Ahad, 15 Julai 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


1M4U tawar RM100 juta

Posted:

1M4U tawar RM100 juta

Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN, SAHLIZAH MOHAMED dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
berita@kosmo.com.my

NAJIB bersalaman dengan belia yang hadir pada maljlis pelancaran 1M4U di Esplanade KLCC, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir, Ahmad Shabery (dua dari kiri).


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi penubuhan Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) yang bertujuan merangsang aktiviti sukarelawan dalam kalangan belia.

Perdana Menteri berkata, dana tersebut akan disalurkan kepada pertubuhan belia, badan bukan kerajaan dan kumpulan belia yang tidak menganggotai mana-mana pertubuhan sukarelawan.

"Saya harap dana ini akan dapat mewujudkan gerakan besar-besaran dalam aktiviti sukarela, contohnya gotong-royong, membersihkan pantai atau mengadakan kelas tuisyen untuk kanak-kanak Orang Asli.

"Kita bukan mahu mengajar (belia) dengan dana yang mewah tetapi mereka perlu ada sokongan untuk mengadakan program dan aktiviti," katanya pada pelancaran program 1Malaysia For Youth (1M4U) di Esplanade KLCC di sini semalam.

Program sehari yang diisi dengan pelbagai aktiviti sukarela itu dihadiri kira-kira 50,000 belia dari seluruh negara.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Najib berkata, belia yang berminat boleh memohon dana DRe1M melalui laman web www.1m4youth.com.my.

Beliau menambah, bagi memastikan setiap program di bawah platform 1M4U berjalan lancar, kerajaan menubuhkan Lembaga Pemegang Amanah 1M4U.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Elak sejarah 2008 berulang - Zahid

Posted:

Elak sejarah 2008 berulang - Zahid

ZAHID disambut oleh hadirin ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar semalam.


KUALA KANGSAR - Semua ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengamalkan sikap selesa jika tidak mahu sejarah pilihan raya umum 2008 berulang terutamanya di negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya seluruh anggota perlu memperkukuhkan jentera dan sokongan terhadap parti masing-masing bagi meraih hati pengundi serta bekerjasama erat antara parti komponen BN.

"UMNO perlu kuatkan jentera selain bantu menyokong rakan-rakan parti komponen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Kuala Kangsar di sini semalam.

Pada Pilihan raya Umum 2008, BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen manakala bagi 505 kerusi Dewan Undangan Negeri, BN meraih kemenangan di 306 kerusi.

Pilihan raya itu juga menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (BN kembali berkuasa pada tahun 2009).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rekod bersih sarjan tercalar kerana rasuah

Posted:

Rekod bersih sarjan tercalar kerana rasuah

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

KUALA TERENGGANU - Rekod bersih seorang anggota polis berpangkat sarjan yang tidak pernah dikenakan tindakan tata tertib sejak menyertai pasukan polis 31 tahun lalu tercalar apabila dia didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Semalam, Esah Ismail, 52, yang juga pernah dianugerahkan Pingat Kebaktian oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra pada 2006 dijatuhi hukuman denda RM5,000 selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Mengikut fakta kes, pegawai penyiasat di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Besut itu menerima suapan RM500 daripada Zamri Sharifuddin pada pukul 6.20 petang 11 September tahun lalu.

Perbuatan tidak bermoral itu dilakukan di kedai Denova Beauty (Avon) lot 232 Jalan Haji Jusoh, Jerteh, Besut dengan tujuan untuk mengubah keputusan ujian air kencing Zamri yang didapati positif dadah pada 17 April 2011.

Tertuduh sebelum itu memberitahu Zamri yang dia dapat mengubah keputusan air kencing tersebut dan meminta RM1,000 untuk melakukan perkara tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan