TOKYO: Seekor anak panda dilahirkan di Zoo Tokyo buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun.

Ueno Zoo yang popular di Jepun berkata, panda itu dilahirkan oleh Shin Shin, panda tujuh tahun yang dibawa ke Jepun dari China, sebelum gempa bumi dan tsunami tahun lalu. Jantina anak panda itu belum diketahui setakat ini.
Pegawai zoo berkata, anak panda berkenaan dan ibunya dalam keadaan baik. - AP