Rabu, 18 Julai 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Kerajaan Selangor hantar pasukan khas pantau operasi harian Syabas

Posted: 18 Jul 2012 03:08 AM PDT

SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan menghantar pasukan khas terdiri empat profesional, termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Suhaimi Kamaruzaman ke Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (Syabas) bagi memantau operasi harian syarikat itu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata tiga lagi anggota pasukan itu ialah Pengarah Konsortium ABBAS Sdn Bhd, Abas Abdullah; Pengarah Urusan (Pengurusan Air) Kumpulan Peransang Selangor, Karim Endut dan Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan Peransang Selangor, Kevin Lee. "Kumpulan profesional ini akan dihantar kerana mereka (Syabas) gagal memberikan butiran dan penjelasan memuaskan mengenai beberapa isu apabila mereka memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri pagi ini," katanya.
Khalid yakin Syabas boleh memberi kerjasama kepada kumpulan profesional berkenaan kerana mereka mempunyai pengalaman mendalam dalam pengurusan dan pengagihan bekalan air.

Najib lancar komponen akhir Skim Persaraan Swasta

Posted: 18 Jul 2012 02:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan komponen akhir skim persaraan swasta menerusi penubuhan Pentadbir Pencen Swasta.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, komponen itu juga dilengkapkan lagi dengan kelulusan set pertama skim berkenaan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan pembangunan industri pencen swasta amat penting bagi memenuhi keperluan persaraan semua rakyat. "Harapan saya adalah memastikan semua generasi Malaysia mempunyai simpanan aset kewangan yang mencukupi bagi membolehkan mereka menikmati sepenuhnya persaraan mereka nanti.
"Matlamat kita juga adalah untuk mempunyai kerangka kerja persaraan pelbagai tunggak yang cergas dan mampan bagi manfaat generasi akan datang ," katanya dalam ucap tama pada majlis pelancaran Skim Persaraan Swasta di Kompleks Suruhanjaya Sekuriti, di Bukit Kiara di sini.

Skim Persaraan Swasta yang juga skim simpanan persaraan sukarela yang dibentuk penyedia dana sektor swasta yang mendapat lesen dan kelulusan SC itu bertujuan memberi saluran tambahan kepada pekerja dan mereka yang bekerja sendiri untuk membuat simpanan persaraan mereka.

Najib berkata, sebagai insentif penyertaan dalam skim ini, individu diberikan pelepasan cukai sehingga RM3,000 manakala majikan diberikan potongan cukai ke atas caruman yang dibuat ke atas pekerja mereka, di atas kadar yang diwajibkan dan sehingga 19 peratus gaji pekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan