah telunjuk Umno-BN.

"Angkatan Muda PKR dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada sebarang keperluan untuk Datuk Seri Anwar tunduk kepada desakan-desakan bebal yang sedang dilakukan oleh beberapa pihak.

"Ini akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap prinsip asas undang-undang itu sendiri dan menjadikannya sebagai seseorang itu bersalah sehingga dibuktikan tidak bermasalah," katanya.

Shamsul Iskandar juga berkata pihaknya yakin dan percaya bahawa kelompongan kes ditambah dengan kekarutan pihak pendakwaan serta penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis terbabit dalam kes yang sedang dipertontonkan ini, berpotensi besar merosakkan imej Malaysia di mata dunia, susulan daripada apa yang telah berlaku sebermula 1998.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen