Selasa, 8 Mei 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Durian runtuh FELDA hari ini

Posted: 07 May 2012 03:12 PM PDT

MukaDepan

Perdana Menteri buat pengumuman ganjaran tanda penghargaan kepada peneroka setia memajukan ladang

JERANTUT: Hari ini peneroka FELDA akan menerima berita gembira mengenai jumlah 'durian runtuh' yang dijanjikan kerajaan sebagai tanda penghargaan kepada mereka mengusahakan ladang sawit dan getah sejak 40 tahun lalu.

Difahamkan, jumlah yang bakal diterima 112,635 peneroka berlipat kali ganda lebih tinggi daripada wang Bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menyamai kadar menunaikan umrah di Makkah sebanyak dua kali. Ia akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan lebih 30,000 warga FELDA dari seluruh negara sempena perhimpunan raksasa warga FELDA, di FELDA Jengka 8, di sini pagi ini.

Pemberian durian runtuh secara tunai itu bagi memenuhi janji kerajaan ketika pengumuman Bajet 2012 dan sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, bulan depan.

"Ia sudah semestinya akan lebih daripada wang BR1M sebanyak RM500," kata sumber dalaman FELDA sambil memberi jaminan bahawa walaupun mendapat durian runtuh, semua insentif yang dinikmati selama ini seperti duit raya, bonus, pinjaman membesarkan rumah dan perumahan generasi kedua akan diteruskan.

Sumber itu berkata, ia bukan setakat memberi manfaat kepada peneroka, malah isteri, anak dan cucu, termasuk generasi kedua, ketiga dan keempat peneroka FELDA serta pekerja dalam sektor perladangan kelapa sawit yang dianggarkan berjumlah dua juta orang.
"Ia akan dibayar lebih daripada dua kali kerana jumlahnya yang besar. Terpulanglah kepada peneroka bagaimana mereka mahu menggunakannya untuk keluarga dan masa depan," katanya.

Sumber itu juga menjelaskan wang durian runtuh itu diperoleh menerusi pelbagai sumber dana dalaman FELDA yang akan diperoleh semula apabila proses penyenaraian FGVH selesai.

"Masyarakat luar FELDA mungkin bertanya mengapa peneroka FELDA menerima pelbagai sumbangan. Hakikatnya, dana itu bukan daripada kerajaan, sebaliknya dana dalaman FELDA sendiri," katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad, berkata ia adalah pengiktirafan kerajaan atas ketabahan warga FELDA menempuh pelbagai dugaan dan ranjau terutama kekurangan kemudahan asas di tanah rancangan itu suatu masa dulu.

"Ia bagi mengiktiraf penat lelah peneroka memajukan tanah yang pada masa itu tidak memiliki bekalan elektrik dan sistem jalan raya yang baik. Nilai pemberian itu dijamin menyamai maksud 'durian runtuh' kerana ia dibuat sebagai satu lonjakan berganda kepada bonus peneroka," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua warga FELDA akan meraih pelbagai manfaat dan faedah ketara hasil pemberian wang berkenaan.

"Saya pasti wang yang akan diterima nanti dapat merangsang lagi aktiviti ekonomi warga FELDA di pedalaman," katanya.

Dalam pada itu, seorang pemerhati pasaran, berkata semua 112,635 warga FELDA bakal meraih sekurang-kurangnya empat manfaat daripada penyenaraian FGVH.

Sebagai permulaan, mereka ditawarkan borang biru dalam tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraian yang melayakkan mereka melanggan sejumlah saham dalam FGVH. Mereka juga mendapat dividen tambahan menerusi sebuah tabung amanah berdaftar yang memegang 20 peratus kepentingan peneroka dalam FGVH, dianggarkan bernilai RM3.7 bilion.

Selain itu, walaupun Koperasi Permodalan FELDA Bhd (KPF) tidak menjadi sebahagian daripada pelan penyenaraian FGVH, peneroka masih mendapat dividen daripada KPF menerusi pelaburannya dalam Felda Holdings Bhd (FHB).

Manfaat keempat pula adalah penyenaraian FGVH tidak membabitkan pindah milik tanah peneroka dan mereka akan terus menikmati hasil daripada ladang yang mereka uruskan. Penyenaraian hanya membabitkan sejumlah 355,846 hektar tanah milik FELDA yang akan dipajak oleh FGVH.

Ia tidak menyentuh walau seinci pun tanah milik peneroka dan lebih 1.6 juta ahli keluarga mereka yang berjumlah 500,000 hektar. FGVH yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan menerusi FELDA dianggarkan memilik modal pasaran berjumlah RM18 bilion apabila disenaraikan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ainonsapiah binti shahuddin

syukur alhamdulillah. melimpah ruah rezki warga felda. beruntung menjadi petugas and anak felda. syabas, hidup felda!

asminin

yahoo...hidup felda...

Maizamshah bin Ismail

Alhamdulillah, auk dating Dari golongan felda, abah Dan ayah Mercia auk adalah warga felda..thanks PM

mat panjang

syukur pada Allah atas limpah rezekinya yang banyak. Ini adalah satu ujian daripadaNya..jangan leka, cubaan Allah untu melihat hambaNya menggunakan nikmat yang tidak disangka-sangka. Gunakanlah dengan sebaiknya.

zainuddin zulkifli

Brape ye,durian runtuh yg di perolehi stiap pneroka.

tambangtaragang

tahniah kepada warga FELDA, semoga FELDA terus memainkan peranan yang lebih aktif untuk membela rakyat bumiputera Sabah pula.

DINO

Alhamdulillah syukur pada Allah dan terima kasih pada Kerajaan. Jasa dan bakti mu tidak akan dilupa dan disia-siakan.

HJ SHARI

Alham dulillah, Rezeki melimpah-limpah.

ahmad idzuan

beruntung lah warga Felda....

pak cik din

Syukr alhmdllah....walopun aku x pnroka, sedara aku ramai org felda atau LKTP (lngkh kerjaan tlg penroka)

Hairudin

Alhamdullilah dan tahniah buat peneroka FELDA sekelian...bila agaknya PM nak umum 'Durian Runtuh' umur persaraan Pekerja Swasta sehingga 60 Tahun...tolonglah kami pekerja swasta ni..

eyta ita

Alhamdulillah..syukur kepada Allah Taala di atas rezeki yang tidak di jangka akan diperolehi oleh ayahanda Hj Mohd Salleh Bin Sardi diusia menjangkau 85 tahun sebagai warga Felda Pasir Raja Kulaijaya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada FELDA di atas dana yang diberikan kepada semua warga Felda. Saya bangga menjadi anak peneroka Felda generasi kedua.

manja sangat

diharapkan durian runtuh yang diumumkan bukan semata-mata alat utk memancing undi di kalangan peneroka, tetapi semestinya bantuan yg akan diberikan sedikit sebanyak membuka peluang utk para peneroka memperbaiki taraf hidup mereka. Kerana kalau nak ikutkan, zaman skrg ni kebanyakan peneroka sudah 'goyang kaki'. Kerana kerja2 membersih ladang, menanam sawit, membaja, memetik buah semuanya dilakukan oleh pekerja asing.

Rozailiza Bt Amir Amzah

Saya berharap kerajaan akan terus usaha untuk memajukan dan menaik taraf pendapatan peneroka FELDA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan