Selasa, 17 Julai 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Makan ubat layan 10 pelanggan

Posted:

Makan ubat layan 10 pelanggan

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my

Sebahagian pelacur warga asing yang ditahan dalam Ops Noda di bandar Puchong, Selangor malam kelmarin.


PETALING JAYA – Bandar Puchong dekat sini yang mendapat jolokan Hatyai Selangor digempur habis-habisan oleh anggota polis malam kelmarin dalam usaha untuk membanteras kegiatan urut dan pelacuran yang berleluasa membabitkan kira-kira 40 premis yang dikenal pasti.

Dalam serbuan yang dinamakan Ops Noda selama dua jam setengah itu, seramai 20 orang pelacur warga asing, dua penjaga premis dan 12 pelanggan warga tempatan telah ditahan, kesemua mereka berusia 20-an hingga 30-an.

Ketika ditahan, mereka sedang memberikan perkhidmatan seks di sebuah pusat urut yang terletak di sebuah bangunan kedai tiga tingkat.

Pelacur-pelacur terbabit yang masing-masing terdiri daripada 10 warga Vietnam, enam dari Thailand dan empat lagi dari China memasuki negara ini dengan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelancong di Danok panik gudang mercun meletup

Posted:

Pelancong di Danok panik gudang mercun meletup

ORANG ramai melihat keadaan kedai menjual pakaian yang musnah dalam kejadian kebakaran di Danok, selatan Thailand semalam.


BUKIT KAYU HITAM – Para pelancong di pekan Danok, selatan Thailand dekat sini yang kebanyakan rakyat Malaysia panik apabila mendengar bunyi letupan kuat selepas sebuah gudang menyimpan mercun terbakar malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam (waktu Malaysia) itu, rata-rata pelancong sedang berada di dalam pusat hiburan yang terletak berdekatan Lorong Thai Changlon 2.

Kebakaran tersebut bermula daripada sebuah premis menjual pakaian sebelum merebak ke enam lagi premis berhampiran termasuk gudang menyimpan stok mercun.

Difahamkan, stok mercun disimpan di dalam gudang itu sebelum ia diseludup masuk ke Malaysia menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kejadian itu turut menyebabkan berlaku beberapa letupan kuat sehingga menggegarkan seluruh kawasan dalam jarak satu kilometer termasuk pos kawalan keselamatan Malaysia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jangan belanja berlebihan

Posted:

Jangan belanja berlebihan

NAJIB bersalaman dengan sebahagian penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Khas Perbendaharaan Malaysia di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Perdana Menteri menggariskan empat aspek utama yang perlu diberi tumpuan dalam soal pengurusan ekonomi dan kewangan bagi memastikan negara tidak berhadapan dengan krisis kewangan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, aspek paling asas ialah perbelanjaan tidak boleh melebihi pendapatan dan kedua, negara perlu mempunyai lebihan operasi dengan tidak boleh membuat pinjaman semata-mata untuk membiayai perbelanjaan pengurusan.

Menurutnya, aspek ketiga ialah memastikan beban hutang fiskal defisit negara berada pada trajektori yang menurun secara progresif.

Tambahnya, aspek keempat merujuk kepada perlunya ada keseimbangan antara asas pendapatan negara yang seharusnya semakin besar dan berkeupayaan untuk memberi insentif serta rangsangan kepada sektor-sektor atau sub-sektor tertentu yang perlu disokong.

"Ada negara-negara di Eropah sekalipun yang tidak berjaya mengamalkan prinsip induk ini," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan