Ahad, 8 Julai 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Kerani akaun mati akibat diragut

Posted:

Kerani akaun mati akibat diragut

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my

Motosikal ditunggangi Mui Choo (gambar kecil) semasa kejadian dia diragut kelmarin.


MELAKA – Seorang kerani akaun sebuah syarikat menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Melaka semalam selepas 23 jam bertarung maut akibat cedera parah diragut ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya kelmarin.

Mangsa, Tang Mui Choo, 35, dari Taman Pokok Mangga di sini yang masih bujang, meninggal dunia pada pukul 7 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan R. Gunarajan berkata, sehari sebelum itu, Mui Choo yang menunggang motosikal Yamaha SS110 dalam perjalanan ke tempat kerjanya diragut ketika melalui Jalan Benteng, Balai Panjang di sini.

"Semasa kejadian pada pukul 8.05 pagi, mangsa dihampiri dari belakang oleh sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z yang dinaiki dua lelaki berpakaian serba hitam.

"Salah seorang lelaki itu meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikal menyebabkan berlaku sedikit pergelutan sebelum mangsa terjatuh dari motosikal," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Kembar 3K untuk manfaat rakyat

Posted:

Kembar 3K untuk manfaat rakyat

NAJIB (duduk, dua dari kiri) bermesra dengan orang ramai ketika bersarapan selepas melawat Pasar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi semalam.


BANDAR BARU BANGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengetengahkan tiga perkara yang dirujuk beliau sebagai '3K Berkembar' yang dijanjikan kerajaan buat rakyat iaitu keamanan dan keselamatan; kestabilan dan keharmonian serta kemakmuran dan kemajuan.

Beliau berkata, dari aspek keamanan dan keselamatan, andainya ketinggian perlembagaan dan keluhuran undang-undang tidak dihormati, tiada apa yang boleh menjadi kenyataan dalam negara.

Beliau memberi contoh demonstrasi jalanan yang diadakan di tengah ibu kota April lepas yang tidak menguntungkan sesiapa kecuali membawa keadaan kucar-kacir dan huru-hara.

"Kita mesti hormati ketinggian perlembagaan dan keluhuran undang-undang kerana ini tonggak kepada negara kita," katanya semasa berucap di program Janji Ditepati peringkat negeri Selangor di Teras Jernang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Kehakiman bebas campur tangan

Posted:

Kehakiman bebas campur tangan

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai Bengkel Khas Penggubalan Undang-Undang Negara di bangunan Parlimen semalam.


KUALA LUMPUR – Badan kehakiman di Malaysia tidak pernah tunduk atau menerima arahan daripada kerajaan, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi (gambar kecil).

Jelas beliau, sepanjang empat tahun memegang jawatan tersebut, tidak ada sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak terhadap badan itu.

"Ketika saya menjadi Ketua Hakim Negara, Perdana Menteri tidak pernah bertanya apa-apa tentang sebarang kes yang dibicara di mahkamah apatah lagi barisan menteri Kabinet.

"Perkara yang saya bincang dengan Perdana Menteri hanya pelantikan hakim-hakim dan belanjawan badan kehakiman yang mana perkara ini diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya pada majlis penutup Bengkel Khas Penggubalan Undang-Undang Negara di Parlimen semalam.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan