Khamis, 29 Disember 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Perkahwinan kian rapuh

Posted:

Perkahwinan kian rapuh

Perkahwinan kian rapuh

Laporan Khas

  • Statistik menunjukkan 137,570 pasangan beragama Islam di seluruh negara atau lebih 20 peratus yang berkahwin dalam tempoh 2005 hingga 2010, kini telah bercerai.
  • Data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan graf perceraian dari 2005 hingga 2010 meningkat daripada 17,749 kepada 28,035.
  • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula mendedahkan, 3,019 atau lebih 52 peratus perceraian di kalangan pasangan muda berusia 16 hingga 40 tahun berlaku pada lima bulan pertama tahun ini.
  • Perceraian di kalangan pasangan muda meningkat saban tahun akibat gagal menjalankan tanggungjawab, masalah pihak ketiga iaitu campur tangan keluarga serta 'kekasih gelap', ekonomi dan tabiat atau watak kritikal pasangan.
  • Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

    Full content generated by Get Full RSS.

    Polis kesan teman lelaki Rozana

    Posted:

    Polis kesan teman lelaki Rozana

    Polis kesan teman lelaki Rozana

    Oleh AZIAN AZIZ
    pengarang@utusan.com.my


    Tun Hisan Tun Hamzah (kiri) menunjukan sebahagian barangan yang dirampas dipercayai digunakan dalam kejadian samun pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, semalam.


    SHAH ALAM 28 Dis. - Polis sedang mengesan teman lelaki kepada mangsa pembunuhan kejam, Rozana Mohd. Yusak yang ditikam sebanyak 15 kali di sebuah rumah kedai di Kepong dekat sini Rabu lalu, bagi membantu menyelesaikan siasatan kes tersebut.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya mengenal pasti identiti lelaki terbabit dan kini mengesannya.

    "Kita memang mendapat petunjuk dan kini mengesan lelaki yang mampu membantu kita menyelesaikan kes itu," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

    Menurut beliau, polis juga mengambil keterangan kira-kira empat saksi termasuk rakan dan keluarga mangsa bagi membantu siasatan setakat ini.

    Ditanya mengenai motif sebenar pembunuhan Rozana, 35, Tun Hisan berkata, pihaknya masih belum dapat memastikannya selagi suspek sebenar kes pembunuhan itu belum diberkas.

    Bagaimanapun, kata beliau, siasatan kini dijalankan secara menyeluruh termasuk kemungkinan pembunuhan itu dilakukan akibat cemburu.

    "Kita juga dapat laporan bedah siasatan dan mendapati terdapat 36 kesan kecederaan di tubuh mangsa yang dipercayai akibat pergelutan," kayanua.

    Rozana, seorang kerani insurans mati akibat ditikam sebanyak 15 kali dipercayai oleh individu dikenalinya dipercayai angkara cemburu di sebuah rumah kedai di Jalan Puncak Jaya, Kepong awal pagi 21 Disember lalu.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Siasatan skandal projek Iskandar

    Posted:

    Siasatan skandal projek Iskandar

    Siasatan skandal projek Iskandar

    Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 28 Dis. - Lebih 30 saksi termasuk dari Singapura, Switzerland, Pakistan, India dan Arab Saudi telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam skandal projek mega Iskandar Malaysia.

    Saksi-saksi itu terdiri daripada pegawai-pegawai Iskandar Investment Berhad (IIB), ahli perniagaan, kontraktor, ahli politik, konsultan dan orang tengah.

    Difahamkan, SPRM menjalankan siasatan terhadap saksi-saksi dari luar negara ekoran terdapat maklumat turut wujud unsur rasuah di kalangan konsultan asing dalam projek itu.

    Difahamkan siasatan kes itu masih diteruskan dan dijangka beberapa lagi individu akan didakwa dalam masa terdekat.

    Menurut sumber, skandal itu disifatkan sebagai terancang berikutan wujudnya rangkaian termasuk orang dalam yang mendedahkan maklumat berkaitan kontrak dan beberapa projek Iskandar Malaysia.

    "Perbuatan rasuah dan penyelewengan kuasa difahamkan berlaku ketika pegawai-pegawai kanan IIB menyalurkan maklumat tender kepada syarikat kontraktor berkaitan.

    "Orang-orang tengah atau runner pula bertindak mengambil wang suapan untuk disampaikan kepada pihak yang berurusan dengan mereka.

    "Perbuatan rasuah inner circle itu membabitkan orang dalam dan kontraktor. Mereka bersepakat dalam rancangan tersebut dan mendapat bahagian masing-masing," kata sumber itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Turut difahamkan, salah seorang pegawai kanan IIB yang disyaki terlibat dalam skandal tersebut memperoleh gaji mencecah RM40,000 sebulan.

    Semalam, suami bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IIB mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM1.6 juta tahun lalu.

    Mohd. Amin Suhaimi, 52, yang juga pengarah sebuah syarikat swasta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin.

    Di mahkamah yang sama hari ini, bekas Naib Presiden Kanan IIB, Rostam Razali, 51, didenda RM20,000 selepas mengaku salah mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan sebuah projek kepada bakal penender tiga tahun lalu.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan