Isnin, 16 Julai 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Bandar Puchong mirip Hatyai

Posted:

Bandar Puchong mirip Hatyai

SEORANG wanita sedang menunggu pelanggan di lorong belakang sebuah pusat hiburan di bandar Puchong, Selangor.


KUALA LUMPUR - Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.

Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.

Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.

Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hanya PM tentukan tarikh PRU-13

Posted:

Hanya PM tentukan tarikh PRU-13

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my

PENGERUSI Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Zahid ketika Menteri Pertahanan itu melawat ibu pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, Laksamana Abdul Aziz, Ismail dan Jeneral Zulkifeli.


KUALA LUMPUR – Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara peribadi berpendapat, perlembagaan sudah menyebut bahawa Perdana Menteri akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

"Hak untuk menentukan tarikh pilihan raya ialah Perdana Menteri manakala Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh pembuangan undi," katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Panglima Angkatan Tentera isytihar berhenti merokok mulai semalam

Posted:

Panglima Angkatan Tentera isytihar berhenti merokok mulai semalam



KUALA LUMPUR - Lebih 100,000 anggota tentera di seluruh negara wajar mencontohi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin (gambar) yang mengisytiharkan bahawa beliau berhenti merokok mulai semalam.

Berusia 58 tahun, Zulkifeli yang merupakan perokok tegar mengambil keputusan tersebut kerana mahu seluruh anggota tentera tidak membazirkan wang untuk membeli rokok yang merosakkan kesihatan.

Langkah tersebut, kata beliau, adalah selaras dengan Kempen Perangi Rokok yang dianjurkan ATM ketika ini.

"Ramai anggota tentera yang merokok sedangkan ia amalan tidak sihat dan boleh menjejaskan fizikal serta kesihatan mereka.

"Sebelum ini saya seorang perokok tegar tetapi sempena kempen perangi rokok anjuran ATM yang sedang diadakan, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi merokok.

"Jika tabiat ini tidak dihentikan dalam kalangan ATM, ia bukan sahaja mengganggu tahap operasi malah wang turut dibazirkan semata-mata untuk membeli rokok," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan