Kosmo Online - Negara |
| Posted: Siswa ganas menyerah diriOleh ATIKAH DALI
KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang merupakan antara 91 individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung rusuhan pada perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu ditahan polis semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Khalid Mohd. Ismath, 22, ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi ketika datang bersama ibu bapanya, Junaidah Mohd. dan Mohd. Ismath Habib Mohamad serta peguamnya, Nasar Khan. Junaidah dan Mohd. Ismath merupakan pesara kakitangan awam. "Pelajar terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut dan perintah tahanan reman akan diambil jika siasatan belum selesai," katanya. Jelas Mohmad, pelajar jurusan undang-undang itu diminta datang memberi keterangan kerana membuat ugutan terhadap anggota polis menerusi laman Facebook dan menyerang seorang anggota polis trafik pada hari perhimpunan haram Bersih tersebut. Dalam kejadian itu, pelajar terbabit dirakam menendang anggota polis trafik yang terjatuh daripada motosikalnya ketika bertugas dalam Ops Aman yang dihadiri kira-kira 25,000 orang. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
| Bersih 3.0: Peniaga tuntut ganti rugi Posted: Bersih 3.0: Peniaga tuntut ganti rugi![]() MOHD. RIDZUAN (dua dari kanan) bersama peniaga mengadakan perhimpunan menuntut ganti rugi daripada penganjur Bersih di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Lebih 100 wakil peniaga yang menanggung kerugian akibat perhimpunan haram Bersih 3.0 mengadakan bantahan aman di hadapan Kompleks Pertama di sini semalam. Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, bantahan itu bertujuan mendesak pihak penganjur perhimpunan haram terbabit membayar ganti rugi kepada peniaga yang tidak dapat berniaga pada hari perhimpunan tersebut. "Kami tidak akan berdiam diri dengan apa yang berlaku sebab hampir 3,000 peniaga mengadu kerugian akibat Bersih 3.0. "Tuntutan kami sejak Bersih 2.0 melibatkan 317 peniaga dengan kerugian lebih RM800,000 juga sampai sekarang masih tidak diterima," katanya. Katanya, peniaga-peniaga yang terjejas boleh membuat tuntutan kerugian sehingga 10 Mei ini. Setakat ini, katanya, lebih 200 peniaga sudah tampil membuat tuntutan dengan jumlah terkumpul lebih RM200,000. Katanya, perhimpunan Bersih tidak perlu diadakan kerana ia memberi banyak kesan buruk kepada umum. "Setiap kali ada perhimpunan Bersih, peniaga pasti rugi. "Jika Bersih 4.0 yang dirancang diadakan kelak, kami tidak akan teragak-agak untuk menyerang perhimpunan berkenaan," tegasnya. | |
| Peluang berjimat di lebuh raya Posted: Peluang berjimat di lebuh raya![]() PENGGUNA lebuh raya selepas ini boleh berjimat apabila beberapa syarikat konsesi mencadangkan pemansuhan atau pengurangan kadar tol bagi mengurangkan beban rakyat. - Gambar hiasan TAMPIN - Beberapa buah syarikat konsesi telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi memansuhkan atau mengurangkan kadar tol di beberapa buah lebuh raya untuk meringankan beban pengguna jalan raya. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, cadangan lain ialah membekukan kenaikan kadar tol dan mengekalkan kadar tol sedia ada untuk tempoh yang lebih lama. "Kesemua cadangan itu akan dinilai oleh kementerian bersama Lembaga Lebuh Raya Malaysia serta dibincangkan di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi negara sebelum dirujuk kepada Kabinet. "Cadangan-cadangan ini juga akan dinilai secara berasingan kerana ia perlu bersesuaian dengan kemampuan kerajaan selain mengelak syarikat-syarikat konsesi rugi kerana mereka juga perlu jaga kepentingan perniagaan serta pemegang saham masing-masing," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Keluarga Kem Syed Sirajuddin Bersama Warga Tampin di Gemas dekat sini semalam. Shaziman bagaimanapun enggan memberitahu jumlah dan nama syarikat konsesi yang menghantar cadangan itu kerana ia masih dikaji. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan