Rabu, 18 Julai 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara

Rahmat Ramadan untuk 8 banduan

Posted:

Rahmat Ramadan untuk 8 banduan

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

NUSAJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam berkenan memberi pengampunan penuh serta perintah pembebasan kepada lapan orang banduan pada hari pertama umat Islam berpuasa yang dijangka disambut pada Sabtu ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil berkata, daripada lapan banduan yang akan dibebaskan pada 1 Ramadan, seorang daripadanya, Sapuan Hanin, 58, merupakan banduan di bawah kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Tambahnya, tujuh banduan lain yang dibebaskan berumur 41 hingga 63 tahun termasuk dua warga Indonesia.

Mereka yang menjalani hukuman penjara seumur hidup dirujuk di bawah kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Beliau berkata, Sapuan telah menjalani hukuman 24 tahun penjara sejak 1987 atas kesalahan mengedar 6.71 kilogram kanabis di sebuah surau di Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian pada tahun yang sama.

Dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut beliau, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor yang dipengerusikan Sultan Ibrahim pada 19 Januari lalu telah menimbangkan 32 kes rayuan.

"Seramai 18 orang banduan lain tidak diberi pengampunan dan hukuman dikekalkan," kata Obet pada sidang akhbar di Kota Iskandar di sini semalam.

Obet yang juga Setiausaha lembaga pengampunan menambah, mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga ahli lembaga yang dilantik, Datuk Law Boon King, Datuk Rashidi Mohd. Noor dan Datuk Dr. Harjit Singh Mega Singh.

"Atas nasihat lembaga serta Peguam Negara, dan selepas mempertimbangkan kesalahan yang dilakukan oleh banduan-banduan tersebut, tempoh hukuman dan kemajuan pemulihan, baginda Sultan Johor dengan limpah kurnia dan perkenan telah mempertimbangkan pembebasan dan meringankan hukuman untuk beberapa individu," jelas beliau.

Sementara itu, Sultan Ibrahim turut berkenan memberi pengampunan kepada Yong Huie Perng yang disabitkan kesalahan ketika dia menuntut di tingkatan enam. Huie Perng kini berusia 45 tahun.

"Dia (Huie Perng) telah menulis surat dan merayu kepada baginda supaya diberi pengampunan untuk bersihkan namanya daripada rekod kesalahan yang lepas," katanya.

Kata Obet, baginda juga telah meringankan hukuman empat orang banduan hukuman mati kepada hanya hukuman penjara.

Mereka ialah Zulkipli Arshad, 36, Abdul Rahman Akif, 57, dan Ridwan Rusli, 42, yang disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut menerima hukuman lebih ringan ialah Norhasnizam Abd. Latif, 36, yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kesemua banduan ini melakukan kesalahan di Johor dan ditempatkan di beberapa penjara di seluruh Malaysia.

"Dengan titah ini, diharap banduan yang dibebaskan dapat menggunakan peluang kedua untuk manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara," kata Obet.

Kali terakhir lembaga tersebut memberikan pengampunan kepada banduan ialah pada 1 Disember 1997.

PM lancar kemudahan skim persaraan swasta

Posted:

PM lancar kemudahan skim persaraan swasta

NAJIB meletakkan tapak tangan pada skrin khas sebagai gimik pelancaran skim persaraan swasta sambil diperhatikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Ranjit Anjit Singh di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan penubuhan skim-skim persaraan swasta, satu langkah yang amat signifikan dalam menyediakan kemudahan tabungan kepada golongan pekerja swasta dan mereka yang bekerja sendiri selepas bersara kelak.

Set pertama skim-skim itu terdiri daripada 24 dana oleh beberapa penyedia skim persaraan swasta yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan tersedia untuk ditawarkan kepada orang ramai mulai September ini dan bulan-bulan seterusnya.

Skim persaraan swasta (PRS) ialah skim simpanan atau tabungan persaraan sukarela yang distrukturkan oleh para penyedia dana sektor swasta yang berlesen.

"PRS menawarkan peluang untuk rakyat. Dalam kes individu, PRS boleh menyediakan persekitaran untuk individu mengukuhkan dana persaraan bagi pergerakan kerjaya.

"Sementara untuk majikan, PRS boleh digunakan sebagai alat untuk mengekalkan dan menarik bakat," kata Najib yang merupakan Menteri Kewangan ketika berucap melancarkan skim itu di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Empat lagi pemenang Warkah Buat Ibu terima hadiah

Posted:

Empat lagi pemenang Warkah Buat Ibu terima hadiah

BAHAROM (kiri) dan Katherine Chew (tiga dari kanan) bersama para pemenang peraduan Warkah Buat Ibu di Hotel Resort, Genting Highlands semalam.

GENTING HIGHLANDS - Seramai empat pemenang bertuah peraduan Warkah Buat Ibu anjuran Resorts World Genting dengan kerjasama akhbar Kosmo! menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 semalam.

Sebanyak 1,208 penyertaan kreatif diterima oleh Kosmo! sepanjang berlangsungnya peraduan tersebut dari 6 hingga 30 April lalu.

Pemenang telah dipilih berdasarkan kreativiti, kekemasan dan keaslian warkah yang dihantar selain mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Kosmo!.

Pemenang tempat pertama, Shamsul Mustaffa Mohd. Kamal, 44, berkata, dia tidak menyangka akan memenangi peraduan tersebut melalui karya yang dihasilkan dalam bentuk gegantung.

Dia yang bekerja sebagai juruukur menerima hadiah wang tunai RM2,000. Katanya, kemenangan itu mungkin kerana keberkatan dan restu daripada ibunya, Arabinah Sabari, 60.

"Terima kasih kepada Kosmo! dan juga Resorts World Genting kerana memberi peluang kepada saya untuk melahirkan perasaan kasih kepada ibu," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah di Hotel Resort di sini semalam.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi Resorts World Genting, Katherine Chew. Turut hadir Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin.

Tempat kedua dimenangi oleh seorang pegawai sumber manusia, Nor Saadiah Aripin, 25, yang menghantar warkah bertajuk Ibuku Wiraku melalui kad yang digubah dengan kreatif.

Menurut Nor Saadiah yang menerima wang tunai RM1,500, kemenangan tersebut merupakan hadiah kepada ibunya, Samiah Taib, 54, yang selama ini banyak berkorban membesarkannya sehingga berjaya.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh seorang pensyarah, Zulkifli Kardi, 29, manakala pelajar, Mohd. Fikri Aiman Romlan, 19, yang meraih hadiah saguhati diwakili ibunya, Sapiah Saman, 42. Masing-masing menerima hadiah RM1,000 dan RM500.

Sebelum ini sebanyak sembilan pemenang peraduan Warkah Buat Ibu telah dibawa melancong ke Pulau Langkawi selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Mei lalu.

Sementara itu, Chew berkata, peraduan sempena Hari Ibu itu mendapat sambutan yang menggalakkan berdasarkan jumlah penyertaan yang diterima.

"Kami mungkin akan jadikan peraduan ini sebagai acara tahunan dan sudah pasti akhbar Kosmo! menjadi pilihan kami untuk menjalinkan kerjasama," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan