Khamis, 29 Disember 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Dengar suara suruh terjun

Posted: 28 Dec 2011 10:50 AM PST

KUALA LUMPUR: "Saya sangat bimbangkan keselamatan ibu, dia perlukan rawatan, pelbagai usaha sudah dibuat tetapi sehingga kini tidak jumpa," kata Mohamad Khalid Johari, 28, yang mencari ibunya.

Katanya, ibunya, Wan Jaliah Wan Harun, 56, keluar daripada rumah di blok D, Kelana D'Putra Kondominium, Kelana Jaya, Selangor pada Khamis lalu ketika ahli keluarga sedang tidur.


"Ibu sepatutnya menjalani rawatan di Hospital Serdang keesokan harinya pada jam 9.30 pagi sebelum menghilangkan diri".

"Ibu pernah beritahu ada suara mengatakan menyuruh dia terjun ke dalam tasik dan keluar daripada rumah, saya khuatir terjadi perkara yang tidak diingini," katanya ketika datang ke Balai Berita, semalam.


Dia berkata, pengawal keselamatan di kediaman mereka memaklumkan ternampak ibu berjalan keluar dari kawasan apartmen tetapi selepas itu gagal mengesannya.


Dia yang membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya turut meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mencari ibunya.

Mohamad Khalid boleh dihubungi di talian 017- 2358570.



Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki rugi RM40,000 dirompak 4 penyamun

Posted: 28 Dec 2011 10:46 AM PST

AMPANG: Seorang lelaki kerugian hampir RM40,000 apabila wang tunai dan kereta miliknya dilarikan empat penyamun dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Taman Maju Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, mangsa yang berusia 29 tahun singgah di stesen minyak berkenaan untuk mengeluarkan wang di mesin ATM disediakan.


Menurut sumber, sebaik selesai mengambil wang dan sedang berjalan ke kereta Perodua Myvi miliknya tiba-tiba datang dua kereta menghalangnya.

"Mangsa yang terkejut cuba melarikan diri namun gagal apabila empat lelaki berusia 20-an sudah mengepungnya sebelum mangsa dibelasah.


"Suspek kemudian merampas wang milik mangsa sebelum seorang daripada mereka melarikan keretanya," katanya.


Sumber berkata, mangsa yang cedera di badan dan lebam di tangan membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah.

"Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bertindak mengesan suspek dan berjaya menemui semula kereta mangsa kira-kira jam 9.30 malam yang ditinggalkan di tepi jalan.


"Bagaimanapun, semua suspek tiada dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan mereka," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika menyamun.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan