Isnin, 16 Julai 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Kuat ingat wajah ibu

Posted: 15 Jul 2012 11:38 AM PDT

KEPALA BATAS: "Wajah ibu dan kitab al-Quran dalam beg menaikkan semangat saya untuk meronta sekuat hati sebelum berjaya melepaskan diri daripada genggaman lelaki berbadan besar itu," kata murid tahun tiga yang nyaris menjadi mangsa culik tiga lelaki menaiki sebuah van putih, Khamis lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 9, baru pulang dari sekolah agama tidak jauh dari rumahnya, dekat sini, jam 11.20 pagi.

Ketika kejadian, mangsa baru turun daripada kereta jiran yang diupah mengambilnya dari sekolah setiap hari dipercayai mahu melintas jalan untuk pulang ke rumahnya sebelum dihampiri sebuah van putih dinaiki tiga lelaki.

Menceritakan saat menakutkan itu, anak bongsu dua beradik itu berkata, seorang daripada lelaki terbabit menarik tangan kanan sambil mengarahkannya masuk ke dalam van menggunakan bahasa Melayu.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/16


‘Saya dah penat sendirian’

Posted: 15 Jul 2012 11:36 AM PDT

JOHOR BAHRU: "Saya diperkenalkan dengan Senang pada 2 Julai lalu oleh anak dan mengambil keputusan bernikah dua minggu kemudian selepas dipersetujui keluarga kedua-dua pihak.

"Saya beranggapan Senang sesuai dan serasi dengan saya. Kerana itu saya gembira dan bersyukur kerana dapat memperisterikannya," kata Suleiman Shahdan, 76, selepas bernikah dengan pasangannya, Senang Saidak, 71, ketika ditemui di Masjid Ungku Mohamad, Skudai Kiri, di sini, kelmarin.


"Saya sudah penat bersendirian selama ini. Sebagai manusia biasa, walaupun sudah tua kita tetap perlukan teman hidup bukan saja boleh menemani, malah menjaga kita.

"Saya anggap pernikahan kali ini anugerah yang tidak ternilai dan berharap ia berkekalan sehingga hujung nyawa kami," katanya.


Berkongsi kegembiraan bertemu jodoh pada lewat usia, Suleiman menyifatkan ia satu anugerah tidak ternilai buat dirinya selepas menduda lapan tahun.


Menurut Suleiman yang juga pembantu imam Masjid Ungku Mohamad, Skudai Kiri, sejak menduda, dia berdoa pada setiap hari supaya dipertemukan dengan wanita solehah yang boleh diperisterikan seterusnya menemaninya melayari sisa hidup.

Berbeza dengan Senang yang sebelum ini tertutup pintu hati selepas menjanda dua kali akibat kematian suami, dia tidak menyangka perkenalan singkat itu membuka kembali hatinya untuk menerima teman hidup.


"Selepas bekas suami meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira 10 tahun lalu, pintu hati saya tertutup untuk berkahwin lagi walaupun sering didesak anak.

"Saya memang tidak sangka akan bernikah lagi pada lewat usia, mungkin inilah yang dikatakan jika jodoh memang tidak ke mana," katanya.


Menurut Senang, dia terpikat dengan sikap kepemimpinan yang ada pada Suleiman dan membuatkannya sudi menerima lelaki berkenaan untuk menjadi suami.


Senang berasal dari Sungai Danga, di sini, dan Suleiman yang berasal dari Skudai Kiri, masing-masing dikurniakan lima dan enam anak berusia 30 hingga 46 tahun hasil perkahwinan lalu.


Majlis pernikahan pasangan itu meriah dalam suasana hujan renyai dengan dihadiri lebih 300 tetamu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/16


1 ulasan:

  1. Salam Tuan Admin, jika tidak keberatan saya berharap dapat Tuan Admin kirinkan berita dan gambar penangkapan penagih dadah di Kampung Ulu Kuang pada 15 Julai 2012 bersamaan hari Ahad ini alamat email saya mnorkembalak@gmail.com

    BalasPadam