Harian Metro: Setempat |
| Posted: 04 May 2012 12:35 PM PDT KUALA LUMPUR: Pendatang Indonesia tanpa izin sanggup melakukan apa saja untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa termasuk menggali gua di bawah reban ayam bagi dijadikan tempat persembunyian. Kegiatan menggali gua persembunyian ini terbongkar selepas pasukan penguatkuasa Jabatan Imigresen menangkap seorang wanita yang cuba menyorok ketika serbuan di rumah kongsi di Flora Damansara dekat sini, malam tadi. Wanita yang seakan-akan hilang pertimbangan diri apabila meronta, menangis dan meraung meminta dilepaskan itu antara 92 warga asing yang ditangkap dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan dengan kekuatan 32 anggota dan dibantu 25 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan lima anggota Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM), kira-kira jam 11 malam. Dalam serbuan itu, taktik menggali lubang seakan gua itu turut dikesan di bawah rumah kongsi di mana penghuninya akan berdiam diri dalam gelap bagi mengelakkan dicekup anggota keselamatan.
"Daripada 92 orang yang ditahan, seramai 34 lelaki dan 13 wanita Indonesia, 40 rakyat Bangladesh dan lima orang Myanmar," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas operasi berkenaan. James berkata, tapak rumah kongsi terbabit mempunyai lima blok kontena dua tingkat dan empat rumah kongsi kayu dengan keseluruhan 50 bilik. "Kebanyakan mereka yang ditahan melakukan kesalahan tiada permit kerja di negara kita dan mereka semua dibawa ke Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan di Jalan Duta untuk tindakan lanjut. "Kami akan berusaha menemui majikan mereka dengan mengenal pasti pemilik tapak rumah kongsi ini. Lokasi ini hanya menjadi tempat tinggal warga asing dan mereka bekerja di tapak pembinaan di sekitar Damansara. "Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen dan Akta Pemerdagangan Orang (Atip)," katanya. Beliau berkata, hasil serbuan turut mendapati ramai yang tidak mendaftarkan diri Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) walaupun tempoh diberikan cukup panjang. |
| Igauan tragedi Highland Towers Posted: 04 May 2012 12:26 PM PDT AMPANG: Penghuni flat Pandan Jaya, di sini, bimbang kediaman mereka runtuh seperti kejadian Highland Towers selepas keretakan berlaku di beberapa bahagian bangunan lima tingkat itu akibat gegaran daripada kerja menanam cerucuk projek pembinaan perumahan berhampiran. Berikutan itu, penghuni dari 15 blok flat terjejas membantah projek membabitkan pembinaan tiga blok pangsapuri 15 tingkat atas faktor keselamatan dan mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan jaminan kepada mereka.
Penghuni, Ibrahim Jamaluddin, 57, berkata, gegaran itu mula dirasai 2,400 penghuni blok L1 hingga L15 berusia 26 tahun itu sejak dua minggu lalu setiap kali kerja menanam cerucuk dijalankan.
"Saya dan beberapa penghuni ke pejabat pemaju untuk memaklumkan mengenai masalah gegaran itu, namun mereka enggan berjumpa. Kami kecewa dengan sikap pemaju yang tidak mempedulikan keselamatan penghuni," katanya.
"Kami tidak tahu sama ada rumah ini selamat diduduki atau tidak dan bimbang kejadian seperti Highland Towers berlaku sekiranya masalah ini tidak diselesaikan," katanya.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan