Khamis, 1 Disember 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Ganda usaha, mantapkan jentera

Posted:

Ganda usaha, mantapkan jentera

Ganda usaha, mantapkan jentera


PERWAKILAN berdiri dan memberikan tepukan gemuruh semasa Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan ucapan dasar dengan penuh bersemangat pada Persidangan Perwakilan Wanita UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Nov. – Semua pemimpin dan ahli Wanita UMNO diminta melipatgandakan usaha, memantapkan jentera parti dan melebarkan sayap agar terus menjadi pemain utama dalam meraih kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sekarang bukan masanya untuk leka dibuai angan- angan Mat Jenin dan berpeluk tubuh serta berasa selesa dengan apa yang telah dilaksanakan dan dicapai selama ini.

"Misi ini bukan suatu yang mudah untuk kita laksanakan. Hati nurani rakyat perlu diselami, masalah rakyat perlu diatasi, kesengsaraan rakyat perlu ditangani dan kesakitan rakyat perlu dirawati agar mereka terus menikmati kemakmuran negara yang sejati.

"Untuk itu, kita mesti pastikan jentera siap siaga dengan segala strategi, kemas dan lengkap di setiap peringkat. Tugas bancian sikap perlu dipergiatkan dan diberi fokus utama.

''Di samping itu, kerjasama dengan rakan seperjuangan dalam BN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mesti diperhebatkan lagi demi memastikan semua isu diselesaikan dan tiada rakyat yang dipinggirkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Perwakilan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Shahrizat berkata, demi mendepani cabaran PRU Ke-13, semua ahli Wanita UMNO mesti mempunyai ketahanan diri dan disiplin tinggi serta bersatu hati, jiwa, perasaan, tenaga, visi dan misi bagi mencapai kemenangan.

Beliau turut mengingatkan supaya jangan ada hasad dengki, iri hati dan cemburu diri sesama ahli walaupun sekelumit kerana ia akan menjadi barah dan nanah yang bukan sahaja menghancurkan diri tetapi lebih akan melumpuhkan kekuatan parti.

"Jika semua ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan keikhlasan, kita mampu meraih persepsi rakyat dan memenangi hati mereka yang sentiasa mengharapkan pembelaan kita dan seterusnya mampu mencapai apa yang dihajatkan," katanya.

Shahrizat berkata, seramai 1.3 juta ahli Wanita UMNO di semua peringkat sentiasa setia kepada parti dan pucuk pimpinan walaupun dalam apa juga cabaran dan akan berjuang habis-habisan untuk memastikan kemenangan dan survival parti termasuk menentang musuh supaya parti keramat orang Melayu itu terus gagah dan kukuh.

Menurutnya, Wanita UMNO sentiasa bersama pucuk pimpinan parti termasuk 'menyingsing lengan' untuk terus memperjuang hak rakyat dan survival parti serta bangsa Melayu.

''Menyedari landskap politik masa kini yang amat mencabar dalam mencari undi, maka pergerakan itu mesti menggunakan formula baru dalam mengambil pelbagai inisiatif untuk memantapkan ahlinya menerusi pelaksanaan kursus dan latihan pembangunan kapasiti termasuk kursus bersifat upaya kendiri dan kepimpinan supaya ahli Wanita UMNO lebih kompeten dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi sebagai pemimpin dan role model yang berkesan,'' katanya.

Beliau berkata, atas tanggungjawab, keutuhan dan kelangsungan parti, Wanita UMNO menerusi program Jalinan Rakyat kini menjadi semakin agresif untuk menarik minat dan menyedarkan rakyat mengenai hak mereka sebagai pengundi.

Selain itu, kata beliau, Skuad Sayang yang dibarisi Wanita UMNO dan Wanita komponen BN telah berjaya menyelusuri denyutan nadi dan mendekati rakyat menerusi pelbagai program kebajikan, kemasyarakatan dan kemanusiaan.

"Sumbangan dan kejayaan Skuad Sayang bukan sahaja dikagumi pemimpin parti, malah rakyat di peringkat akar umbi turut mensyukuri rahmat yang disediakan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Rakyat Kelantan perlu sedar

Posted:

Rakyat Kelantan perlu sedar

Rakyat Kelantan perlu sedar

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Nasib malang kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan yang terpaksa bergantung kepada air tercemar dengan pelbagai logam berat serta bakteria berbahaya turut mendapat perhatian perwakilan Wanita dan Pemuda UMNO yang bersidang hari ini.

Wakil Wanita UMNO Kelantan, Dayang Saniah Awang Hamid berkata, pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia berhubung isu air kotor baru-baru ini memberi alasan kukuh mengapa rakyat perlu menolak kerajaan negeri sedia ada.

"Minggu lepas akhbar arus perdana, Utusan Malaysia telah memapar dan mendedahkan bagaimana kotornya sumber air yang digunakan untuk makan minum dan segala keperluan di Kelantan.

"Namun masih ada tidak tahu memilih yang mana intan dan yang mana kaca, gunakanlah akal dan kebijaksanaan untuk memilih yang terbaik," katanya ketika membahaskan usul politik pada persidangan perwakilan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanah Merah berkata, apa yang lebih mengecewakan, tidak ada sebarang tindakan dilakukan kerajaan negeri untuk menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat.

Beliau dengan sinis berkata, 'Pak-pak Lebai' yang ada di sana hanya tahu mengira untung hasil balak, ladang rakyat dan komisen sahaja.

"Rakyat terus menderita dan menanggung azab, rintihan mereka sejak 21 tahun lalu dipandang sepi bagai debu ditiup angin lalu.

"Ke mana perginya bantuan RM600 juta yang diberi untuk bekalan air bersih? Mana janji yang ditabur dan adakah manifesto pilihan raya ditunaikan," katanya.

Nada sama dikongsi wakil Pemuda UMNO negeri itu, Anuar Safian yang meminta rakyat Kelantan bertindak bijak dengan memberi undi kepada BN pada pilihan raya umum akan datang bagi menamatkan penderitaan selama 20 tahun di bawah pentadbiran Pas.

Menurutnya, perbezaan kemampuan antara Pas dengan BN bagi membantu mensejahterakan hidup rakyat negeri itu ibarat langit dan bumi.

Perkara itu jelasnya terbukti apabila Pas mengakui bahawa masalah air di negeri tersebut hanya mampu diselesaikan pada 2027 iaitu 16 tahun dari sekarang.

"Kenyataan itu adalah sangat tidak logik. Mereka (Pas) terlalu asyik berpolitik sehingga memperjudikan nasib hidup mati rakyat apabila gagal mengurus sistem bekalan air.

"Sedangkan dalam masa sama, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berjanji masalah itu akan selesai hanya dalam tempoh dua tahun selepas BN memerintah. Justeru, berilah peluang kepada BN," katanya.

Utusan Malaysia baru-baru ini mendedahkan pelbagai masalah berkaitan bekalan air di Kelantan yang kurang bersih, tidak berkualiti dan berbahaya kepada kesihatan kerana mengandungi logam jenis mangan, arsenik, plumbum dan raksa secara berlebihan selain dicemari bakteria E. coli.

Siri laporan berkenaan juga turut mendedahkan kajian daripada Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Kelantan yang mengesahkan hampir separuh (95.3 peratus) kanak-kanak negeri itu yang berumur bawah enam tahun mengalami gigi reput kerana kekurangan florida dalam air.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan