Jumaat, 4 Mei 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Amy Search terkilan tak sempat tunai hajat Bob Kuman

Posted:

Amy Search terkilan tak sempat tunai hajat Bob Kuman

Amy Search terkilan tak sempat tunai hajat Bob Kuman

Oleh IKHWAN HAZWAN
HAMIDUN
berita@kosmo.com.my

NORMAH OTHMAN menabur bunga di pusara suaminya Allahyarham Bob Kuman di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Ulu, Rantau, Negeri Sembilan semalam.


PETALING JAYA – "Bro, gua sebenarnya dah jauh."Itulah kata-kata pelakon dan pelawak, Allahyarham Bob Kuman yang tidak dapat dilupakan oleh penyanyi rock, Amy Search semasa mereka berbual menerusi telefon kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, kata-kata arwah itu masih terngiang-ngiang ditelingannya seolah-olah sudah memberi petanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.

"Saya juga terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan terakhir Allahyarham yang inginkan alat pemain MP3 sebagai hadiah hari jadinya.

"Saya sudah membeli alat tersebut dan menyimpannya di rumah. Malangnya saya tidak dapat menyerahkan alat itu kepadanya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rancang ke Eropah

Posted:

Rancang ke Eropah

Rancang ke Eropah

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
ayman.ghaffa@kosmo.com.my


SHAM MOODLIAR dan isterinya Janice Smith ketika sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur semalam.


PETALING JAYA – Keluarga kepada budak lelaki yang diculik Jumaat lalu dan kemudian dibebaskan kelmarin bercadang untuk bercuti di Eropah bagi menghilangkan tekanan akibat kes berkenaan.

Sham Moodliar, 41, berkata, beliau dan keluarganya termasuk isteri, Janice Smith, 40, bercadang untuk bercuti selepas berlaku kes penculikan terhadap anak mereka Nayati Shamelin, 12 (gambar kecil).

"Saya dan keluarga akan bercuti di Eropah," katanya kepada pemberita di sini semalam sambil menitiskan air mata.

Nayati bagaimanapun tidak hadir pada sidang akhbar tersebut kerana dikatakan bertegas mahu ke sekolahnya di Sekolah Antarbangsa Mont Kiara di sini.

Menjelaskan lebih lanjut, Sham berkata, anak sulungnya itu telah kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.

"Setelah pulang ke rumah, Nayati meminta hidangan nasi ayam daripada kami,'' katanya.

Janice pula berkata, anaknya tidur nyenyak sejak kembali ke kediamannya malam khamis lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Awal, Scha kini suami isteri

Posted:

Awal, Scha kini suami isteri

Awal, Scha kini suami isteri


AWAL Ashaari menyarungkan cincin di jari manis Scha selepas majlis akad nikah mereka di Putrajaya semalam.


PELAKON Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau Awal Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 29, selamat diijabkabulkan pada satu majlis yang berlangsung di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya semalam.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir Syed Kechik Alyahya dengan disaksikan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd. Salman Idrus.

Scha yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran manakala Awal yang segak berbaju Melayu menerima sembilan dulang hantaran.

Scha turut menerima RM2,050 sebagai mas kahwin tetapi pasangan tersebut enggan mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan