Rabu, 9 Mei 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Durian runtuh dibayar 3 kali

Posted: 08 May 2012 04:02 PM PDT

MukaDepan

Pemilikan saham, tambahan bantuan dana Yayasan FELDA ditawar

JERANTUT: Khemah tempat perhimpunan peneroka FELDA di Jengka 8 di sini, semalam, bergemuruh dengan tepukan dan laungan gembira peneroka ketika Datuk Seri Najib Razak mengumumkan durian runtuh RM15,000 kepada setiap keluarga.

Ada antara 40,000 peneroka secara spontan menadah tangan berdoa dan menitiskan air mata sejurus Perdana Menteri mengumumkan bayaran masing-masing RM5,000 kepada ketua keluarga, isteri dan generasi kedua mereka. Malah, ramai isteri peneroka seperti tidak percaya mendapat perhatian khusus Perdana Menteri berikutan pengumuman pemberian RM5,000 kepada mereka sehingga terpaksa diyakinkan rakan.

Ketika mengumumkannya sempena program Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri itu, Najib berkata, kerajaan memperuntukkan dana RM1.689 bilion untuk diagihkan secara tunai kepada 112,635 keluarga peneroka yang akan dibayar dalam tiga fasa.

Pembayaran fasa pertama RM5,000 untuk setiap ketua keluarga akan dilaksanakan tidak lama lagi, diikuti fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka bagi mengiktiraf sumbangan mereka yang dibuat sejurus bayaran fasa pertama selesai.

Bayaran RM5,000 lagi akan diagihkan kepada anak peneroka yang dijangka dilaksanakan selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia, bulan depan. Selain itu, kira-kira 20,000 pegawai dan kakitangan Kumpulan FELDA akan menerima bonus tambahan dua setengah bulan gaji tahun ini.
Perdana Menteri berkata, durian runtuh itu secara keseluruhannya bukan saja untuk menghargai sumbangan peneroka dan keluarga mereka membangunkan negara, malah warga kerja FELDA.

Beliau juga mengumumkan tabung amanah khas yang membolehkan peneroka menikmati faedah pembayaran dividen berdasar keuntungan FGVH di Bursa Malaysia kelak kerana tabung itu memegang 20 peratus ekuiti dalam FGVH. 

"Kita tawarkan juga 'pink form' untuk pemilikan saham dan tambahan RM5,000 bantuan dana Yayasan FELDA bagi membantu program baik pulih kampung lama dan tradisional sekitar tanah rancangan FELDA.

"Contohnya, mengikut unjuran jika FGVH untung RM1.5 bilion tahun depan, maka peneroka bakal menerima dividen kira-kira RM1,300 setiap seorang. Jika untung lebih, peneroka dapat lebih," katanya dalam ucapan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Najib juga berkata, durian runtuh itu amat bermakna kepada peneroka yang banyak berkorban membuka dan memajukan kawasan hutan sebagai tanah rancangan dan penempatan berkelompok.

"FELDA yang bermula di Lurah Bilut, Pahang pada 1956,  kini memasuki fasa terakhir abad ke-21 yang bukan lagi bertatih, tetapi mampu berdiri dan gagah perkasa di pentas ekonomi dunia," katanya.

Pada sidang media kemudian, Najib berkata, bayaran tunai untuk fasa pertama akan selesaikan dalam masa dua hingga tiga minggu dan FELDA akan menyelaraskan agihan menerusi jenteranya dan wakil rakyat yang akan selesai kira-kira tiga minggu akan datang.

"Fasa kedua saya akan umumkan sebaik selesai bayaran fasa pertama dan diikuti fasa ketiga kemungkinan selepas penyenaraian FGVH. Pendekatan bayaran dibuat sama seperti bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bonus untuk kakitangan Kumpulan Felda juga dibuat secepat mungkin," katanya.

Berhubung tawaran 'pink form', Perdana Menteri mengingatkan peneroka tidak menjualnya kerana ia akan memberi lebih banyak keuntungan dalam tempoh jangka panjang.

INFO
Manfaat diteruskan untuk peneroka

  • Bonus produktiviti
  • Imbuhan duit raya
  • Pinjaman tanpa faedah perumahan
  • Latihan kemahiran, pembangunan usahawan di kalangan peneroka berjalan seperti biasa

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

juki

BETUL..kesian juga kepada pekebun-pekebun kecil dikampung2 luar bandar, terutama yang berkebun ditanah pusaka yang tidak begeran (diterengganu lebih dikenali dengan tanah haram)walaupun telah mengusaha tanah lebih 40 tahun dikampung2.. jika hendak tanam sawit atau getah, mesti guna modal sendiri. nak harap risda, yang tanah bergeran dan tertentu sahaja yang dapat bantuan. tetapi sebilangn kecil sahaja yang dapat bantuan..sebenarnya pekebun kecil adalah penyumbang besar kepada ekonomi negara bagi sawit dan getah.

mohd bin harun k.trg.

sepatutnya tidak lupa kpd pesara kerna mereka ini lah yg pertama meredah blantara.

louis

syukur dari limpah dan kurnianya... negara dilimpahkan dgn rezeki yg murah...

Hasbullah

Peneroka / isteri /anak boleh lah belanja kawan2 yang tak berkaitan dengan FELDA.

Aini

Alhamdulillah,saya juga tumpang gembira dengan berita tersebut.Itu semua rezeki daripada Allah.Mudah-mudahan gunakan rezeki yang dikurniakan ke jalan yang di redhai-Nya.

jang_84

Thanks for u PM Because extra bonus 2.5 bulan

cue cakoies

rezeki ketika senang....selepas hmpir puluh tahun rase idop susa n di pandang rendah kami keluarga felda nie...alhamdulillah..

sazali omar

alhamdullillah rezeki allah,manusia dipilih sebagai perantara saja

ExGaban

Seronok nye la dengar dpt durian runtuh byk mcm tue.untung orang2 felda.mcm kita nie kerja swasta.tgk je la

rosli

peserta FELCRA kenapa tiada perhatian sebagaimana FELDA?

watie

alhamdulillah...saya sebagai gemerasi ke-2 tumpang gembira untuk keluarga....thanx for PM...hidup FELDA!!!!!

SUEHA

KAMI ANAK FELDA AMAT BERASA BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH .......

aiman kesah

minggu lepas nelayan dapat RM 10,000 utk baiki rumah...semalam org Felda dpt RM 15,000...mcm mana pulak dengan nasib pesawah padi yang tidak mendapat sebarang imbuhan sedangkan beras kita nikmati setiap hari tetapi harga padi tidak naik pun. sekadar pandangan dan luahan hati.

halimdon

Kepada ku sang, SALCRA mgkn baru wujud kowt, FELDA dah berpuluh2 tahun wujud, keduanya, FELDA ialah badan kongleramat bertaraf profesional pengurusannya, banyak produk dijual seluruh dunia, sebab demikian, FELDA byk duit dan mampu bagi dividen atau bonus kepada peneroka. Mungkin SALCRA belum sehebat FELDA. Semoga SALCRA juga akan maju jaya nanti.

teh norr

alhamdulillah dapat pergi langkawi lagi thn ni................

penyabar

x kn felda jer yg layak dpt durian runtuh...huhu

Abang As

TAHNIAH....REZEKI

abangaji BP

Syukur...gunakan wang itu untuk keperluan yang utama.Jangan membazir.....Yang lain jangan irihati.Mereka yang membantah tu jangan diberi..

AnakFelda

Alhamdilillah... syukur. Terima kasih PM.

faizal

peneroka dapat 15k satu keluarga.. staff dpt 15k seorang maybe lebih k nye tuh..papepon alhamdulillah pada yang menerimanye.

terima kasih PM jasa PM dan kerajaan BN akan dikenang

ddin

Yang lain jangan iri hati...marilah kita bersama sama bersyukur.Ingat..Ajal maut,jodoh pertemuan dan rezeki di tentukan oleh Allah..

shamsul

Alhamdulillah, terima kasih Felda terutama kerajaan malaysia dibawahpimpinan Perdana Menteri, terima kasih daun keladi.............

Mohd Amir bin Sarban

pada pekebun2 kecil apa yg dapat?

Siti Ahzura Sahrom

Alhamdulillah.....

ku sang

SALCRA- di Sarawak...tak Ada pun...sunyi Sepi tak seperti Felda....


Empat suspek kes culik Nayati ditahan

Posted: 08 May 2012 03:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat individu - tiga di Ipoh Ahad lalu dan seorang di Cheras, kelmarin yang dipercayai mempunyai kaitan kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, pada 27 April lalu ketika mangsa berjalan kaki ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara.

Sumber memberitahu Berita Harian, penahanan itu hasil siasatan proses rundingan antara kumpulan terbabit dengan ibu bapa mangsa melalui laman sosial, Facebook sebelum wang tebusan RM300,000 dibayar di satu lokasi di Cheras, 2 Mei lalu yang kemudian membawa kepada pembebasan kanak-kanak itu keesokannya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

abelok

syabas polis malaysia is the best. pedulikan puak2 bersih yang kotor

KLCC Princess Lamborghini

syabas PDRM...malaysia masih lagi selamat untuk didiami....sana sini ramai anggota yg bertugas...sekitar kawasan perumahan/lot2 kedai/office...kadang2 kesian....walau pun ada shif...2,3 bijik bangku meja plastik tu....bila ujan ribut..bertempiaran lari...kecik2 dulu2 teruja nak pakai uniform polis...la ni, jadi secretary plak....sarung uniform tu bermakna nyawa anda telur di hujung tanduk....24 hours berwaspada....

KLCC Princess Lamborghini

syabas PDRM.....Malaysia masih lagi selamat untuk didiami...

nooriza ahmad

Tahniah PDRM!

mohd ghazali

Alhamdulillah...Tahniah PDRM dan semua. Kita ada yang terbaik....Sehandal-handal tupai melompat, akhirnya akan rasa jatuh ke tanah juga. Harap2 tupai tu melompat biasa-biasa je lah lepas ni.

rajes

Tahniah Polis Malaysia. u do the best

yushe

Tahniah Polis Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan