Selasa, 27 Disember 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


300 sertai larian perpaduan

Posted:

300 sertai larian perpaduan

300 sertai larian perpaduan

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


Ghazale Mohamad (dua dari kanan) melepaskan peserta Larian Perpaduan Melaka Bandar Teknologi Hijau 2011 di Taman Malim Jaya, Melaka, semalam.


MELAKA 26 Dis. - Kira-kira 300 rakyat pelbagai kaum menyertai Larian Perpaduan Melaka Bandar Teknologi Hijau 2011 di Taman Malim Jaya di sini hari ini.

Sebelum larian dimulakan pada pukul 8 pagi, semua peserta menerima sehelai baju berwarna hijau untuk dipakai sebagai simbolik bumi hijau bagi melengkapkan larian sejauh lima kilometer itu.

Larian anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka itu diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Ghazale Mohamad.

Menurut Ghazale, program tersebut bermatlamat untuk menjadikan rakyat cergas, sihat selain memupuk perpaduan di kalangan mereka di samping membawa mesej Melaka negeri teknologi hijau.

"Tujuan program ini juga adalah merapatkan silaturahim di antara semua kaum melalui perpaduan dan menerapkan kefahaman peserta serta mempromosikan Melaka sebagai bandar teknologi hijau.

"Apabila peserta berinteraksi antara satu sama lain semasa bersukan, maka perpaduan terjalin dan secara tidak langsung mereka menyahut seruan kerajaan untuk bersatu-padu,'" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Larian itu turut mendapat kerjasama Parlimen Bukit Katil, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Parti Gerakan negeri, Kelab Rukun Tetangga Taman Cempaka dan Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bachang.

Tiada had umur ditetapkan untuk menyertai larian tersebut dan kebanyakan peserta berumur antara 20 dan 60 tahun.

Antara pengisian program tersebut adalah senamrobik dan cabutan bertuah yang menyediakan hadiah berupa hamper makanan.

Full content generated by Get Full RSS.

50 wanita sertai konvoi bermotosikal

Posted:

50 wanita sertai konvoi bermotosikal

50 wanita sertai konvoi bermotosikal


Sebahagian peserta konvoi program jelajah Srikandi Tujuh Perhentian memulakan acara konvoi di Terminal Bas dan Teksi, Bandar Seri Jempol, kelmarin.


JEMPOL 26 Dis. - Seramai 50 wanita dari daerah ini menyertai program konvoi bermotosikal ke beberapa destinasi sekitar negeri ini menerusi penganjuran Jelajah Srikandi Tujuh Perhentian di sini bermula semalam.

Program anjuran Majlis Daerah Jempol (MDJ) itu turut melibatkan 30 ahli daripada kelab motosikal, Jelebu Unit Dirtbike Club dan kerjasama dari anggota trafik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) negeri.

Menurut Setiausaha Pegawai Daerah MDJ, Mohammad Khatib Amran, objektif utama program tersebut bertujuan memupuk kesedaran selain memberi pendedahan berhubung kepentingan menitik beratkan aspek keselamatan jalan raya kepada umum khususnya di kalangan kaum wanita.

''Wanita juga sering menunggang motosikal, namun, ramai di antara mereka yang terlupa tentang aspek keselamatan. Lagipun ada sedikit perbezaan dan undang-undang yang perlu di pelajari ketika menyertai aktiviti konvoi ini.

''Biarpun sebahagian besar peserta tidak mempunyai pengalaman menyertai acara konvoi namun mereka kelihatan begitu bersemangat untuk menyertai program ini," katanya di sini, hari ini.

Katanya, peserta terbabit akan singgah ke tujuh buah perhentian yang telah ditetapkan menerusi program jelajah itu.

''Konvoi ini bermula dari Jempol dan akan singgah ke Kuala Pilah untuk melawat Muzium Diraja Seri Menanti dan akan meneruskan perjalanan ke Klinik Kesihatan Tampin.

''Kemudian peserta akan menuju ke Kilang Kristal di Rembau dan seterusnya berhenti bermalam di Port Dickson. Hari ini, mereka akan mengadakan lawatan ke Masjid negeri di Seremban dan kemudian ke Muzium Adat di Jelebu. Sebelum menamatkan konvoi di Terminal bas Bandar Seri Jempol," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pembinaan Semula Pekan Rabu Kuala Pilah

Posted:

Pembinaan Semula Pekan Rabu Kuala Pilah

Pembinaan Semula Pekan Rabu Kuala Pilah

KUALA PILAH 26 Dis. - Projek membina semula Pekan Rabu di sini bernilai RM3.8 juta dijangka siap sepenuhnya pada September tahun depan.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Ibrahim Hassan berkata, kemajuan projek itu kini telah mencapai 26 peratus selepas ia dimulakan pada Julai lalu.

Beliau berkata, antara komponen utama projek itu adalah 25 lot kedai dengan kemudahan tempat meletak kereta sebanyak 30 lot.

"Tapak Pekan Rabu ini dipercayai pernah menjadi pusat perdagangan utama di daerah ini termasuk sebuah stesen keretapi yang menghubungkan bandar ini dengan Bahau pada 1910," katanya kepada para pemberita selepas melawat tapak projek berkenaan, baru-baru ini.

Menurutnya, pembinaan semula projek itu akan memberi kemudahan kepada para peniaga yang sudah bertapak di situ sejak 1940.

"Keadaan kedai di sini sudah berusia dan tidak selesa. Apabila projek ini siap kelak, ia akan memberi keselesaan kepada peniaga dan menarik kedatangan pelanggan," ujarnya.

Sementara projek itu siap, Ibrahim memberitahu, para peniaga di tapak projek itu ditempatkan sementara di bandar ini.

Katanya, para peniaga asal akan diberi keutamaan untuk menduduki Pekan Rabu itu selepas projek tersebut siap kelak.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pasar lambak di kawasan berhampiran telah dibaik pulih dengan peruntukan sebanyak RM600,000.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan