Ahad, 15 Julai 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pakej nikah Siam guna internet

Posted: 15 Jul 2012 06:29 PM PDT

» Ahli perniagaan, profesional, artis antara pelanggan

Kota Bharu: Pakej perkahwinan di selatan Thailand menerusi internet kini semakin bercambah dengan lebih 10 laman web dikesan menawarkan perkhidmatan itu dengan bayaran serendah RM1,250. Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Program cari 11 pemain latih di MU

Posted: 15 Jul 2012 03:32 PM PDT

Pelajar sekolah Tamil berpeluang jalani latihan di kelab Manchester United

Kuala Lumpur: Sebelas pemain bola sepak terbaik daripada kalangan pelajar sekolah Tamil berpeluang menjalani latihan di kelab Manchester United di England, tahun ini. Road to England

Kemahiran bermain bola setaraf pemain England wajar dilatih dan ditingkatkan. Kumpulan pemain ini juga boleh menyumbang kepada sukan bola sepak tempatan apabila pulang ke tanah air dan mewakili negara ke kejohanan antarabangsa". - G Palanivel, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Mereka akan dipilih melalui Kejohanan Bola Sepak Road to England yang bakal dianjurkan di 523 sekolah Tamil membabitkan 10 kawasan di seluruh negara, hujung bulan ini.

Kejohanan itu dibiayai peruntukan RM530,000 yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G Palanivel, berkata semua sekolah Tamil digalak mengambil bahagian dalam kejohanan itu dengan pemain terbaik akan dibawa ke ibu negara untuk latihan singkat.

"Mereka kemudian akan menjalani ujian pada sesi pemilihan untuk memilih 11 pemain paling layak. Latihan akhir dan pemilihan pemain terbaik akan dikendalikan bekas pemain antarabangsa England, Peter Barnes," katanya yang juga Presiden MIC, di sini semalam.
Program Road to England dianjurkan hasil kerjasama Akademi Bola Sepak Peter Barnes dan Majlis Guru Besar Sekolah Tamil Malaysia.

Palanivel berkata, matlamat utama program itu untuk melahirkan pemain bola sepak berbakat dari komuniti India negara ini yang boleh menjadikannya sebagai kerjaya sehingga mencapai tahap setanding pemain Inggeris dalam jangka panjang.

"Kemahiran bermain bola setaraf pemain England wajar dilatih dan ditingkatkan. Kumpulan pemain ini juga boleh menyumbang kepada sukan bola sepak tempatan apabila pulang ke tanah air dan mewakili negara ke kejohanan antarabangsa," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan