Berita Harian: Nasional |
| Rakyat Kelantan diajak buat perubahan besar Posted: 04 May 2012 04:16 PM PDT Nasional NAJIB disambut orang ramai ketika tiba untuk merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik, di Gua Musang, semalam. Perdana Menteri berkata, rakyat Kelantan harus memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk melakukan perubahan kerana selama ini negeri itu jauh ketinggalan. "Insya-Allah, beri peluang kepada Barisan Nasional, kita akan buat perubahan besar, masalah bekalan air bersih boleh selesai dan banyak lagi masalah boleh kita selesaikan, termasuk permintaan membina lebuh raya," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ahli Parlimen Gua Musang yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.Karnival sehari itu bertujuan melahirkan masyarakat bermaklumat dan memperkasa perpaduan rakyat. K1M adalah pertubuhan sukarela pada peringkat akar umbi yang diselia Jabatan Penerangan untuk memperteguhkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum. Najib juga berkata, BN akan menyediakan manifesto khusus untuk Kelantan pada pilihan raya akan datang, selain menjadikan Gua Musang dan Jeli sebagai peneraju perubahan merampas negeri itu. Pada sidang media kemudian, beliau yang melahirkan keyakinan UMNO Kelantan akan memberi tentangan hebat kepada PAS, berpuas hati dengan senarai calon UMNO Kelantan dan yakin usaha gigih UMNO negeri di bawah pimpinan Mustapa mampu membawa kejayaan. Mengenai gambar lelaki mirip Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali melakukan aksi lucah yang dipetik beberapa media daripada satu laman blog baru-baru ini, Najib berkata, terpulang kepada Azmin untuk membela dirinya. Beliau juga gembira kes penculikan pelajar Sekolah Antarabangsa Mont Kiara, Nayati Shamelin Moodliar, 12, selesai apabila pelajar terbabit ditemui pagi kelmarin. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
| Ketua Wanita PKR bidas MB Selangor Posted: 04 May 2012 04:12 PM PDT Nasional DAMANSARA: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, membidas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya tersenyum dengan jawapan 'tiada komen' kepada media yang bertanya isu imej aksi lucah seorang lelaki yang dikatakan mirip Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.Katanya, keengganannya mengulas isu itu ketika ditanya oleh wartawan selepas mesyuarat Exco Negeri pada Rabu lalu bukan saja memberi implikasi buruk terhadap Mohamed Azmin , malah boleh disalah anggap oleh media dan masyarakat. Beliau berkata, jawapan 'tiada komen' dan sekadar tersenyum apabila diajukan soalan oleh media mengecewakan Mohamed Azmin yang banyak berjuang untuk parti. "Secara peribadi, saya kesal dengan jawapannya. Dia seharusnya lebih berhati-hati apabila memberikan komen supaya tidak memberi tanggapan negatif kepada umum atau media. Kita dalam persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan hendak pastikan kita dalam satu saf," katanya pada sidang media, semalam.Terdahulu, beliau bersama beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara PKR menyatakan pendirian menolak dan mengecam politik fitnah yang mereka dakwa tuduhan jahat terhadap Ahli Parlimen Gombak itu. Sementara itu, Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas, berkata PKR tidak perlu melakukan siasatan terhadap dakwaan imej lucah itu kerana ia fitnah tanpa bukti.
|
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan